Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa, InsyaAllah untuk hari yang ke 23. Mungkin semua dah bersiap sedia dengan persiapan dan sekarang memfokuskan masa dengan membanyakkan amalan-amalan solat sunat, banyak berdoa, beriktikaf dan membaca al-Quran di akhir 10 Ramadan.
Antara perbuatan baik yang mendapat ganjaran adalah menjamu seseorang yang berpuasa untuk berbuka puasa , bukan menjamu dia makan tengahari pula. Cara yang paling mudah untuk menjamu orang berpuasa adalah memasak untuk ahli keluarga atau kawan-kawan rapat.
Sepanjang minggu lepas, saya memasak Nasi Arab dua kali. Beras Basmathi Jasmine King yang satu pek 5 kilo tu boleh buat jamuan ringkas berbuka puasa untuk
Kali pertama saya jemput kakak ipar, adik ipar, adik lelaki dari Tanjung Malim dan adik bongsu yang baru berkahwin dari Kuala Lumpur. Meriah rumah kami dan suasana Maghrib tersebut menjadi sayu apabila biras saya membaca doa.
Hari ni, nak berkongsi Resepi Nasi Kabsa yang ringkas diberikan oleh jiran saya. Nasi Kabsa bukan saja sesuai untuk menu berbuka puasa tetapi juga untuk menu opeh house raya nanti.
Tiap orang ada cara berbeza, 10 periuk yang kita jengok, mesti akan ada 10 rasa yang tak serupa. Secara asasnya Resepi Nasi Kabsa sangat mudah untuk disediakan.
Resepi Nasi Kabsa Beras Basmathi Jasmine
- 3 cawan beras Basmati, saya guna Beras Basmathi King Jasmine Special Super Long Aromatic Variety direndam 30 minit dan ditos
- 4½ cawan air rebusan kambing
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 3 sudu makan sos tomato
- 1 inci halia dimayang halus
- 1 labu bawang besar di potong dadu
- 3 sudu makan minyak zaitun
- saffron / pewarna kuning
Bahan menumis
- 1 batang kulit kayu manis
- 2-3 bunga cengkih
- 1 bunga lawang
- 3-4 buah pelaga
Penyediaan Kambing
- 3-4 keping daging kambing
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk ketembar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 inci halia dimayang halus
- garam
Semua bahan direbus hingga daging kambing empuk
Cara Masak Nasi Kabsa
- Tumis bahan menumis. Bila terbit bau, masukkan bawang besar dan halia. Kacau sehingga terbit bau
- Masukkan serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam.
- Masukkan beras. Kacau sehingga hampir kering.
- Masukkan air rebusan kambing. Masukkan sos tomato dan masak hingga kering.
- Gunakan garpu untuk mengembur-gembur nasi. Titik 5-6 titik pewarna kuning dan tutup periuk nasi. Biarkan 5 minit dan sekali lagi kuis dan gembur nasi dengan berhati-hati supaya nasi tidak pecah.
Nasi Kabsa boleh dimakan bersama ayam – perap ayam dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, garam dan kunyit. Panggang gunakan Pemanggang Ajaib. Percik-percikkan minyak zaitun.
Air rebusan daging kambing digunakan untuk memasak nasi , kambing ini boleh digril atau dipanggang dengan dipercik-percik minyak zaitun.
Beras Basmathi Jasmine yang membangkitkan selera apabila dimasak Nasi Kabsa.
Jangan lupa untuk membuat salad bagi melengkapkan set Nasi Kabsa. Ada orang gunakan daun ketumbar yang dikisar tetapi saya lebih berminat dengan Salsa.
Cara Membuat Salsa
- 2 biji buah tomato dipotong dadu
- 1 batang timun dibuang biji dipotong dadu
- 1 labu bawang besar dipotong dadu
- 2 cili merah dimayang halus
- 2 cili hijau dimayang halus
- 5 cili padi dimayang halus
- 1 biji lemon diambil jus
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam
- Gula
Cara penyediaan:
- Gaul semua bahan di dalam mangkuk besar.
Mereka yang riang gembira dapat berbuka bersama. Kakak ipar saya, adik-adik , anak-anak dan anak-anak saudara.
Inilah kali pertama saya sediakan majlis makan-makan untuk keluarga.
