Mak Awak Blogger Ke?
Anak

Mak Awak Blogger Ke?

Awal malam tadi Along dan Angah balik bersama-sama.   Along di Kajang, tiap Jumaat akan balik singgah di UniKL BMI Gombak untuk ambil Angah dan balik bersama.  Seminggu tak jumpa, nampak anak berdua tu balik rasa lapang rasa bahagia rasa kasih

Bab anak-anak ini mak-mak je boleh faham.

Pertama kali juga Angah balik  hujung minggu bawa pakaian untuk dicuci.  Tiga tahun belajar di Kedah yang tidak berpeluang balik hujung minggu.  2 tahun di Mrsm Merbok dan 1 tahun di Kolej Mara Kuala Nerang.

Dia ni jenis ‘anak mak’ , masih nak baring sebelah mak dan bersembang bercerita.

“Mama… kawan Angah tanya, mak awak blogger ke?”  Dia search BMI jumpa blog mama .. dia nampak gambar Angah ”

“Tapi mama tak letak gambar Angah pun kat entri tu..”

“Dia surf baca entri lain kot..”

 

Hai kawan Angah.

Jambatan Tasik Temenggor
Keluarga Kami – Jambatan Tasik Temenggor

Sebenarnya agak kerap saya terima cerita seperti ini dari anak-anak.  Sewaktu Along di SM Teknik Sepang pun ada kawan yang bertanya.  Angah di MRSM dan di Kolej MARA Kuala Nerang pun ada yang bertanya

” Mak awak blogger ke?  kujie2.com tu blog mak awak ke”

Sebab itulah saya sangat menapis apa yang ditulis mengenai mereka di blog.  Anak remaja dan anak sekolah rendah sangat berbeza.  Apa yang kita tulis sewaktu mereka di sekolah rendah tak ada siapa yang akan ambil peduli tetapi apabila anak remaja, saya kurang menulis mengenai mereka kerana saya perlu menjaga ‘zon peribadi’ anak-anak bersama keluarga dan rakan sebaya.

Kadang-kadang kita ni kalau gembira, mudah terbabas dalam bercerita.  Berkongsi duka berkongsi suka perlu ada sempadannya.

Anak-anak saya sedang berada di dalam zaman yang  membentuk pemikiran , pendirian  dan identiti mereka yang tersendiri.  Mungkin ada pendapat  antara ibubapa dan anak-anak  yang akan bertembung.  Kita zaman remaja pun sama, kan… ada juga beberapa konflik bersama ibubapa membabitkan pandangan dan kehendak.

Mereka juga mempunyai rakan sebaya yang akan mempengaruhi pemikiran, pendapat, cara berpakaian , gaya hidup mereka.  Evolusi yang dialami anak-anak juga pernah dialami oleh ibubapa, cuma dalam zaman dan persekitaran berbeza. Ibuapa tak boleh menentang  secara keras dan drastik elemen-elemen yang bercambah di dalam diri anak-anak remaja mereka tetapi jadilah pembimbing dan mentor yang bijak mengimbangi keadaan tersebut.

Tulis tentang anak-anak saja, air mata boleh je mengalir tanpa sebab.  Mak-mak je yang faham perasaan yang ada macam mana.  Tiba-tiba rasa lambat sangat hujung bulan, jadual bertemu suami!

Jangan lupa, kita jumpa esok di SBDDB di Hotel Singgahsana !

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Mak Awak Blogger Ke?

  1. Saya teringin nak tulis pasal kisah famely dari saya kecil hingga saya dewasa sekarang.

    Tapi saya fikir banyak kali adakah ia boleh di-publish sesuka hati? ..

    Mungkin boleh, mungkin tidak. 🙂

    So, perlu barhati-hati dalam penulisan. 🙂

  2. Faham apa yang kakjie ckp .. sbb tu banyak tapis juga ..blog jd kurang menarik jika banyak tapis , tapi apa ade hal .. peribadi lagi kena jaga ..

    1. Saya hal peribadi ni,memang wajib selidik habis dulu baru tulis.

      Kadang-kadang perkara yang kita rasa nak tulis tu sebenarnya tak elok untuk di-publish.

      Yelah, risau pembaca / follower fikir lain kan? .. So, memang perlu berhati-hati menulis ni. 🙂

  3. Wahhhh, budak2 sekarang pun kenal dengan kak Jie ye… Femes ni.. bukan setakat baya kami, baya anak2 kak Jie pun kenal 😀

  4. Hari tu pernah terjumpa keluarga blogger. Dari ayah ke anak-anak masing2 ada blog sendiri. slfhost punya blog lagi. power2.. hehe

  5. Kan kak kan… mak mak je faham…
    Bila ina tengok balik gambar-gambar anak ina zaman dia masih kecik dulu, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Cepat je berubah rupa anak.

    Bila kira masa bersama anak, nanti dah sekolah menengah, mungkin dia akan duduk dengan kita, mungkin dia akan ke sekolah asrama. Masa tu dah rasa sunyi.

    Even konon nak dating dengan suami je, anak letak kat taska. Still rasa macam kehilangan. Huuu…

  6. Femas mak dia daripada anak. Hehe.. Butul tu kak. Maybe anak-anak dah besar ni dia perlukan ruang privasi. Mungkin rasa malu tu dah ada kalau terlalu didedahkan kisah mereka,

  7. Bahaya juga kan kalau expose sangat pasal anak ni..takut anak tu sendiri tak selesa bila cerita pasal mereka jadi bahan bacaan.

  8. Nanti anak2 saya dah besar pun saya nak buat mcm kak jie la.tu pun klu masih bergelar blogger…tapi klu bukan blogger pun kena jaga jugak kan,tak boleh nak citer sebarang2 je pasal anak2 ni

  9. suka dengan second last paragraph hanya mak jer yang faham perasaan macam tu…tu sebab kekadang rindu dgn anak di PUSASDA (dah lama tak jumpa) dan UIA…

    1. ha ha ha… ada masa² kita rasa rindu , perlukan sangat² dia disisi
      kadang² tak … feeling tu dtg ikut emosi

  10. Terbaik SEO blog ni ye, search kat enjin carian google boleh jumpa Mak kepada kawan-kawan…salam pkenalan, kite blogger baru..mohon tunjuk ajar hehe..

Comments are closed.