Saya pernah keluarkan entri tahun 2008 mengenai panduan menentukan arah kiblat. Hari ini saya keluarkan lagi entri tersebut kerana esok 16 Julai 2013 adalah hari yang tepat untuk menentukan arah kiblat.
Kaabah yang berada di Mekah adalah titik arah sembahyang bagi orang Islam di bumi dan arah berdoa bagi orang Islam adalah langit. Ustazah saya pesan kalau berdoa , pastikan tangan kita betul-betul mengarah ke langit. Kalau nak minta dengan Allah biarlah bersungguh-sungguh dan betul adab tertibnya.
Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak.
Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 PM waktu Malaysia untuk 28 Mei dan pada jam 5.28 PM untuk 16 Julai iaitu esok. Bolehlah kita menyemak kembali arah kiblat sama ada masih tepat atau terpesong arahnya. Pada waktu ini, semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
- Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
- Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
Coordinate Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E
Bagi yang baru berpindah rumah, esok adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat.
Sumber : Majlis Agama Islam Selangor dan www.islam.gov.my
Saya dah buatnya..dah betulkan balik arah kiblat kat rumah tu..hehe
Macam susah jer nie. Rse nyer ada cara yang lebih senang.. Tapi tak ingat.. Huhuhuh.. Tak salah saya, kena guna bayang2. Tapi boleh check bila2 masa sahaja..
apa yang saya beritahu adalah peristiwa istiwa matahari , iaitu pada hari dan tarik tersebut, matahari betul betul tepat atas kaabah.
peristiwa ini hanya berlaku 2 kali setahun yang akan memberi kesan bahawa semua bayang tegak akan tepat ke arah kaabah
cari arah kiblat dan semak arah adalah 2 perkara berbeza
semak adalah ketika kita dah tahu arah
Betapa ceteknya pengetahuan saya sebab ini baru pertama kali saya baca info ini. Terima kasih kak kerana sudi kongsi entry ini. .. 🙂
kat sini mendung xleh semak arah kiblat ni huhu
terima kasih kak atas makluman kat entry ini
kak kujie-trima kasih diatas info yg sgt berguna ini…..mohon copy paste ye….nk share by email dgn ofismate…
ur silent reader.
nazirul
sekarang dah tak senyap :p
pndai bergurau la akak ni….hahah….smlm x dpt nk semak la….mendung…..
ramai yang tak tahu nih. hoho..
tak sabar nak tunggu besok utk tentukan arah kiblat….
hari ni cuaca panas, harap2 sampai ke petang
info berguna kak , tq sebab ingatkan…
Alhamdulillah, moga banyak pahala kak jie bagi info arah kiblat ni.
Tapi kalau hujan takde harapan la ek.
Terima kasih ingatkan. Insyallah akan semak esok
Kalau ada kat kg ni,boleh lah test arah kiblat.
insyaAllah akan re-check esok..
thanks kak jie..
entry yang sangat berguna kak. waktu tu kena rujuk betul2 kat sirim la ek.. hurm, rasanya kalau automatic time dekat nset mesti ikut sirim kan..^^
kak jie pun rujuk time kat telefon…tepat biasanya dengan waktu masuk waktu sembahyang.