Sebagai isteri tinggal, suami bekerja di luar daerah, bila makan sedap mesti teringat suami. Tak tertelan kalau bayangkan dia keseorangan di tengah belantara, terfikir apa juadah dia di sana. Akhirnya cuti Nuzul Quran baru-baru ini saya dan anak-anak menempuh perjalanan lewat malam ke Tasik Kenyir untuk menyambut puasa bersama.
Memandangkan keperluan dan kelengkapan memasak tidak lengkap di sana, saya bawa semua bahan untuk memasak. Macam nak pergi berkelah. Beras Basmathi Jasmine tak boleh lupa, itu bahan utama untuk memasak Nasi Kabsa.
Alhamdulillah, rezeki bukan saja untuk kami anak beranak tetapi anak-anak angkat suami yang sama-sama bekerja di tapak pembinaan Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu pun dijemput sama. Perjalanan yang ditempuh dan perbelanjaan yang dikeluarkan rasanya tidak ternilai untuk harga pengalaman yang seindah ini.
Saya tak berani nak tanya sedap atau tidak kerana tak sanggup kena beli baju lain kalau baju dah tetas kembang dek pujian! ha ha ha
wouww,,,sedapnyaaaa.makan besar nih….
Halia itu sejenis apa kalau di indonesia ?
Halia itu jahe kalau di Indonesia.
selamat hari raya
akak nak cuba buat nasi kabsa ni tapi guna ayam..nantikan N3 nya yer 🙂
yes yes yes…
terima kasih kak jie berkongsi…insyaAllah akan kongsikan hasilnya guna resepi ni..mungkin hari raya atau lepas raya…hehe
takleh baca kambing….scroll laju2 takut kena tanduk….lariikkkk
nampak menyelerakan. pemanggang itu banyak jasanya..
mmg betul2 ajaib =)
sedapnya, nasi tu elok berbutir2 rupanya..
rasa nak kena cuba try test juga ler masakan ala2 padang pasir ni…
suruh Nur buat raya nanti Ejam.. tu pun kalau dia larat lah. faham sangat dengan feel mak buyung tu
Pemanggang ajaib yang berjasa..hehehe
hah…betul tu
boleh guna macam dan senang
sangat2 berguna untuk si bujang macam saya..hehe
perghhhhh sedapnye kak jie..kalau lah dekat,confirm dtg beraya kat rumah akak nanti..hehe
belum raya… mana boleh datang beraya.
bukan time ni kak, raya minggu depan ler..tpi tetap tak dapat jugak,sebab jauh sgt kne naik flight lgi..huhu
he he he… memang jauh…jauh di sana
jadi, ambil resepi, buat ye…
harituh masak nasi maqlubah! sedap gila pakai basmathi…
tadi baru je beli rempah kabsah..kata nye dari yamen.. nnti nak buat nasi arab lagi..
dah menggila nasi arab dah sekarang sejak makan kat aroma hijrah..grrr
itulah… pernah baca resepi dia orang beli rempah kabsah
bagi yang susah nak jumpa kedai barangan mcm tu, kena buat sendiri tanpa rempah segera tu..
Kalau abg dah puji..memang sah sedap ni hehe..
Tgk gambar je dah rasa macam bau sampai ke sini dah. Huhu
puji ada makna tu akma..
tapi kita yang memasak ni, kadang2 tak teringat pun mcm mana rasa
sebab lebih puas nengok orang lain makan
betullah sis…entah macam mana, tiba2 rasa macam ada aroma menyusup menyerang lubang hidungku ini…..ooooh!
memang tak pernah rasa pun nasi kabsa ini…apatah lagi dengar nama pun lagi ler tak pernah……..nampak memang menyelerakan……..
buatlah..ada pelbagai cara orang masak ni..mungkin resepi yang berbza, tapi inilah yang jiran bagi
Perghhh utung dapat isteri dan mak yang pandai masak..serius nampak mengiurkan..hehe
amboiii ayat mcm tak untung je… hehehe
tengok masing2 yang tengah makan tuh kamain berselera lagi , pasti sedap lah tuh…
ooooo…. bersama orang tersayang memang seronok
ya allah kak jie…terliur SA tgok nasi ni…mohon amik resepi eh..nak cuba nanti…
harap2 menjadi…. dan seisi keluarga happy
Wah terbaiklah kak jie boleh cubalah resepi ni…
jangan lupa, kak jie nak tengok nanti 🙂
time kasih buat kak jie cos msakkn utk kami smua ari 2..hehe..
