Ini Uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) sekolah rendah Angah waktu di Tahun 5. Pakai dua tiga kali sewaktu pertandingan kawad peringkat daerah. Waktu latihan biasa pasukan KRS ada t-shirt sendiri.
Saya simpan cantik di dalam plastik.
Kepada kawan-kawan yang mempunyai anak yang memerlukan uniform ini, boleh hubungi saya di Hubungi Kujie . Daripada simpan baik digunakan oleh seseorang.
Kalau boleh saya pun tak nak tengok uniform ini, bukan ada kenangan manis pun….sob…sob…sob… walau pun pasukan sekolah Angah menang salah satu kategori pada peringkat daerah. Yang spoilkan mood bukan urusan peringkat daerah, tetapi pihak sekolah sendiri.
Masa perlukan pelajar , mulut manis macam peladang tebu. Maklumlah bukan semua ibubapa sanggup nak menyediakan uniform lengkap budak sekolah rendah yang berharga ratusan ringgit. Dibandingkan dengan semua pasukan beruniform di sekolah, pasukan KRSlah yang memerlukan uniform mahal. Kasut kilat, sarung tangan putih, topi dengan jambul² , ape benda tali merah dan putih dan tiga empat logo yang dijahit pada baju.
Itu baru persiapan diri murid. Makbapa juga perlu hantar dan ambil untuk latihan kawad, bukan seminggu sekali, tiap petang. Kalau dah dekat hari pertandingan, hujung minggu pun hantar anak pergi latihan.
Kami sayangkan sekolah dan gembira memberi sokongan dan kerjasama untuk nama sekolah juga diri anak sendiri.
Bila hujung tahun sewaktu hari penyampaian anugerah dan hadiah , hanya pelajar Tahun 6 sahaja dapat sijil penghargaan. Pelajar Tahun 5 tak dapat.
Saya berjumpa cikgu penyelia dan alasannya ” Pelajar Tahun 5 tunggu tahun depan ”
Saya tak puashati dan hatar surat rasmi ke sekolah. Ini adalah pencapaian murid bagi tahun semasa. Murid tu menyumbang kepada kejayaan pasukan tetapi tidak semua ahli dalam pasukan mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Sebagai orang dewasa kita sepatutnya lebih memahami emosi seorang murid. Kertas berharga tak sampai 50 sen itu mempunyai erti yang besar bagi seorang murid. Itu adalah bukti pencapaian dia bagi tahun tersebut.
Kalau tak nak bagi, jangan bagi semua. Mereka satu pasukan. Tahun depan adalah kisah tahun depan.
Surat saya tidak pernah dibalas.
Tahun 6, Angah melompat kelas paling atas dan menduduki senarai pelajar harapan 5A. Sistem biasa dikebanyakkan sekolah, bila pelajar tu cemerlang dalam akademik ( contoh kelas atas-atas ) cikgu akan lebih memberi mereka perhatian akademik. Belajar lebih, kerja sekolah lebih dan kelas tambahan khas. Mereka kurang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Mereka perlu capai bilangan A lebih dari tahun sebelumnya supaya graf tak menjunam. Graf menuju puncak lebih dibanggakan untuk dipamerkan diruang papan kenyataan.
Sertai pasukan , biasa-biasa saja. Nak sertaikan pasukan berkawad pun tak ada masa. Murid kelas atas² ni ada kelas tambahan hari Sabtu, murid kelas lain berkawad kat padang. Tapi saya tak pernah hantar Angah untuk kelas tambahan hujung minggu kerana saya mahu seimbangkan waktu belajar dan waktu riang ria seorang anak yang sedang membesar. Tak seorang pun anak saya dihantar ke kelas tambahan hujung minggu. Hujung minggu adalah waktu aktiviti kami sekeluarga, balik kampung , tengok tv, main PS atau berjalan ikut suami kerja luar daerah.
Hujung tahun, dapatlah dia 5A, tanpa sijil pernghargaan KRS tahun semasa.
Dia kecewa kerana pencapaian bersama KRS sehingga mewakili sekolah adalah satu lonjakan yang memberi keyakinan , motivasi dan kesan positif dalam kehidupan peribadi di sekolah tetapi cerita hanya cerita tiada bukti. Dia boleh bercerita dengan megah dan bersemangat, tetapi tiada bukti! Dia tak faham kenapa orang dewasa, seorang cikgu melayan dia sebagai seorang murid seperti itu.
Apa yang saya ceritakan ini adalah pandangan dan rasa seorang murid. Letakkan diri kita di situ… murid Tahun 5. Pengalaman tiap orang berbeza, ini adalah pengalaman yang dilalui Angah.
Itulah kisahnya sepasang uniform KRS berharga seratus ringgit tetapi tidak mampu dihargai walaupun dengan nilai lima puluh sen! Kertas sekeping sijil penyertaan itu bukan bergunakan pun kalau nak mohon kerja, nak sertakan dalam curriculum vitae (CV) atau resume. Kertas sekeping itu cuma catatan peribadi seorang murid sekolah rendah.
