Luka waktu kena ragut minggu lepas makin kering. Luka di hujung ibu jari saja lambat sikit nak baik. Pagi terlanggar pintu bilik air, tengahari terlanggar meja makan….huhuhu….luka berdarah semula. Bengkak pun makin susut. Kata Intan bengkak tu banyak air, mama kena letak kaki tinggi atas bantal. Jangan abaikan kata² Nurse Junior itu , ok… dia berpengalaman menjaga pesakit.
Nampaknya berparut besar juga nanti. Sambil baring² kaki tergantung saya ajak Pakcik Google cari petua hilangkan parut. Macam² petua yang saya jumpa.
Petua hilangkah parut.
1 – Sapu dengan lendir lidah buaya ( Aloe vera) yang kemampuan sebagai pembersih dan antiseptik.
2- Sapu dengan kulit pisang – Elok sangat, kan? Pisang buat baja untuk Platycerium dan Merpati Putih, kulitnya untuk hilangkan parut.
3 – Sapu dengan serbuk teh yang telah digunakan. Selalunya serbuk teh saya letakkan dipangkal perdu pokok² bunga, rupanya boleh juga digunakan untuk menghilang parut. Kesianlah pokok² bunga saya, terpaksa berebut² khasiat dengan tuan dia.
4 – Asam jawa atau biji asam jawa – Tempekkan asam jawa pada parut atau biji asam jawa ditumbuk dan dicamput sedikit air dan disapu pada parut. Amaran : Rasa pedih. Awal² lagi saya tak ingin mencuba… Sudahlah sakit dan pedih luka dulu masih terasa, nak saja² suka suki menambah sakit…tak sanggup !
Sesiapa yang ada petua lagi, boleh kongsi dengan saya ye…
” kalau dah berparut macam tu, masa meminang dapat diskaun 30% kot….”
” kalau saya tau abang nak minta diskaun, awai² saya suruh ayah markup harga…”
guna lah bio oil yg kt farmasi tu..insyaallah.h!lang
petua orang dulu-dulu selalu minum madu setiap hari pagi dan petang.madu tualang yang paling baik
.-= sabriehasan´s last blog ..Teh Herba Misai Kucing =-.
uikssss mama kena ragut ke…uuUUuuuuu…mama macam mn dh skrg… 😕
@cik pah, dah 2 minggu 😆
Guna gamat ok jugak tu kak
Adrys last blog post..Konsert Sure Gegar @ Tawau
@Adry, tak de minyak gamat lah skrg ni adry
nak kena naik air asia g langkawi…heheheh 😆
Sebelum komen pasal kicap tu, nak balas komen Tie… merempit dan buat wheely lagi. Jangan jeles… he he he. Tie… napa susah bebenor nak tinggal komen kat blog Tie?
Kujie, bab kicap tu kan, memang betul. Tak percaya, makan kicap banyak-banyak sebelum luka kering. Mau dapat peta Filipina lak kat situ. And then, lagi satu petua, sagat kunyit hidup kat batu pastu sapu kunyit yang disagat tu kat luka yang dah kering tu. Pasti licin macam muka Zeenat Aman. Tak caya, cubalah. Ni nak cabar Jie la ni.
ODs last blog post..The Name Is Bond. James Bond.
@OD, Kih kih ….
(Jie, tumpang lalu kejap!)
Tak dapat bayangkan opah buat wheely…..mesti tersedak pokcik tu !
Mintak maaflah OD, memang blog tie loadingnya lambat sebab guna disquss tu…. insyaalah…tak lama lagi masalah tu dpt diselesaikan…. tunggu……!! 😆
Ties last blog post..Entry terakhir ?
Nampak mcm ok dah sket…jaga pemakanan yer Jie…jaga kesihatan juga ye…Selamat beristirehat!