bley la nk msak kt umah plak nti..:0
sama-sama – risau sgt sebab takut tak mejadi 🙂
Berguna betul kuali ajaib memudahkan penyediaan nasi Kabsa. 🙂
kena ada teknik yang sesuai juga nak guna ni….. nak elak supaya jgn terlalu kering
selalu beli ajer. lepas ni boleh buat sendiri yer 🙂
betul betul… memasak ni kena latihan kerap
mula2 tu mgkn tak menjadi, lama2 kita ada ‘deria’ utk buat ikut jiwa
lepas tu scroll lagi tgk nasi dgn kambing wu .. teringin kambing la pulak .. meroyan mak buyung niiiiiii `
ini yang payah jadi mak buyung zaman skrg…godaan terbuka sgt
hehehe
sedap kakjie .. sedap nampak pun sedap tambah dengan aroma beras tu sendiri .,, phewww
~ blh saya bawa pinggan ke sana ?
mai mai… bawa beras juga , beras kak jie dah habis
hahaha
Ya Allah, sedapnya. Itulah nikmat yang tuhan beri pada kita. Walaupun hanya melihat gambar tapi aura kesedapan nya terasa sampai ke pedalaman sarawak ni. Bagi link ni kat isteri nanti biar dia tengok. Mudah-mudahn terbuka hatinya nak mencuba resepi ini.
Amboiii…metafora dia berprofile tinggi 🙂
Cuba belikan semua bahan, kemudian cakap… Yang..masak macam ni, letak itu letak ini… hihi
mesti dia buat
p/s 24/8 kami sekeluarga akan bercuti ke Kuching
Salam kak.
Ya Allah sedapnya tengok nasi kabsa ni. Takpernah cuba buat. Nanti nak buat cuba resipi nilah.
Thanks share.
Sedapnyeeeeeeeeee tengok. Terliourrrrrrrrrrrr
Pergi beli beras basmathi jasmine ni… senang je anak buat
kalau nak ubah suai pun tak ada masalah, secara asas, ini saja bahan yang diperlukan
terliur nengok kak jie…dah takyah pi restoran arab..hehehe
yup.. buat sendiri. beli beras pek 5 kilo tu pun boleh makan ramai orang
Kak Jie copy resepi ye, manalah tahu balik kampung esok terajin pulak nak menjamu tetamu dengan Nasi Khabsa.
Kak Jie pun cadang nak maska gini gak kat kampung…. sesekali balik kampung, mesti nak jamu adik beradik yang sedap2
hah, resepi yg ditunggu-tunggu… terima kasih berkongsi resepi Kak Kujie. tak susah rupanya buat nasi kabsa nih. lepas nih da boleh buat sendiri nasi kabsa. tak perlu lg ke D’ Arab Cafe.. huhu~
hah………. korang rajin ye makan kat kedai masakan arab
kak jie tak pernah. rasa mcm mahal je…
cubalah buat sendiri, boleh ubah resepi ikut selera memasing
Perghhh…menggiurkan…raya nanti kami datang ya…hehehe
uik.. kak jie nak dengar dia komen
nanti nak masak lah….haha
hehe kak jie buat open house nanti ye
pandai la akak buat nasi arab kabsah nie…
resepi tu jiran yang bagi, sesambil dok sembang kat majlis masak2 dengan jiran tetangga
Nasi Kabsa ini memang feberet cuma selalunya makan kat restoran sana’ah kat Cyberjaya memang menjilat jari lah. Makan nasi pun dah berselera apatah lagi ditambah daging kambing yg lembut.
kak jie tak pernah makan kat kedai…erk.. memang kurang pun makan kat luar jadi tak pernah tau mana kedai yang sedap , mcm mana variasi hidangan pun tak tau. noob sungguh bab ni.
nyumm sedapnya bau 😀
hehe pasni kak jie kena minta testimoni mereka yang dah rasa..
buatlah… masa utk open house raya pun sesuai juga ni
ha ha ha….mereka kata lebih sedap dari nasi arab yang di restoran idrus (Restoran terkenal di KT)…..Ha ha ha kalau baju tetas kita orang belikan yang baru …terima kasih Kak Jie (Kata dia orang)
saja spot cr komen abah ni hahaha ….
ha ha ha…. bee ni
hehhe…ada pun…terbaik!