Tiap kali tengok uniform ini, pasti terkait dengan kisah tersebut. Jadi, sesiapa yang memerlukannya, silalah hubungi saya . Saya nak buang cerita tersebut bukan baju tersebut.
saya jadi ingat masa2 saya sekolah saya dulu, banyak suka dan juga dukanya..
emm perkara mcm ni selalu berlaku di sekolah..dulu waktu sekolah menengah, pernah juga alami situasi mcm angah alami ni..cikgu pendapat dia senang jer..pelajar ting 5 dah nak habis sekolah..patut dapat sijil..yang tingkatan 4, rilek lu..tahun depan ada lagi..hampir sama jer dengan yang pernah berlaku..agak-agaknya trend sekolah mcm ni kot..haha
bukan tak nak buat. takde guru yang nak urus buat benda tu. masalah simple aje sebenarnya. nak setel benda ni..bising masa mesyuarat PIBG. benda leh setel. Tapi mesti wat follow up lah. haha..
selagi takde follow up bertalu-talu. memang susah nak dilayann..
memang ada beberapa sekolah pengurusannya sebegitu..termasuk la sekolah masa saya belajar dulu..baik sekolah rendah mahupun menengah..
dalam sijil berhenti sekolah ada je tulis memacam aktiviti yang disertai, tapi sijil punya la kedekut tak nak keluarkan..
Tidak sepatutnya pihak sekolah buat macam tu. Sepatutnya, semua yang terlibat dapat penghargaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan pertandingan besar serta memenanginya. Ini teguran buat guru-guru dan pentadbir sekolah.
Pelik jugak tu. Saya dulu waktu zaman persekolahan pun aktif dengan badan beruniform (pengakap & KRS). Biasanya kalau menang pertandingan mana2 peringkat (daerah @ wakil negeri).. pihak penganjur akan keluarkan sijil penyertaan & etc dan pihak sekolah hanya perlu print out nama ke atas sijil je.
BTW, mungkin setiap sekolah caranya berbeza. IMHO
sepatutnya pihak sekolah lebih menilai…
tapi apakan daya kalau pengurusan hanya sebagai perkerjaan..
bukan tanggungjawab..
ehehehe
kenapa la pihak sekolah buat macam tu…menjatuhkan moral anak2 untuk menyertai kegiatan ko-ko di sekolah!
Memang tak patut la pihak sekolah buat macam tu, sepatutnya diberikan sijil kepada semua yang terlibat, tgk bila angah dah naik 5, tak dibaginya pula. Mungkin pihak sekolah dah lupa .. 🙁
pasti Angah kecewa kan…huhu tak adil pulak pihak sekolah buat macam tuh…
errmmmm.. sedih pulak saya baca kisah ni. tak sanggup rasa nak ambil uniform ni.. huhuhu
Rupanya ada kisah sedih disebalik pakaian seragam tersebut. Saya sebagai ibubapa pun tidak lari dari mengalami situasi yang sama. Antara alasan klise diberikan adalah ia adalah arahan pihak atasan kami hanya mengikut perintah sahaja. Kalau tidak percaya boleh semak setiap silibus sudah ada arahan A – Z yang perlu dipatuhi. Berbeza zaman dahulu guru-guru dibenarkan mengunakan teknik pembelajaran yang kreatif. Saya masih ingat lagi guru Sejarah saya bersusah payah menyiap modul pembelajaran Sejarah untuk setahun dan pada awal semester sudah diberi nota yang dibangunakan sendiri. Terus terang subjek Sejarah antara subjek kegemaran saya.
Pernah diajukan masalah ini dan mereka meminta menulis surat kepada Jabatan Pendidikan.
sebagai ibu yg sensitip..entry nih masuk dlm hati woo..
thanks kak..! satu lagi pengalaman akak yg dayah akan jadikan panduan.
sedih pulak dengar cerita baju ni… bila terkenang memang berdarah baliklah luka dihati.. barang yang lepas biarlah berlalu.. yang saya tau angah sekarang sedang mendaki puncak kejayaan (insyaAllah)
alhamdulillah. sekolah anak saya pulak dah terlebih-lebih pulak..tiap kali aktiviti memang diberi sijil penghargaan, sampaikan jika pelajar cemerlang dalam matapelajaran pun ada sijil penghargaan!
luahan seperti ini dan rasa seperti ini perlu diambil kira oleh setiap pentadbiran, baik di sekolah atau mana2 institusi sekalipun…
bukan mudah untuk mengukir dan membongkar keyakinan diri.. apatah seperti ini.. sedih dgn sikap guru2 seperti itu! memang sedih amat sangat! mereka hanya tahu ttg graf dan pentingkan diri sahaja.. walhal siasah dan keperibadian anak2 didik itu lagi penting kerana ia memberi kesan kpd masa depan negara!!!
wah… ucapan mcm bakal YB PRU 13. Hidup Maza!
Opps.. wakaka…
baru baca buku sastera lah kak jie.. hehehe
maza memang bersempati yg amat sangat .. sehingga tidak mahu juga memiliki baju tersebut.. huhuhu
saya dulu rajin masuk sukan. byk la jugak yg menang. tapi tak best dapat piala je tak dapat sijil. nak masuk asrama nampak mcm tak aktif koQ pulak. tulis je takde bukti camne.