Mengikut Pelepasan Am Persekutuan 2013, tiada negeri yang bercuti pada 1 Ramadan 1434H atau 2013. Tetapi mengikut jadual Pelepasan Am Negeri-negari 2013, negeri-negeri yang bercuti pada Awal Ramadan ( 1 Ramadan ) adalah Johor, Kedah dan Melaka sahaja. Maksudnya negeri-negeri yang bercuti esok Rabu 10 Julai 2013 adalah Johor, Kedah dan Melaka sahaja. Negeri lain moh kita kerja seperti biasa.
Rujuk pdf : Hari Pelepasan Am 2013
Mengikut Jadual Pelepasan Am Negeri 2013, negeri-negeri yang bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran – 26 Julai 2013 (Jumaat) ialah Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu. Kuala Lumpur , Putrajaya, Johor, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak tak cuti ye Hari Nuzul Quran.
Sementara itu, cuti Hari Raya Puasa mengikut Jadual Pelepasan Am Persekutuan adalah pada 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat ) untuk semua negeri.
Jadual-jadual cuti macam ni memang penting untuk menyusun jadual ambil cuti, anak sekolah, balik kampung dan sebagainya. Saya pun dah mula menyusun tentatif nak mengatur kehidupan keluarga di Selangor, Kedah dan Terengganu. Bukan mudah bila melibatkan jarak jauh macam ni.
Nota : Ini adalah cuti yang diwartakan dari rujukan laman web parlimen.gov.my – mungkin ada sekolah atau syarikat yang memberi cuti khas sendiri.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Dan Selamat Berpuasa
Cuti raya memang kena merancang, ada yang cuti lama ada yang cuti sekejap.
wah! dah mula susun jadual..bagus2x..selamat berpuasa.
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak….
selamat berpuasa kepada seluruh umat islam…
orang johor keje KL tak boleh cutikan.. dengan ambil cuti sendir.. hehehe
Selamat bercuti sekaligus ramadhan…
cuti 26 hb ni … hari jumaat .. tp kena pergi surau berdekatan , ada majlis sikit ..
Cuti, Cuti, Cuti. 🙂
Selamat bercuti kepada diriku – Asyrof.
Yeyy, Asyrof sudah ada di Malaysia. 😉
huhu.. selamat berpuasa…:)
org yg kerja berdekatan Jln TAR kena berwaspada dengan hari cuti negeri ni..
🙂
memang tiap tiap tahun mcm tu le keadaannya… rasanya org yg terlibat pun dah bersedia
baru perasan blog berwajah baru, cun sangat
oooo…. ada poster calon pilihan raya tuuu…
Singgah ^^ ..
kalau dah singgah..bawalah mee bandung ke, karipap ke…tak kan kurma sebiji 🙂
Ni dia . Pau dari serendah xD .. Puasa lah xP
Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak kak Jie..
Sama-sama.. selamat berpuasa
Selamat menyambut puasa Kak Jie…
sama-sama Rina.. moga tahun ini kita menambah amal ibadat berbanding tahun tahun terdahulu
salam,
japgi kita akan menyambun ramadhan..semoga ramadhan kali ini bermanfaat =)
p/s:malaysia mmg banyak cuti..antara yg terbanyak didunia kot..haha
salam….
sama-sama kita menyambut bulan keberkatan…
yup…. memang banyak cuti…itu belum cuti sendiri2 lagi 🙂
melaka cuti yeay~! haha
oh hanya 3 negeri jer eh…baru tau pasal nih…huhu
Alahai… 3 negeri jer cuti… Ingatkan dekat Selangor cuti sekali… hehehe
kami cuti! selamat berpuasa kakjie dan pembaca2 blog ini juga
Alahai..kenapa la Pahang tak cuti esok..
boleh boleh… ambil cuti sendiri
Bestnya kalau esok cuti, boleh sambung terus sampai ahad .. 😀
uik… rabu khamis jumaat sabtu ahad…amboiiiii kemain nak cuti :p
Cuti Nuzul Quran memang sesak kawasan jalan TAR tiap-tiap tahun. 🙂
Huhuhuhu..kenapa KL tak cuti?
selamat menyambut ramadhan yer kak.. 🙂