EDIT : Baca di sini – Bacaan IPU Jerebu Terkini 14 Mac 2014, Sekolah Di Klang Tutup
EDIT : 26 Jun 2013 – Semua sekolah dibuka seperti biasa.
EDIT : 25 Jun 2013
- Bacaan IPU dua tempat Seri Majung dan Pelabuhan Kelang telah melebihi 300.
- Semua sekolah di Daerah Manjung ditutup.
- Semua sekolah JAIS ditutup
- Sekolah di Hilir Perak juga ditutup – 3.00 petang
- Baca Indek Pencemaran Udara IPU terkini di sini – Bacaan IPU Jerebu Terkini 25 Jun 2013
Esok sekolah cuti tak 26 Jun 2013?
Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup esok (26 Jun 2013)
Kawasan yang bacaan IPU melebihi 250 pada jam 5 petang tadi adalah – Pelabuhan Kelang ( 464) , Shah Alam (252) dan Seri Manjung ( 290)
———————————entri dibawah ini pada 24 Jun 2013 ——————————
Ramai yang hantar email bertanya, esok sekolah atau cuti?
Sumber: MStar Online
Hanya Sekolah Di Kawasan Bacaan IPU 300 Akan Ditutup.
Sekolah-sekolah di kawasan dengan bacaan IPU di bawah 250 dibuka seperti biasa. Bacaan IPU yang melebihi 300 hanya di Pelabuhan Kelang. Kalau itu statement ni, semua sekolah lain akan dibuka seperti biasa mulai esok kecuali di Pelabuhan Klang. Rujuk Bacaan Indek Pencemaran Udara ( IPU) Terkini [klik]
- Setakat 5 petang 24 Jun 2013 , hanya sekolah di Kuantan akan dibuka esok 25 Jun 2013. Itu pun petikan dari akhbar online. Laman web KPM belum ada kemaskini.
- Semua sekolah di Melaka dibuka seperti biasa esok 25 Jun 2013
- Timbalan Perdana Menteri kata, terpulang kepada ibubapa nak hantar anak ke sekolah atau tidak.
————————-entri dibawah ini 23 Jun 2013 —————————————-
Setakat jam 9 malam, ini adalah senarai negeri dan daerah yang sekolahnya bercuti esok ( 24 Jun 2013) kerana jerebu adalah
- Selangor – seluruh negeri
- Kuala Lumpur – seluruh KL
- Putrajaya – dari laman web KPM
- Melaka – seluruh Melaka – akan dibuka semula esok 25 Jun 2013
- Kuantan – akan dibuka semula esok ( 25 Jun 2013 – Bernama Online )
- Muar
- Ledang
- Segamat
- Kluang – arahan bercuti sejak Jumaat belum ditarik balik
- Batu Pahat – arahan bercuti sejak Jumaat belum ditarik balik
- Port Dickson ( diumumkan pada 9.30 malam )
- Sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok. ( 24/6/2013)
- Daerah Muar dan Ledang yang diisytiharkan darurat pagi tadi. Semua pejabat kerajaan dan swasta di Muar akan ditutup esok. Jabatan Imigresen juga maklumkan kaunter tidak akan dibuka.
- Semua universiti di Lembah Klang dibuka seperti biasa.
- Darurat dan sekolah ditutup adalah dua perkara berbeza. Setakat ini hanya Muar dan Ledang sahaja diisytiharkan darurat.
Bila dah cuti, pastikan anak-anak berada di dalam rumah dan memakai topeng jika perlu keluar , minum banyak air dan kerap mencuci tangan dan muka.
Nota :
- ikuti @HazeInformation di Twitter untuk beberapa maklumat.
