Selepas bertungkus lumus mengikat perut, pecahkan segala tabung ayam tabung gajah yang ada, akhirnya saya berjaya melangsaikan pinjaman perumahan 2 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Berita gembira ini tak dapat diraikan seperti khabar gembira lain kerana akaun dah kempis. Tetapi kalimah bersyukur itu memenuhi ruang rasa dalam jiwa. Bagai gugur satu beban yang digalas.
Selapas dah habis bayar, kenalah hubungi bank untuk langkah seterusnmya. Baca entri tersebut di sini – Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebih Awal
Proses seterusnya ialah bank akan hantar kepada peguam untuk proses discharge of charge ( pelepasan gadaian ).
Bila bank sebut itu urusan peguam, automatik saya terus pahat dalam kepada akan ada bayaran yang perlu disediakan. Bank cuma keluarkan pinjaman tak kurang tak lebih walau satu sen. Semua urusan proses memohon pinjaman dan proses dah selesai bayar pinjaman akan melibatkan wang yang perlu ditanggung oleh kita sebagai peminjam.
# nota untuk adik-adik yang akan membeli rumah – sediakan kos tambahan untuk dua pihak peguam ( kecuali ada T&C perkhidmatan ini percuma )
- peguan untuk S&P bersama pemaju
- peguam untuk pinjaman bersama bank
Hari ini saya dah dapat surat dari peguam bersama lampiran yuran guaman tersebut.
Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tujuh Puluh Empat Sahaja. Dalam bil ini ada Service Tax 6 %, itu SST bukan GST seperti yang sedang diperkatakan sekarang. Nak tahu GST tu apa, baca di sini – Apa Itu GST
RM 774 ini hampir dua bulan bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut kerana rumah ini adalah rumah kos rendah flat 17 tingkat bersamaan 628 kaki persegi.
Apa pilihan yang ada? Tak ada pilihan.
Kena bayar , kalau tidak urusan kita tergantung tak selesai.
Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan dan Blogger pun boleh mencarum KWSP!
Saya belum bayar ni, dah tak ada tabung nak dipecahkan!
Nota : entri ini pengetahuan untuk sesiapa yang akan membeli rumah di masa akan datang. Menabunglah dari sekarang, tak kira tabung gajah, tabung ayam, tabung rimau atau pun tabung haji!
Hurmmmm…..
Dlm 4th Schdule SRO 2005 caj DRR RM300. Apsal akak ni kna 400 ekk. DRR utk 3 properties same deed ke?
Sy pun lauya gak.
terima kasih sharingnya
bisa jadi sumber informasi bagi kita semua
bertahun beli rumah tapi hanya bayar faedah jer…..
Saya jer belum mampu langsaikan hutang lagi..emmm
alahai…baca ni baru teringat.saya punya pun tak buat lagi discharge ni…adehhhh….duit lagi.
benda ni tak leh buat sendiri ke kak jie? mana la tau, kalau boleh buat sendiri dapat berjimat sikit
betul. bayar..bayar..jangan tak bayar.
otw nk bli umah..kalau bole secepat mgkn sblm hrge rumah meningkat dgn mendadak..huhu
Oh ada lagi bayaran setelah habis bayar pinjaman rumah yer.
kalau menabung dari skrg boleh kot
hurmm..kena start menabung dari sekarang..
Lambat lagi hendak lepas tanggungan bank. Bayar sudah bertahun-tahun belum nampak ada tanda-tanda susut pinjamana kerana bayar faedah selama ini.
nanti masa di Seminar, kak jie bawak tabung.. kot kot ada sahabat isi kan.. hehe .. kak jie kena buat muka comel lebih lagi.. sekarang da comel dah
Bro menabung untuk anak yang bakal dilahirkan he..23x
Ada juga plan nak beli rumah dalam masa terdekat nie
Pinjaman dah habis bayar pun kena bayar lagi untuk pelepasan.. Adoyaiii..
memang dah macam tu peraturannya.
peguam yang buat kerja jadi kita kenalah bayar legal fees.
* dah lama tinggalkan bidang guaman..
Hmm…bayar lagi adoii la..nak tak nak kena bayar gak 🙂