Perjalanan Kasih
Peribadi

Perjalanan Kasih

Saya sekarang berada di tingkat atas bas Transnational  Trip ID TT901 perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Terengganu.

image

Macam nilah keadaan ditingkat atas bas dua tingkat.  Sebelum pintu tengah, ruang depan tempat duduk berkembar dan selepas pintu, tempat duduk single 3 lorong.

Saya orang terakhir di belakang…hehehe… saya beli tiket online selepas jam 12 tengah malam tadi. Dah bersiap nak tidur selepas gagal dapat tiket malamnya, tiba-tiba tergerak hati nak check tiket bas online perjalanan pagi ni.

Ini adalah perjalanan tak dirancang. Petang semalam selepas sembang di telefon dengan suami tercetus idea untuk ke sana.  Memandangkan kita cuti hujung minggu 3 hari dan dia hanya cuti sehari pada hari Isnin.

Along tak balik hujung minggu ni sebab sibuk untuk peperiksaan, Intan tinggal dengan Angah. Anak-anak dah besar.. saya boleh rancang ikut kesesuainnya keadaan sendiru.

Inilah salah satu keistimewaan kehidupan perkahwinan jarak jauh. Orang mungkin fikir susah payah dan pelbagai tangkapan negatif tetapi sekiranya kita sentiasa menilai dari sudut positif, pengalaman dan corak kehidupan ini juga ada sisi indahnya.  Saya sentiasa mempunyai jalan hidup yang berwarna warni dan tidak terduga.

image

Perjalanan awal pagi dari Serendah ke Shah Alam. Angah hantar… semua tiket dari Hentian Putra dah habis jadi saya buat plan B dapatkan tiket dari Shah Alam.

Nasib baik juga celik IT untuk beli tiket online.

Kawan-kawan… Doakan perjalanan solo saya bertemu suami selamat pergi dan balik. Doakan juga anak-anak yang ditinggalkan itu juga selamat.

p/s rasa mcm zaman muda mudi akhir tahun 80’an sewaktu saya berulang alik secara sendiri ke kampung di Kedah dari Shah Alam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Perjalanan Kasih

    1. stesen bas shah alam kat mana lagi….. seksyen 17 tu lah…sejak lebih 20 tahun
      stesen bas yang tak sepadan dengan status ibu negeri Selangor yang serba maju

  1. Moga kak jie selamat pergi dan selamat balik…ameen ameen ameen…

    mesti hati dah berbunga2 =)

    pengalaman berjauhan dgn isteri mmg cukup2 berharga…moga kak jie sefamili sentiasa dalam rahmat redha Allah jua…

  2. Pengalaman dahulu bertahun berjauhan dari isteri dan anak-anak memberi nilai yg hanya mereka melalui pengalaman sahaja yg memahami. Alhamdulillah sangat menghargai kasih sayang yg ALLAH bagi.

Comments are closed.