Selesaikan Keutamaan
Peribadi

Selesaikan Keutamaan

majlis khtatam al quran

Alhamdulillah…majlis telah selesai pagi tadi.

Baru nak luangkan masa sediakan persiapan raya serba ringkas untuk suami dan anak-anak. Sebelum bercuti panjang, perlu jelaskan bayaran KWSP, Kad Kredit, Rumah, Kereta dan segala bil-bil utiliti ( Telekom, Celcom, Maxis,Astro, TNB dan Syabas )

Bila dah selesai urusan ni, kejap lagi nak keluar beli persiapan sikit. Kuih raya pun belum buat.  Nak juga sediakan serba sedikit untuk keluarga.

Mak-mak ni dalam kepala dah dapat bayangkan menu dan bahan-bahan untuk di masak bagi menyambut hari raya nanti.  Ayam berapa ekor, daging berapa kilo, santan berapa biji, bawang , halia , lengkus, serai….dan seribu satu mak nenek.

Jadi kalau korang nampak orang perempuan lebih sibuk buat persiapan, terimalah hakikat, dia bukan siapkan untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh keluarga, mertua dan ipar duai.  Tak perlu nak perli-perli dengan sinisnya , terimalah dengan redha bahawa kita saling melengkapi.

©kujie – eeehh… mungkin perempuan lain tak sibuk seperti saya… mereka tak perlu uruskan semua ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Selesaikan Keutamaan

  1. dah memang jadi lumrah begitu. kalau tak ada yang jadi tukang sibuk ni, tak meriahlah raya jawabnya. kiat patut hargai mereka ni sebenarnya

  2. Sibuk…wpun rumah mertua dan mak sejengkal, tetap nak msk ckit utk tambah juadah. Seronok menyibuk kan diri. Sbb dah terbiasa lauk banyak bila raya. :d. Ikutkan terpulang bgmana kita di didik dr kita kecil. Ada yg tak sibuk2 mmg begitula sampai dah beranak pinak. Realiti….. 🙂

  3. Setuju tu yg utama mesti diutamakan .. bil-bil kena bayar kalau tak nanti berpanjangan kisah bil tu. Kalau duit dah terpakai utk raya nak cover balik mau makan bulan tu.

  4. saya pun dah setelkan segala bil TM , ASTRO, duit keter, duit rumah segala bagai bil….org pompuan memang sibuk buat persiapan raya, nak fikir menu apa nak masak kalau tetamu datang…….

  5. Mmg serebrum dan serebelum mak2 kita cekap berfungsi. Memori terbaik!

    Terima kasih buat mak2 kita yg tak pernah penat tiap2 tahun (tiap masa sebenornya), fikir pasal kita

    selamat hari raya buat kak jie n famili…maaf jika ada terkasar bahasa =)

  6. Bil dan dan pembayaran sudah dilunaskan kerana tidak mahu menyusutkan fikiran tika sambut Hari Raya. Harap kita semua tidak gopoh didalam menyediakan persedian sambutan Hari Raya.

  7. Bil2 semua dah settle,kuih raya dah siap (buat sendiri)tunggu nak raya jer lagi hihihi…

    *besar pengorbanan isteri sebenarnya 🙂

    1. wah…. dah siap
      kak jie apa pun tak..anak2 ada juga menyebut
      mama ni…tau lah nak pi cuti lepas raya, jgnlah tak mau sambut raya pula..hihi

  8. selamat ari raya kak jie..hehe eh awal lagi.. tahun depan, den nak responsible tuk parent den, nak tolong bayar bill semua, tapi tu je la, wek kuih kang tah pape jadinya

Comments are closed.