Deas last blog post..Tag by Walinong Sari…
@Dea, a’aha…rasa mcm ok
cuma kalau gerak lepas duduk lama…sakit..tegang je
tapi tak de gatal2 pun..
terimakasih Dea..blog baru je
perasan gak 2-3 hari lepas ada link baru tapi tak sempat nak update lagi
nnt ye…
@Kujie,
😆 😀
sengaja nak tukar dgn sedikit pembaharuan…dah ada sedikit waktu terluang untuk kwn2…dah tak “BZ’ mcm dulu…hujung minggu dah berkampung di rumah…. 🙂
Dea Saras last blog post..Hujung minggu yang membosankan!
sume petua2 dia tas saya pernah baca tp tak pernah cuba. cuma sapu ngan lendir aloe vera tu jer pernah cuba. mujarab mmg mujarab tp memerlukan masa yang panjang dan bergantung juga pada jenis kulit. kulit saya kalau da berparut mmg lambat nk baik.
izans last blog post..kusangka panas rupanya
@izan, kak jie pun……….baca je..
bila masa nak mempraktikkan………… ini le kot masanya
kalau neeza, beli gel gamat je kot kak Jie.. sapukan kat parut tu..
tak pedih.. sejuk jeeee… Insyaallah cepat baik 🙂
Neezas last blog post..haaa.. komplen la lagi..
@Neeza, mmg mudah pun…sapu je..tak de susah2 nk sediakan itu ini…
tapi kak jie belum memandu ke pekan lagi….tunggu elok sikitlah
Oh….baru perasan.. (sorry , bukan sengaja nak komen byk2…he he..)
OD telah mendahului pokcik potpet tu !! Kih kih …… Tentu jenuh dia start merempit lagik!!
Ties last blog post..Entry terakhir ?
@Tie, oooo..Opah tu dah sihat jiwa raga tu..mula lah dia start berjogging… 😆
Oh ya….. Tie tak de la majuk sangat……. cuma sedikit kecut ati je….Almaklum jiwa ni agak sensitif….he he….
Memang rasa macam nak henti blogging. Tapi jari ni gatai pulak nak mengomen. Dah jadi tabiat kot !
Ties last blog post..Entry terakhir ?
@Tie, biasala ke tu Tie
dah hujung2 remaje 😆
Waakakakah!!
Macam2 petua Jie dapat……keh keh…!!
Tie dulu pernah accident, muka ni coreng moreng macam kucing bergaduh !
Ubat kat hospital tu yang betul2 mujarab. Sampai kengkawan kat tmpt kerja dulu pun naik heran. Parut pun tak de… Tak ingat ubat jenis apa…dah berpuluh tahun dulu, eh…tak de la Tie ni tua sangat..
Yang Tie tahu, makan supplement vit E… , minyak ikan kod, vit c dan cuba mintak ubat dari farmasi. Tie rasa guna ubat hospital lebih elok dari sapu benda2 macam serbuk teh tu.. (sorry, ek!) Pernah sorang doktor marah kat pesakitnya kerana bubuh serbuk kopi kat lukanya… Jenuh misi dok cuci luka tu…kihkih …!!
Oh ya….elakkan dari makan kicap. Macam kata OD tu…., takut tandanya hitam lak..he he…
Ties last blog post..Entry terakhir ?
@Tie, skrg makan ubat yg klinik bagi hari tu Tie
tapi dah abis…salah satu ubat tu penacillin…
kencing pun kuat bau ni…utk luka kan
masa brsalin operation dulu pn mmg mkn ubat penacillin ni
bab kicap tu tak risau sgtlah…sbb mmg tak berani berkicap pun..berkicau je lebih 😆
Salam,
Biasa bagi kami di sini, item no. 1 yang diamalkan dan pantang-larang nombor 1, no kicap sebelum luka kering. Nanti cantik parut luka sebab berwarna gelap untuk beberapa bulan. 😉
Finally no telur sebab boleh buat luka rasa gatal. Hehe.. harap dapat bantu.
p/s: Untuk luka yang degil sembuh, sapu ubat kuning ja.
Pok-kams last blog post..200 Mosques In Mecca Facing Wrong Qiblat Direction.
@Pok-kam, pokok lidah buaya tu dah ada…..mudah kot nk cuba nanti
tang kicap tu……….erk…dah byk biji telan ni
tapi setakat ni masih keballagi…tak de gatal2…tapi org lain yg tengok rasa gatal nk kopek 😆
terimakasih
ubat kuning tu ada juga dlm first aid kid
Jangan makan kicap, nanti tinggal parut hitam. Kalau nak mulus, makan soya (tempe ke) banyak-banyak dan juga tomato. Sapu aloe vera sekali. Insya-ALLAH, mulus balik.
