Isu Semasa

Kek Cokelat Natasha

Sebenarnya apabila saya menulis mengenai permainan ini, saya ingin menghighlight cerita dan gossip yang berleluasa di kalangan blogger mengenai Natasha Hudson. Maksud saya Datin Natasha Hudson.

 

Merujuk kepada satu artikel bertarikh June 18 2007 dari akhbar The Star,

“Natasha launched two poetry books entitled My Heart, My Soul, My Passion and Puisi Indah Si Pari-Pari, both featuring poems she wrote when she was a teenager.”

 

Sebenarnya saya tak kenal Natasha Hudson ini sebagai seorang penulis atau pelakon ataupun seorang model. Makcik macam saya tengok semua model tu muka serupa je, tak pandai nak cam sangat pun. Pengakuan ikhlas saya- saya hanya kenal siapa Datin Natasha ini hanya dari gossip kahwin cerainya saja. Tetapi saya tak ingin bercakap mengenai hal peribadi orang lain di sini. Apa yang ingin saya kongsi bersama adalah pendedahan bahawa beberapa puisi yang terkandung didalam buku yang didakwa ditulisnya di zaman remaja itu adalah hasil plagiat® dari karya penulis lain.

Menurut penulis ini antara karya yang didakwa diplagiat oleh Datin Natasha adalah :

Kek Coklat ‘hasil karya’ Natasha Hudson
Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.

‘Cake’ hasil karya Roger McGough
i wanted one life
you wanted another
we couldn’t have our cake
so we ate each other.

Si Kura-Kura Kecil ‘hasil karya’ Natasha Hudson
Ada seekor kura-kura kecil tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik memanjat di atas batu
dia cuba menggigit nyamuk dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu dia cuba menggigit aku
dia berjaya menangkap nyamuk dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu tetapi dia tidak berjaya menangkap aku

The Little Turtle hasil karya Vachel Lindsay
There was a little turtle. He lived in a box.
He swam in a puddle. He climbed on the rocks.
He snapped at a mosquito. He snapped at a flea.
He snapped at a minnow. And he snapped at me.
He caught the mosquito. He caught the flea.
He caught the minnow. But he didn’t catch me.

Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam ‘hasil karya’ Natasha Hudson
Mentega kuning, jelly ungu, jam merah, roti hitam
ratakan tebal katakan cepat ratakan tebal
katakan cepat sekarang ulang sambil kamu makan
sekarang ulang sambil kamu makan janganlah bercakap bila mulut kamu penuh

Things We Like to Eat hasil karya Mary Ann Hoberman
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick, Say it quick.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker, Say it quicker.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it, While you eat it.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread Don’t talk With your mouth full!

 

  • (Gambar dari blog Jannah Raffali – jangan tuduh saya plagiat gambar ini pula ye..he he he sebab saya tak right click save as pun, saya terus copy paste dari view source)

    Pada awalnya saya cuma berkias mengnatasha-hudsonkan satu quote kerana saya rasa bukan bidang saya untuk mengulas mengenai isu tersebut. Kemudian saya terfikir, isu ini juga ada kena mengena dengan saya sebagai sasaran pembeli. Bagi saya jika dicedok untuk simpanan/ koleksi peribadi bukan bertujuan komersial, itu boleh dimaafkan. Menurut kawan² remaja saya,mereka sering mengambil sebaris dua lirik lagu/ puisi indah untuk dismskan kepada pakwe/makwe masing². Itu bukan bertujuan komersial ye… itu taktik atau skill membeli jiwa semurah 10 sen atau 1 sen !!!!

    Anda boleh klik kesemua link dibawah ini kerana kesemua link yang terdapat di blog saya akan ” open new window” apabila di klik.
    Tiru Macam Saya
    Natasha Hudson Writer Or Bluffer
    W-For Waves
    Not Just Pretty Face
    MMU – Multimedia University
    Plagiarism
    Puisi Plagiat Si Pura-pura
    Natasha Liana Hudson

    Minta maaf kerana link ke blog Datin Natasha Hudson tidak perlu saya sertakan kerana blog tersebut telah didelete oleh tuan punya. Mungkin juga telah ditukar urlnya. Biasalah artis jika terkantoi akan ke luar negara melarikan diri mencari ketenangan. he he he

    ® plagiat = hasil, mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang).
    – memplagiat mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sbg karya sendiri.

