Saya baru tanam pokok bunga berwarna purple ini sebulan. Ambil dari rumah mak saudara ( mak blogger Hairul Azni )sewaktu bercuti ke Gambang.
Masa tu tak tau apa nama pokok renek ini.ย Panggil lavender saja sebab berwarna purple atau blue-violet.
Pagi tadi sesambil berkemas-kemas taman sebelum bercuti seminggu, nampak bunga-bunga purple ini meriah berkembang.
Carian di internet menemui nama sebenar bunga dalam jenis petunia ini adalah Ruellia brittoniana atau Mexican Purple Showers.ย Bunga-bunga dalam spesis petunia dianggap eksotik kerana selain menghasilkan bunga dalam warna yang menarik, ianya bukan tumbuhan asal negara kita.ย
Ruellia Brittoniana berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat.
Bunga purple ini tumbuh renek kira-kira 3 kaki dan amat mudah untuk hidup.ย Bunganya seperti tiub dan kekal kembang hanya sehari.
Pokok saya baru ada 6 batang, bila dah berkembang biak nanti elok untuk border dinding pagar kerana dengan ketinggian tersebut ianya sesuai sebagai pokok sempadan.
sent from my GT-i9300
sepertinya bunga ini mudah dipelihara dari pada tanaman kaktus ..
cantiknya bunga ni.. bau harum ke kak jie?
tak ada bau
Cantik, color purple..macam bunga raya…kalau semuanya berbunga mesti meriahkan…
cantik bunga tu..ada bau tak?
dah cium, tak ada bau
Cantek!
Ini kalau dapat singgah taman kak jie, bolehlah mintak sikit =)
nampak macam adik beradik bunga raya..
bunga yg berwarna ungu memang cantik ๐ suka purple ๐
rupa ala-ala bunga raya, tapi tak de tangkai tengah tu.. panggil apa tah, lupa dah.. tapi warna purple, cantik.. suka suka..
Cantik-2 .
Terima kasih atas sharing gambar bunga kat atas. sangat-sangat cantik, izinkan saya untuk copy gambar bunga tersebut buat koleksi.
bunga tu cantik kak jie, bagaimana dengan baunya, ada bau harum atau takda bau apa apa
Ya Allah cantiknyer… Jarang jumpa bunga yg warna seceria macam ni..
Cantik jugak bunga ni.. Nampak macam bunga raya pun ada bila kembang.
ohh..inilah bunga levendar tuuu..
mana nak dapat anak bunga nie? comey tuuu…
cantik. bunganya ala bunga raya.
tenang je tengok bunga tue. ^_^ suka. senang tumbuh ye sis? penjagaannya macam mana?
bunga tulip ungu ada tak? nama bagi seorang penulis novel.
cantik plak bunga ni.. rasa cam nak makan pula. huhu
cantik sungguh bungi ini.. boleh ianya di petih, hehe
wah sempat buat kajian tu kak jie … boleh jadi pakar bunga pasni … ๐
susah juga nak cari info pasal bunga ni, sebab tak tau nak mula dari mana
yang kita tau, bunga purple…nasib juga pengalaman mencari informasi maklumat membantu
dah nak masuk musim bunga…
Sekali pandang, macam bunga raya….cantik..Nanti2 saya singgah rumah kak jie ye memetik bunga di taman…
ayat nak masuk meminang ni
intan tu masih sekolah, tanak nasi pun tak pandai
jerang air pun main petik suiz je..masak kari je dia pandai………….. mee megi kari!
hehehe
Oh inilah laman bunga yang disebut-sebut. ๐
iye iye cerita mcm taman besar mcm gajah, padahal sekangkang anak kera aje..hehehe
bunga kembang setaman nih.. cantik!
warna purple tu yg menarik
ingatkan morning glory.. hihi
dia tak menjalar, tumbuh terus dari tanah
batang lembut mcm pokok kekembung
lawanya bunga ni..dah jatuh hati pulak dengan bunga ni..haha
baru je tanam, belum membiak rimbun lagi tu
nanti boleh bagi kat kawanยฒ
mudah sgt nak hidupnya
potong batang, cucuk je kat tanah.. boleh hidup
memang cantik laman ruamah dihiasi bunga-bungaan
suka bunga warna purple… nampak ciri-ciri gaya inggeris
Bunga ni transit dari kuantan ke serendah..mungkin lepas ni akan tumbuh di baling pulak.. ๐
* Terima kasih backlink..
harussssssssssss…. nak tunggu membiak je ni
nak potong sayang lagi, baru je nak hidup
cantik bunga ni..
saya tak boleh jaga bunga-bunga ni kak jie.. kucing saya buat macam taman permainan dorang je.. tahu tahu pokok dah senget la, pasu pecah la…
oooo..tak kan seganas tu?
suka bunga ni sebab senang hidup, senang nak jaga..hihi
purple, fave color! seronok kan bile pkok bunga yg ditanam menjadi. mmg nampak ala2 seri pagi ngan bunga raya ๐
kan.. warna purple tu mmg lain sikit..dah biasa nampak merah, kuning, putih
bila purple nampak special
Sekali tengok pada gambar bunga yang close-up tu, macam bunga raya, tanpa stigma (bahagian yang ada debunga tu). Menarik warnanya.
maca seri pagi, hanya kekal sehari
mudah nak tanam. patahkan batang dan cucuk
tak sampai 2 bulan tanam, dah meriah berbunga…