- pos ini akan diupdate dari masa ke semasa
- Semak Indeks Pencemaran Udara ( IPU) Terkini di sini – Jabatan Alam Sekitar
kalau jerebu memang bosan
kalau sekolah saja sampai cuti berarti cukup besar ya dampaknya
27.6.2013 ada sekolah ke?
sekolah… sekolah cuti kalau bacaan IPU 250 ke atas, sepanjang hari semua IPU bawah 250
Memang jerebu ni mengundang bahaya. Alhamdulillah blogger seperti kak kujie rajin update info terkini utk pengtahuan umu. Terima kasih ya
IKut garis panduan yang pernah dikeluarkan oleh kementerian mengenai jerebu sejak tahun 2004
1. Bagi kawasan IPU lebih 300, sekolah ditutup secara automatik tanpa tunggu arahan.
2. Bagi IPU bawah 299 sekolah seperti biasa sehingga ada arahan tutup.
3. Bawah 250 sekolah seperti biasa dan hadkan aktiviti luar.
nak tnye….sok tlk pg5 garang cuti x????hehehe
Tadika pun terpaksa tutup kerana xsggup menanggung risiko anak-anak terkena asthma dan sebagainya.
esok belum pasti bagaimana…moga semuanya reda dan pulih…ameen
ternyata tak hanya menimpa Indonesia saja, kini Malaysia juga mengalami hal yang sama
semuanya ‘merasa’
semoga tak bertambah teruk.. kalu idak esok kene cuti sekolah lagi……huhuhuhhu
Cepatlah pulih…..dah sesak ni…
semoga keadaan ini cepat pulih…dah sesak ni….
makin merebak ke utara pula jerebu ni..
semoga masalah jerebu nih akan reda secepat mungkin…amin…
Putrajaya makin tebal jerebu. Tapi taska anak saya masih buka seperti biasa, sebab tutup tingkap dan pasang air cond, kata pemilik taska. Dan isteri sy masih ke pejabat seperti biasa.
Terima kasih atas maklumat.
Sumbangan maklumat yang sedikit tetapi besar manfaatnya utk semua.
Semoga di beri kebaikan drpd Allah dunia akhirat.
Seronok juga dapat bercuti.. Boleh sambung berehat…
best la dapat cuti.perak xx cuti ke
Huhuhu,
anak-anak kegembiraan dan pasti ibu bapa juga turut gembira jika mereka juga mendapat cuti rehat.
selalu je jerebu ni terjadi akibat permbakaran terbuka dari negara jiran. just wondering, xkan pihak berkuasa indonesia tidak mengambil apa2 tindakan/pengajaran keatas pa yg berlaku sebelum ini. maybe kawasan indonesia besar, so susah kontrol.
hoho..mari kita bercutii..yehhhh.
oh Putrajaya dah umum cuti ye..
tadi kat berita Selangor dan Kuala Lumpur saja..tu yang heran
dah update balik..hihi
Sebab dalam akhbar online hanya sebut Selangor dan Kuala Lumpur. Putrajaya wilayah persekutuan berasingan. Kemudian kat laman web KPM dah sebut Putrajaya. Baru berani nak update. Takut tersilap lapor, biar dah confirmed baru kemaskini
itulah..TV3 pun sama..dekat web KPM pun ciput je dia update..hehe
nilai x cuti ke?
Setakat ni hanya PD saja yang diumumkan cuti
Muga cepat pulih jerebu ini..ana yg duk muo ni amatlah terasa kesannya
kat selangor ni budak-budak tak nampak macam hadkan aktiviti luar je. Tak ramai orang pakai mask lagi. Tapi bau asap kuat juga kat luar..
n9 tak cutike?
Setakat jam 9.30 mlm MB hanya umumkan PD saja
Esok sudah siap sedia dengan topeng muka N95 cuma bahagian mata harap visor topi keledar.
semoga keadaan akan pulih seperti biasa.. aminn…
Terima kasih kakjie , info ni memudahkan org buat carian
payah juga Bee sebab keluar kat akhbar online…takut kita pun tersilap lapur.
Kami dapat tahu melalu sms dan panggilan telefon sahaja tadi. Masa menonton berita tadi, memang tak ada diumumkan rasanya bahawa sekolah daerah Port Dickson diarahkan tutup. Petang tadi pun pegawai PPD tak berani kata apa-apa sebab mereka cuma terima arahan untuk arahkan supaya tiada perhimpunan esok di sekolah.
Putrajaya cuti x esok?
Putrajaya cuti – ada info di laman web Kem. Pendidikan Malaysia