    Jie ~ Saya biasa memberi hadiah buku pada anak²/ anak² saudara diatas pencapaian mereka, dan sebagai seorang pembeli saya berhak untuk mendapatkan hasil karya yang original.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Kek Cokelat Natasha

  1. sayang betul bila orang cantik buat kerja tak cantik camni..sungguh la sayang.. *sigh*

    btw mama,syu da delete blog.keh3.ade bende lain coming up but not sure bile la.hehe

  2. dr dulu lagi dia duk melarikan diri kak jie… dr 1st kes dia dulu. tapi.. biarla… kalau betul dia salah.. sampai bila2 pun org duk tuding jari ke dia.

    Selagi dia tak betulkan keadaan, selagi tu masyarakat akan assume mcm2.

    umpama tak belajar dr kesilapan dia nie. penah gak cr bukti nie kat tenet. mmg sama sebijik.

    thanks kak jie for the details info.

    🙂

  3. plagiat=plagiarism la kan? isk…nak glamour sampai kena mengaku hasil kerja sendiri ka walaupun ciplak?

    i’ve heard and seen her too…but, well, pretty is not complete unless you have budi pekerti yang baik juga

  4. muin

    tu la pasal yg orang marah sangat tu, tak berani nak mengaku salah. Cuba macam menteri kita tu…dia mengaku..ha ha ha….orang pakat diam ..ha ha ha..tak kiranya diam memaafkan atau diam marah.

    mz

    kan sy bagi link fotopage dia..berlambak gambar dia ade kt dalam tu…

    sini

    madredo1

    sy ambil masa untuk ketengahkan isu ini kerana saya ingin melihat dulu perkembangan terbaru…tapi Datin ini memilih untuk melarikan diri…eeemmm….sebelum itu saya bertanya kawan2 di forum, ramai yang tak tahu kisah ni, sebab itulah saya publish walaupun entri ini dah ada dalam draft saya lebih seminggu.

  5. akhirnya, seorang blogger yang biasa ku lawati mengenengahkan isu ini. dah lama sebenonya mad redo1 baca tentang perkara ini, especially dari blog sharon baker. apa yang pasti mad redo1 suka jugak makan kek, tapi tak sampai tahap makan orang kalau tak dapat kek… hehehe…

  6. Plagiat satu hal, dok menegakkan benang yg dh basah satu hal…
    its too obvious..
    sy suka copy& paste… sama ke..erk

  7. dekan

    kisah ni dah lama riuh..saya saja yang simpan draft lama sangat…

    terimakasih krn singgah

    lily

    biar nampak hodoh tapi ber’otak” kan lily…

  8. So’od

    macam kakjie..memang tak pandai menulis. Blog ini macam blog makcik² tapi entah..kenapa masih di sini!

    Kak Jie lebih suka membaca dari menulis blog..hehehehe

    chii

    pinjam utk diri sendiri, bukan bertujuan mempopularkan diri sendiri….juga utk komersial.

  9. kasawari

    mmg selalu mcm tu la, sbb tu blog kakjie selalu ade byk link..he h ehe

    kira credit utk org lain

    perindu

    kat internet mmg susah nk control tapi yang ni di bukukan dan diluar..tak beretika macam tu. Dah tu betulkanlah keadaan …balik ke pangkal jalan

  10. salam kak jie..
    datang utk menjamah kek cokelat kak jie.. hehe..
    pendpt sy, dia dah mencemarkan keindahan puisi itu sendiri..
    biar kurg berjiwa drpd tiada keaslian..
    dalam erti kata lain, kalau x reti menulis, jgn menipu..

  11. Jie..Apa Habaq? Kalau ada sumur diladang.Boleh kita menumpang mandi.Sudah lama tidak bertandang.Meriah halaman penuh entri. Sori ler separaciplak dua rangkap di atas. salam senjakala. Rio.

  12. salam kak jie

    ihiks hebat hebat rujukan kak jie ni hehe boleh buat tesis hehe 😉 tapi rasanya budaya “copy & paste” ni dah sebati sangat hehe.. saya dah terkena banyak kali sampai dah malas nak menulis huhuhu 😉

  13. Kak Jie,

    Plagiat? Saya biasa dengar perkataan ni waktu Final Year di IPTA dulu..

    Kebiasaannya kalau kita tiru amik dan ceduk bulat bulat dan letak nama kita.. itu memang curi hasil kerja orang.. apa lagi puisi ke sajak ker..

