Simpan Tudung Awning Dengan Beg Tudung Khasadinna
Advertorial

Simpan Tudung Awning Dengan Beg Tudung Khasadinna

Pernah tak kita mengalami masalah awning tudung yang mahal terkemek, kembang atau renyok sehingga kita hilang minat untuk memakainya walau pun itu adalah tudung yang paling kita suka?  Kebanyakkan tudung, bahagian awning adalah bahagian yang paling sukar dijaga terutama jika mengembara atau di dalam percutian.

Kerap kali awning tudung terkemek akibat berada di dalam bagasi yang padat sewaktu bercuti. Menggantung atau melipat tudung berawning juga boleh menyebabkan bahagian tersebut mudah rosak.

Sekarang, ada satu produk yang sangat praktikal untuk mereka yang mengambil berat mengenai tudung mahal yang dibeli. Produk Beg Tudung Khasadinna adalah produk beg simpan tudung  yang pertama kali saya jumpa dipasaran yang memberi altenatif kepada masalah biasa terjadi kepada tudung awning .

Beg Tudung Khasadinna adalah beg tudung yang pertama seumpamanya di Malaysia.

FB Jual Beg Tudung Khasadinna
Sila kunjungi Facebook Beg Tudung Khasadinna untuk melihat ciptaan kreatif dan inovatif yang mengembirakan ramai wanita jelita di pasaran.  Wanita yang kerap keluar ke seminar atau mesyuarat di luar daerah boleh membawa tudung sedondong  mereka dengan lebih kemas dan terpelihara tanpa renyok atau kemek.

Beg Tudung Khasadinna

Nampak tak bentuk bulat dalam Beg Tudung Eksklusif  Khasadinna tersebut?  Satu  bulatan  di bahagian badan beg dan satu lagi di bahagian penutup.  Ketulan bulat tersebut adalah magnet yang akan memastikan bahagian awning tudung yang diletakkan didalam beg ini tidak bergerak.   Apabila beg ditutup, kedua-dua magnet akan ‘memegang’ satu sama lain dan memelihara awning tudung daripada renyok atau kemek.

Beg Tudung Khasadinna juga mempunyai dua tali yang akan mengikat kedudukan tudung pada tempatnya.  Fungsinya seperti pengikat  pakaian di dalam beg kembara kita.

 

Jual Beg Tudung KhasadinnaBeg Tudung Khasadinna boleh memuatkan lebih kurang 10 helai tudung cantik.  Beg ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti supaya bentuk dan saiznya boleh dibawa mengembara secara mudah.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjaga tudung awning untuk kekal cantik yang dikongsi oleh Beg Tudung Khasadinna :

  1. Semasa seterika gunakan suhu yang rendah (setting untuk silk atau cool iron). Jika bahagian awning ini kemek, anda juga boleh menggosoknya supaya bentuknya kembali seperti asal.
  2. Jangan basuh tudung anda di dalam mesin basuh dan jangan perah bahagian awning.
  3. Apabila menyidai janganlah disepit bahagian awning

Beg Tudung Khasadinna sesuai untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada ibu, isteri, kakak, adik, teman wanita,  bakal teman wanita atau bff anda. Boleh dijadikan hadiah harijadi, hadiah ulangtahun perkahwinan, hari hari guru atau sebagai barangan hantaran pertunangan atau perkahwinan.

Kepada lelaki-lelaki macho di luar sana , beg ini adalah pilihan hadiah  paling praktikal untuk wanita kesayangan anda!   Beg Tudung Khasadinna hanya boleh dibeli secara online. , Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila kunjungi Facebook Beg Tudung Khasadinna dan  nikmati tawaran  LIKE, SHARE dan MENANG  sebelum tarikh akhir 25 Mei 2013.

Bonus istimewa kepada pembaca blog kujie2.com, anda boleh mendapatkan Beg Tudung Khasadinna ini pada harga promosi RM 250 dengan berikan promo code ‘kujie2.com’ apabila membuat tempahan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

49 thoughts on “Simpan Tudung Awning Dengan Beg Tudung Khasadinna

    1. Entri ini diterbitkan pada 23/5/2013.

      Kalau tuan punya produk nak turunkan harga atau nak naikkan harga itu bukan dalam bidang kuasa saya… apa yang dipaparkan sdalah hsrga pada tarikh tersebut.

      Ini adalah entri advertorial yang dipantau oleh pemilik produk.

  1. tu lah salah satu keburukan tudung awning, cepat kemek kalau x pandai simpan..huhu.. ok la jugak ada beg ni, at least nk pergi travel senang 😀

  2. mmg bab tudung kemek, tak dpat lari, kena pulak iron semula.

    biasanya kalau travel, saya gantung tudung kat hanger guna sepit baju, sepit hujung2, lepas tu gantung dalam kereta. tak pun, letak je atas beg kat bonet kereta.

  3. bagusnya beg macam nih. boleh buat travel.. tudung awning memang menjadi pilihan saya jika hendak bercuti. senang nak pakai dan kadang2 tak perlu nak iron sangat.. jimat masa..

  4. nasib la tak minat tudung awning. sesuai utk travel nih, tudung tak berkeronyok.

  5. Isteri selalu bising kalau terduduk diatas kain tudung beliau terutama di bahagian awning. Bagus ada bag khas yang dapat melindungi awning daripada berlipat. Ia reka cipta yang inovasi.

    1. Awning tu memang bahagian yang perlu dijaga dgn baik.. bahagian yang akan menempek kat muda, bahagian yang akan mengadap orang.. sebab tu perempuan yang ada tudung awning nak isi tudung dalam beg yang tak bercampur dengan pakaian-pakaian lain.

    1. ha… Kak Long nak Kemboja bulan depan, sesuai nak bawa ni…dah siap iron simpan leklok, tak de lah susah2 nak cari seterika

  6. Salam,

    Sekarang ni dah senang nak hadiahkan tudung, guna je beg tudung ni, memang yakin tudung dalam keadaan elok je….psstt!! nak harga istimewa heheee

    1. Kadang² tak ada seterika kat hotel atau tak sempat nak mencari nak seterika tudung.. memang sesuai sangat untuk mereka yang kerap travel bermesyuarat berseminar di luar daerah… Isi je dlm beg khas tak berkerenyok terhimpit dgn baju2 lain

    1. Isteri Eizil selalu berseminar bermeeting di luar daerah, elok beli… bawa tudung tak renyok, dah siap² seterika

  7. Nampaknya ada satu lagi innovasi utk kempiskan poket suami haha..menarik ni kakjie..

    Nak kena dapatkan satu untuk hadiah pada si isteri hehe

    1. Hari ni orang gomen gaji, kan… kan… belilah utk Nurul
      Kejutan, mesti senyum sepanjang bulan….

  8. waaahhh… menarik nih. tak keronyok awning yea kalau bawak travel.. lagi-lagi kalau travel ke kemboja. kan?

Comments are closed.