ODs last blog post..The Name Is Bond. James Bond.
@OD, erk….. kadang2 rasa kelakar sangkut paut kicap dgn parut hitam..tapi jgn risau sy tak makan kicap 😆
tomato tu pun bagus gak rasanya…ada byk ni..jiran bagi dari CH
aduhhh…seriau tengok parut macam tu. kakjie yg kena tanggung lagi la sakit dari yang melihat 😥
iss last blog post..projek pam air
@is, time2 nak kering ni sakit gak..tegang kalau kita ubah posisi
dari duduk > jalan
jalan > duduk…atau bila kita gerak
letak bebanyak minyak gamat biar luka tu kering…pastuh bila dah kering letak krim vitamin E……biar parut takde dan tumbuh kulit baru!
@cakap kosong, muda2 dulu mgkn tumbuh kulit baru
dah tua2 mcm kak jie ni………….ada lagi ke sel aktif 😆
Kak jie,jari sy pun ada parut,sbb kesan kena jaht,tekena pisau mase potong daging seblan yg lalu,alhamdullillah tak teputus,member yg tgk,dia yg nk pengsan.Nasb sy bkan perempuan,kalau x,dah jath saham.
@Makrod, saham fizikal mgkn dah jatuh
tapi kalau hati dah jatuh
dia peduli hapeeeeeeeeee
bukan lendir buaya je yang boleh licinkan kulit jie… lendir lidah belalang pun boleh… tak caya boleh cuba….
@belalangdewa, erk..belalang tu org bakar , makan telan mcm tu je
rasanya tak dan pun nk keluar lendir 😛
Salam Jie..
Bila masa kena ragut lak ni Jie… tak habis habis dengan masaalah peragut ni menyusahkan hidup orang betullah diaorg ni. Peragut peragut ni patut dihukum pancung jer baru peragut lain ngeri nak buat kerja meragut lagi. Tapi walau macamanapun syukur Jie sebab kecederaan yang dialami ringan jer. 2 minngu lepas kot kalau tak salah kat K.Trengganu tu sampai koma budak perempuan yang kena ragut tu. Semoga Jie cepat sembuh dan menjadi pangajaran juga kepada orang lain supaya lebih berhati hati dengan masaalah peragut ni…
@mezain, Salam…
Hari selasa minggu lepas 31/3/09…masa kecoh2 kes budak kat KT tu la..hari tu kes tu keluar muka depan suratkhabar.
Terimakasih…tak de la fobia sgt pun..hari ni lalu jalan tersebut buat pertama kali…tapi tak berani naik motor ..bawa pajero…konfiden terus
Ini kehidupan kita, suka tak suka, macam mana sekali pun kita kena lalui juga…..
Terimakasih ye
amboi…datang rumah kita tak singgahpun…bagi salam pun tidak… lalu je…. dah boleh berjalan ke…?
@belalangdewa, hehehe..masa tu lum make up..lalu intai je
tatau pula tuan blog dah masuk keje
salam takziah.. me baghu tau kak jie eksiden kena ragut tempohari.. siannyerrr
@en_me, terimakasih me…kak jie ok dah ni
tgh cari mood nk berblog
entri dah 10 dia leh ckp tak de mood lagi!!! 😆
biasa nya klu luka-luka camni, sapu minyak gamat je. dapat yang asli lagi bagus.
ps : terima kasih atas bantuan kak jie. semoga akak cepat sembuh!
megats last blog post..Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung
@megat, kak jie rasa kulit pisang tu elok juga
dari buang..baik guna
sama-sama…hanya sedikit sumbangan
minum jer air ecpi… baru rm8 sebotol.. sapu kat tempat kena tu… insyallah baik.. kalau nak jadi member contact am k.. harga ahli rm5.80..