    Lain lah kalau kita nak buat satu kajian.. dan di situ kita rujuk pada hasil kajian orang lain kan… serta ada rujukan ditulis..

    Tahniah kak Jie.. hasil penulisan yang berilmiah..

  14. maksu

    salam kenal maksu, selalu kita berselisih je kat rumah kawan²

    hari ni maksu dtg blog sy, sy hidangkan kek cokelat…air kena cari sendiri, hari ni Syabas tak bekalkan air untuk rumah saya..he he he

  15. Norz

    kalau ye pun u nak duduk bawah tempurung, duduklah bawah tempurung yang lutsinar…ha ha ha

    Nors -kadang² bila tengok resepi u yang cun melecun kat Kosmo tu , nak je copy paste letak sini, tapi blog ni macam sendat lah….sehari 2-3 entri tau.

    Mungkin nak letak kat blog yg satu lagi tu…

    Kalaupun si Natasha tak bersalah, bukan dia yang buat sepatutnya dia tak boleh melarikan diri… bersemuka dengan awam sebab masa perlancaran buku dia boleh bertemu wartawan kenapa bila kes macam ni timbul dia tak berani nak cari wartawan menjelaskan perkara sebenar?

    Kalau dunia artis, bolehlah ditutup isu dengan mendiamkan diri berharap orang akan melupakannya tetapi kalau melibatkan penerbitan juga melibatkan wang ringgit orang yang membeli, ini bukan kes plagiat dalam dunia blog lagi.

  16. combi

    tu dia plagiat hasil kerja orang top, ada orang tu selamber badak je tiru entry :p

    pasai aku tak top kan, dah makcik² tak de nak kecoh²…he he he

    kita kan sama kes, SPM lingkup pasai dok bercinta time sekolah..ha ha ha

    Sijil tu sekeping kertas Combi, juga dapat dari ihsan dari Allah, kalau di tarik balik segala yang dipinjamkan pada kita tu, nak buat apa…sama je la level dgn kita makcik² kepoh ni…makcik² skima ni…ha ha ha

  17. Mungkin bukan NH yg terjemahkan dari karya penulis lain TETAPI seseorang yg ditugaskan MENCUKUPKAN mukasurat buku itu.. Jadi, dek kesuntukan masa (menunggu poem NH), mereka (mungkin ada kaitan dgn penerbitan) mencari ‘jalan mudah’.. Kesimpulan, NH yg mungkin tak tahu, tak bersalah.

  18. Jie, very informative.
    Kalau u tak high-lightkan sampai bila2 ku yg umpama ‘katak di bawah tempurung’ ni takkan tahu..kdg2 kesibukan itu terlalu merantai sehingga leka di dalam dunia sendiri.

    Mungkin kes ni satu pengajaran pada penulis/bakal yg lain supaya sentiasa berpegang pada prinsip tidak menceduk hasil karya org lain TETAPI kdg2 terjadi juga KEBETULAN yg membuat org terfikir sama ada si penulis meniru cerita (dlm novel, misalnya) org lain. Bagaimana nak membuktikan itu hasil karya kita sendiri? Sukar!

    Bagi saya, memplagiat resepi dibenarkan…hehe, setuju tak?

    Thanks for opening many eyes & minds, Jie. Tabik spring..!!

  19. mayb c natasha ni jenis yg malaih pikiaQ & takde idea kot jie..tu yg main cilok je..

    lorr sijil yg berjela2 tu rugi laa kalo tak dimanfaatkan..lain la mcm aku spm takat idung jer..uhukz

    ~ u r da best jie ~

  20. muadz

    panjang hapeeee…kakjie buat draf untuk dapatkan link yang hampir “lengkap” ini 2 hari tau.. ha ha ..kumpul sikit² baru nampak ilmiah! Kes mcm ni tak boleh tulis sebarangan,tak pasal² kena masuk mahkamah…

    Ramai kawan² kakjie suka berwindow shopping kat kedai buku…semoga dia org tak tertipu.

    ~ fowardlah email tu kat kakjie pula..he he he

  21. pada saya kita perlu ada citarasa tinggi (quality/origin oriented) bagi menjaga harga diri. kan kan kan…
    it’s good to share this kind of issue..sbb kita perlu melihat at the other side (+ve) of story kan. apatah lagi from a blogger yang tersohor like u – harap ia memberi kebaikan to all of us…

    p/s:sori tomen panjang2..agaknya geram sbb sy br recvd email panjang lebar dari HQ.

Comments are closed.