Saya sekarang sedang bergerak bersama keretapi Senandung Langkawi ke Butterworth. Tren 20 Senandung Langkawi adalah tren perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke Hatyai, Thailand. Kalau nak ke Langkawi, boleh naik Tren Senandung Langkawi ni dan turun di Alor Setar atau Arau.
Keretapi bertolak dari Rawang tepat jam 10:25 malam dan InsyaAllah kami akan tiba di Butterworth jam 5.30 pagi.
Keadaan di dalam koc tempat tidur bukan kabin. Semua penumpang dah baring dan tidur.
Kami dapat katil tingkat atas… balik tak dirancang awal-awal, katil pun jauh-jauh. Tiap katil ada langsir masing-masing jadi kita rasa selesa dan privasi.
Harga tiket keretapi dengan katil dari Rawang ke Butterworth ialah RM 38.
Ok… saya pun dah nak tarik langsir. Selamat malam.. moga selamat sampai ke destinasi esok pagi. Mak dah dua kali telefon bagitau durian dah gugur…. oi kome deroyan udah luruh!
Katil yang belum bersepah… hiks!
Nota: saya pun tatau lokasi sekarang di mana… gelap gelemat di luar
rindunyaaa nak naik keretapi…
tp x pernah naik keretapi berkatil lagu tu
Nampak gayanya, ambe kena jugak merasa naik keretapi utk balik ke Butterworth nanti…tunggu anak2 besar sikit…hehee
PM tak pernah naik keretapi untuk perjalanan jauh , pernah naik komuter and LRT jer sebelum nih….
pernah ada impian nak bawak anak dara tu travel naik KTM…tp x lulus2 lagi..sedihnya…
lama dah tak naik keretapi…
lama dah tak naik kereta api.. 🙂
Wah best balik kampung untuk merasa durian. Kebun orang tua kali ini tidak menjadi buah durian kalau tidak memang kami sudah kenduri beramai-ramai. 🙂
hu2.. makan durian.. memang sedap..
rindu nak naik train…teringat kenangan silam…hik3
Dah lama tak naik keretapi jalan jauh.. Last naik masa kecik dulu, yg ada tempat tidur macam ni jugak..
Dulu selalu juga balik kelantan naik keretapi..Plan raya ni pun nak balik naik keretapi…Apakan daya, tiket semua dah habis..terpaksalah bersesak3 di jalanraya raya nanti
mata kalau dah ngantuk sure tak ingat kat mana…tapi saya tak pernah tidur kat kabin tidur nie……
Saya pernah balik dengan keretapi waktu malam. Berbanding harga dan keselesaannya memang saya akan naiknya di masa depan. Selesa dan hanya sedar bila dan sampai ke destinasi. 🙂
Memang seronok travel dengan public transport jadi ada masa rehat dan boleh beraktiviti lain sambil cari idea utk next projek.
Saya selalu naik tren ke Penang berbanding naik bas. Lagi best kalau dapat katil. Tapi kena booking awal kalau cuti hujung minggu atau cuti sekolah..
Penggalaman macam ni lah yang syok sangat kan! Mesti anak-anak teruja. Pernah naik kat overseas dulu tapi berbilik, kat Malaysia belum pernah. Tengok gambar ni memang nak cuba jugak sekali..
Seumur hidup pernah dua kali je naik keretapi..kali pertama dengan mak masa kecik2 dulu..masa tu pi Butterworth dan Kedah..
Kali terakhir kalau tak silap masa tahun 2011..masa tu ada kursus induksi di Penang..naik keretapi dari Butterworth ke Taiping (rumah kawan)..
Naik keretapi yang jenis boleh tidur macam ni tak pernah lagi..
Selamat kenduri deriyan ye Cik Intan dan Kak Kujie.. 😀
tek pernah naik tren yang berkatil, nampak seronok juga 🙂
biasa gak naik senandung langkawi sampai kole kangsar kol 2.. tapi klu naik kol 9 dari kl sentral mmg xamik yg leh tido ni takot telajak teros ke penang nanti hehe sedap o nak makan durian,..
Selamat jalan! makan deroyan…
tak pernah naik train jauh jauh.. kalau tganu ada train cmni. nak jugak merasa..