Rukun Membaca al-Quran Dan Panduan Sebelum Membeli al-Quran
Pengetahuan Am

Rukun Membaca al-Quran Dan Panduan Sebelum Membeli al-Quran

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi topik pengajian semalam.  Kebetulan semalam saya lihat ada kawan yang berkongsi maklumat mengenai apps android yang dikatakannya ada kesalahan.

Sebagaimana semua ibadah di dalam Islam yang mempunyai rukun-rukunnya, membaca al-Quran juga ada rukunnya.

Rukun membaca al-Quran ada 3

  • 1) Sah Sanad

Sanad bermaksud sandaran, iaitu bacaan al-Quran yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w yang diturunkan kepada sahabat-sabahat baginda kemudian kepada ulama-ulama hingga sampai kepada kita. Sebab itulah kita kena mempelajari Al Quran secara bertalaqqi dan musyafahah ( face to face ).

Belajar ilmu tajwid itu Fardhu Kifayah tetapi membaca Al Quran dengan tajwid yang betul adalah Fardhu Ain. Sebab itu penting sebenarnya untuk belajar secara berdepan dengan guru. Tujuannya supaya guru dapat membetulkan setiap sebutan huruf dari makhrajnya atau tanda bacaan. Jangan bergantung kepada cd, youtube atau apps dalam telefon pintar. Kalau sebagai bantuan selepas kita berguru,  itu tidak menjadi kesalahan.

Terus terang, dari pengalaman saya sebutan bunyi Ikhfa’ Haqiqi yang paling sukar untuk disebut. Perlukan guru untuk mengajar dan menegur berkali-kali. Cara bacaan Ikhfa’ Haqiqi adalah dengan sembunyikan bunyi tanwin atau nun sukun ( nun mati) beserta dengung 2 harakat. Macam mana kedudukan hujung lidah yang diangkat tetapi tidak menekan gusi gigi depan untuk membaca Ikhfa’ Hakiki.  Kaedah nak membunyikan setiap hukum itulah yang menyebabkan kita sangat perlu berguru.

Nasiblah dapat ustazah yang sabar dengan anak murid tuanya ini… :p

  • 2) Bertepatan dengan kaedah Rasm al-‘Uthmani .

Zaman dulu saya membaca al-Quran Majid.  Agak susah kalau tak ada asas tajwid.  Alhamdulillah sekarang al-Quran sudah lengkap dengan tanda baris, tanda waqaf dan simbol-simbol tertentu untuk bacaan khas sebagai panduan.

Panduan mudah  untuk mengenal al-Quran  sebelum membeli.

Lihat ejaan الرحيم  dalam Basmalah atau ayat ke-3 surah al-Fatihah, jika tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya, maka ia adalah kaedah Rasm al-‘Uthmani.

tanda  sukun
Ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya
tanda kaedah Rasm al-'Uthmani
Tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya, ini adalah kaedah Rasm al-‘Uthmani
  • 3 ) Bacaan mestilah bertepatan dengan satu wajah daripada wajah-wajah Nahwu ( tatabahasa Arab ).

Bacaan al-Quran yang tidak memenuhi tiga rukun tersebut tidak dikira sebagai bacaan al-Quran yang betul meskipun ia terdapat dalam imam qiraat yang tujuh.

Saya tak pandai sebenarnya nak menerangkan bab-bab begini.  Biasanya saya belajar dan terima untuk diri sendiri tetapi ada beberapa perkara  asas yang ingin dikongsi.    Semoga dapat membantu serba sedikit.

Wallahu a’lam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Rukun Membaca al-Quran Dan Panduan Sebelum Membeli al-Quran

  1. Alhamdulillah Al Qur’an saya masih sangat baik
    terima kasih penjelasannya, Insya Allah saya akan makin sering meluangkan waktu untuk membaca Al Qur’an

  2. Zaman saya dulu, Guru mengajinya garang-garang belaka, tak tahulah kenapa. Sebab tu nak pergi mengaji jadi liat. Lepas habis baca pula akan disoal pula segala hukum tajwid pada ayat yang terakhir kita baca tadi. Tak dapat jawab kena ketuk kepala. Apa pun yang penting saya masih mengamal membacanya setiap hari utk bekalan di akhirat.

  3. kalau belajar tajwid masa kecik-kecik dulu..memang takde masalah nak baca al-Quran nih..so..kuasai asas tajwid nih..kalau tak, sampai bilalah tak pandai mengaji..

  4. Terima kasih kak jie utk ingatan ni…

    Saye mmg kalau baca yg jenis no 1, mmg agak sukar sikit…jadi mmg amat selesa membaca yg no 2…

  5. zaman sekarang dah ada warna2 kan kak jie. merah hijau. dengung warna lain. nyata warna lain. panjang pendek semua ada la tanda.

    zaman kecik2 dulu guna quran macam dalam gambar no. 1. mesti la bila ngaji banyak salah tajwidnya. takde tanda kan. merasa la kena rotan. terpaksa gigih belajar tajwid takut salah baca. dah la bapak sendiri yang ajar ngaji.

    tapi yang bagusnya bila dah besar2 ni tak kisah baca quran versi mana. sbb tau la jugak asas tajwid. tapi bila versi terkini tu lagi senang kot nak baca.

  6. salam , kalau kakjie akan beli al-quran yang mana ? saya beli yg ada tanda mati , tapi ustzah sy tk nak dia nak jenis takde tanda mati , anak2 semua pakai al-quran jenis kedua

    1. memang kena beli yang tak ada tanda mati.. sebab itu termasuk dalam salah satu rukun membaca al-Quran – Bertepatan dengan kaedah Rasm al-’Uthmani

      sebab tu dia suruh yang tak ada tanda sukun ( mati )

      yang ni lagi mudah bee…. ada banyak tanda yang membantu. contoh dia letak huruf min kecik dalam hukum Iqlab. Sepatutnya ada tanwim bertemu huruf Ba. Mudah kita boleh terus nampak dan baca

      1. Sebenarnya saya pun dulu belajar yg ada tanda mati , jd mcm susah nak hafal semua tajwid balik .. memang kena smabung belajar baca al-quran ni … nasib jumpa ustazah sorang ni , memang komited untuk mengajar orang tak kira tua muda kecik

Comments are closed.