**matila aku menjual.. mesti kakjie marah.. 😆
ams last blog post..17 Pemasangan Blog, 7 Hosting & Domain Untuk Dimenangi
@am, kalau air ecpi…kedai dpn sekolah intan pun ada
kak jie ingat ke ada petua2 yg boleh selak2 kat dapur je ada
tak yah la mengagau cari sana sini
iklan tak pe….25 persen!
@Kujie, ok aje… chantekkk!! 👿
buat plastic surgery… errr.. itu blh kira petua gak kan?
sorry kak jie… su gurau je. 😀
suaras last blog post..Antara dia dan dia…
@suara, tak agak ni su
tak pe…akhir2 ni entri kak jie pun lite2 je…gurau2
ha-ah kak jie, yg kering tu kalau di kopek-kopek, sedaap & nikmat yg tidak terhingga..
hehehehehe…
kalau dah siap kopek sumer, rajin-rajin le sapu ngan Nivea cream yg penutup biru tu..
pasti kulit jadi mulus mcm model iklan. 😉 😉
sallys last blog post..Jawapan teka-tekuk…
@sally, issshhhhhhhhh…ramai pula yg gatal tangan nak kopek..hahaha
kak jie ni dok menahan napsu dari sentuh tang tu
nivea cream pun boleh ye…oooo…. nntlah…tunggu kering sikit
kadang2 pedih lagi ni
Alah, beli je kat farmasi selotep, eh bukan handyplast yang boleh hilang parut tu. Perubatan moden… Kalau saya, yang dah kering u dah lama saya kopek2, best… 🙂
kruel74s last blog post..If only I can tell the world what I know
@kruel74, handyplast?
erk..tak pernah dengar la pula
hehe..rupanya ramai sgt yg gatal tangan nak kopek parut sy 😆
petua tradisional lg mujarab kot dr beli lotion kat farmasi2 yg tah apa2 ade bhn chemical!!!
@Elyn, kena rajin lah ye..hehehe
virus M ni susah nk hilang 😆
tempat jatuh pasti dikenang..
Lan Bingkas last blog post..Pening jika membaca
@Lan Bingka, inikan pula tempat berparut… 😆
ngehehehe.. skang mmg rajin nak cari petua kan kak??
tapi bila dah elok, kering sendiri, dah sibuk buat menda lain…. parut pun parut lah. ekekeke
saya sgt byk parut kat lutut. sampai dah tak terlayan petua2 nie.
tapi kan kak.. sekali sekala, kalau badna tak sihat, tang lutut dia terjah dulu. mula la nak sujud kena cari posisi sesuai utk lutut. seksa… seksa.. 😆
Zanas last blog post..Berat VS Ringan
@Zana, rajinlah zana
sbb tak buat apa2…dok terlentang je
buat keje pun sikit2 je… 😆
esok2 dah baik betul…lupa dah bab petua ni
luka yg kt lutut ni elok dah..sikit je lagi
bai dulu kalau ada luka yg dah mengering mcm tu sedap la layan..
tanggalkan kulit yg keras dan kering tu sangat la sedap.asyik terasa..hehe..
pasal petua tu biasa gak baca.
tp tak pasti keberkesanannyer.
fiezabaiduris last blog post..Buta
@fiezabaiduri, eeeeeeeee…ni pun punyalah gatal tangan nk kopek
tahan jeeeeeeee….tak moh arr…..takut parut 😆
tapi mmg tangan tu dok usap2 kt situ je
sikit2 tu….usik juga 😆
guna minyak gamat… insyaallah baru hilang. 🙂
@shezorro, alasan nak pergi Langkawi lah pula ni..hehehe
dulu2…..10thn dulu…ramai yg ke Langkawi balik bagi minyak gamat
skrg ni tak ramai pula yg nak bercuti ke Langkawi…
stok minyak gamat kat rumah pun tak de
terimakasih ye tambah petua utk saya
@shezorro, minyak gamat biasanya utk hentikan pendarahan. tapi parut tetap ada..
sallys last blog post..Jawapan teka-tekuk…
Errr, sy takde petua.
Apa pun harap ada petua yg bekesan
tuk kurangkan parut tesebut. 🙂
@Eriyza, kadang2 petua tu tau…tapi penyakit malas tu pula yg menang..hehe