Darurat Jerebu di Muar Dan Ledang – Sekolah Di Kuantan, Melaka , Selangor dan Kuala Lumpur Ditutup
Pengetahuan Am

Darurat Jerebu di Muar Dan Ledang – Sekolah Di Kuantan, Melaka , Selangor dan Kuala Lumpur Ditutup

Edit :

  • Baca :  Senarai sekolah yang cuti esok  [klik]
  • Status Darurat Jerebu  untuk daerah Muar dan Ledang telah ditarik balik pada petang ini 24 Jun 2013
keadaan jerebu
Keadaan jerebu dihadapan rumah saya

Akibat jerubu yang tahap kritikal di  Muar dan Ledang. daerah ini  telah diisytiharkan sebagai kawasan Darurat Kesihatan  iaitu Darurat Jerebu berkuat kuasa serta merta  . Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikedua tempat ini melebihi 750.

Ini merupakan perisytiharan darurat membabitkan bencana alam sekitar kali ketiga pernah dibuat kerajaan selepas Sarawak pada 19 September 1997 dan Selangor (Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang ) pada 11 Ogos 2005.

Pengisytiharan Darurat Jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung.

EDIT  6.00 PMSemua sekolah menengah dan rendah  di Melaka, Selangor ,  Kuala Lumpur  dan Kuantan diarah tutup bermula esok.

Saya dilahirkan di Baling akhir tahun 60’an. Perkataan dadurat itu sangat sensitif , terus teringat kisah-kisah zaman darurat pada tahun 1948 hingga 1962 yang dipanggil Darurat Tanah Melayu. Darurat zaman saya dulu melibatkan keselamatan dari ancaman pengganas komunis.

Kami orang kampung tak panggil darurat, kami panggil curfew!

Antara langkah-langkah yang diambil sebera oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri apabila Darurat Jerebu ini diistiharkan adalah :

  • Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.
  • Menentukan semua sekolah ditutup.
  • Menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
  • Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
  • Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran kepada pihak media cetak dan elektronik dibuat seberapa kerap; dan
  • Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak melibatkan:

  • Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya;
  • Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat; dan,
  • Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

( sumber rujukan : Darurat Jerebu )

Saya ni jenis akan cari sumber rujukan, semua laman web rasmi kerajaan yang saya kunjungi tidak dikemaskini. Contoh gov.my, parlimen.gov.my atau jpm.gov.my.

Satu-satunya rujukan adalah dari Facebook sepertimana yang dirujuk oleh Bernama Online.

declare emergency status
Harap-harap akaun ini tidak dihacked!

 

Dah darurat, apa nak buat?  Apa sekata-sekatan yang dikenakan terhadap orang awam?  Apa langkah yang perlu diambil dan sebagainya.

Bila diistiharkan darurat, adakah penduduk setempat akan dibekalkan mask ( topeng ) ?  Contohnya  adakah agensi dan jabatan kerajaan akan  mengagihkan bekalan topeng kepada penduduk luar bandar?  Adakah kenderaan rasmi jabatan akan masuk ke seluruh kampung membuat hebahan menggunakan pembesar suara?

Macam-macam yang saya fikirkan.

Keluhan saya ini rupanya mendapat balasan dari rakan blogger yang juga wartawan Hazrey dari hazrey.com.  Beliau berkongsi satu laman web yang juga menyuarakan isu yang sama.  Baca  blog John SeaDemon dengan tajuk Hazy Direction.

Abaikan perkara-perkara yang saya fikirkan tu kalau buat anda stress. Jagalah kesihatan kita dan ahli keluaga. Minum banyak air dan cuba mengelak dari keluar jika tak perlu.

Kebakaran berskala besar seperti ini tak akan hilang sekelip mata, jadi sama-samalah kita berusaha membantu mengurangkan kesan kesihatan keatas diri masing-masing disambil terus berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala semoga diturunkan hujan.

Cara mengurangkan kesan  kesihatan akibat jerebu

  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air .
  • Selalu membasuh tangan dan muka
  • Gunakan topeng pernafasan

Nota : kalau signal Astro dah keluar warning, pleaselah jangan nyanyi lagu rain rain go away tu lagi ye..please. Biarlah hujan, lupakan siaran TV seketika. Kalau hujan, jaga anak-anak jangan bagj dia main hujan. Kita pun cuba elakkan dari terkena hujan,kemungkinan itu adalah hujan kimia dari aktiviti pembernihan awan.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

6 thoughts on “Darurat Jerebu di Muar Dan Ledang – Sekolah Di Kuantan, Melaka , Selangor dan Kuala Lumpur Ditutup

  1. Kuantan sekolah tutup esok..tadi pengetua tadika dan pemilik taska telefon kemunginan premis itu juga akan ditutup esok..tengah pening nak hantar anak2 ke mana esok..mungkin terpaksa ambil cuti jugak..

Comments are closed.