Pembelian No Pin UPU  Kemasukan IPTA 2013
Pengetahuan Am

Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

Edit 20/1/2014 – Tarikh permohonan Ke IPTA UPU bermula dari 20/1/2014 hingga 7/4/2014 – Klik Portal Rasmi Sistem Permohonan Kemasukan IPTA 2014/2015 [link]

Edit :  9/1/2014 –  Tarikh Beli Nombor Unik ID 2014 – klik sini – Tarikh Beli Nombor Unik ID/ Nombor PIN BSN 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

EDIT – Klik sini untuk Pembelian NO Slip  BSN  bagi  Permohonan Program UITM Ambilan November Semester 2 2013/2014

 

Kepada anak-anak yang ingin menulis diruang komen, SILA TULIS DENGAN EJAAN YANG BETUL.  Baru sebulan berhenti sekolah, tak kan dah lupa cara mengeja dengan betul.  Saya pasti keyboard komputer dan keypad smartphone canggih yang dimiliki tidak hilang satu aksara pun.  Awak bukan sms dengan kawan sebaya , tetapi inginkan jawapan dari persoalan.  Kalau saya tak faham soalan, bagaimana saya nak menjawap?

 

Sila klik dan  BACA  link dibawah     :

 

Edit : 01/12/2013 – maklumat paling terkini dari UPU

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013Kemasukan adalah pada : lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013 lepasan STPM/Setaraf – September 2013 – UPU

 

 Ikuti Facebook UPU untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini – Facebook UPU

 

tarikh beli no pin upu bsn
Pekeliling dari Jabatan Pengajian Tinggi bertarikh 20 November 2012

 

Nota  : Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Edit  23/11/2012:  

  • Mulai sesi akademik 2013/2014 tiada lagi permohohonan fasa 1 bagi lepasan SPM/Setaraf. Semua calon wajib memohon bermula bulan Januari 2013 nanti ( upu )
  • No. pin yg dijual di BSN sekarang adalah secara pukal(banyak) sahaja iaitu dibeli melalui kaunselor/cikgu sekolah manakala untuk pembelian secara individu adalah pada bulan Januari 2013 nanti.

 

—————————- di bawah ini adalah entri asal —————————

<blockquote>PERHATIAN kepada Cikgu/Kaunselor sekolah, diminta jangan membeli lagi Nombor Unik ID secara pukal untuk pelajar-pelajar SPM 2012 dari mana-mana cawangan BSN sehingga diberitahu kelak. Dimaklumkan Nombor Unik ID yang dijual sekarang adalah untuk permohanan kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan disember. – Facebok UPU- 24/9/2012

 

Apa yang berlaku pernah berlaku kepada anak saya tahun lepas. Tinggal di asrama , kaunselor yang belikan secara pukal dan berlaku kes  Nombor Unik ID ( NO PIN UPU ) yang dibeli di BSN adalah untuk kemasukan yang lain.  Bila nak buat semakan pada Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 ,  sistem menyatakan Anda belum memohon.

Harga Nombor Unit ID atau dipanggil Nombor Pin UPU ialah RM 10.60

Nasib baiklah saya dapat infomasi dan beli lagi sekali Nombor Unik ID sebelum tarikh tutup permohonan. Baca cerita pengalaman saya tahun lepas di sini – Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011.

Proses permohonan kemasukan ke IPTA  Calon SPM ada 2 Fasa.

  • Fasa pertama – isi borang online di laman web http://upu.mohe.gov.my yang akan dibuka  November 2012
  • Fasa kedua – beli Nombor Unit ID di BSN yang akan dijual pada Januari 2013.  Borang Fasa 2 dibuka selepas keputuran SPM diumumkan.  Borang ini perlu isi keputusan SPM .

 

 

Kepada anak-anak calon SPM 2012, jangan beli Nombor Unit ID lagi. Nombor yang dijual sekarang adalah untuk kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan Disember 2012 bukan untuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2013.

Kalau dah terbeli atau ada masalah , hubungi UPU

No. Telefon UPU : 03-8870 6767 / 03-8870 6777

Ibubapa pun kena ambil tahu perkara seperti ini , kesian sebab saya lihat ramai anak-anak yang terkeliru dengan pembelian No Pin UPU ini.  Saya dah alami pengalaman ini tahun lepas dan berharap entri ini dapat membantu anak-anak  supaya tidak mengalamai masalah yang serupa.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

254 thoughts on “Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

  1. assalamualaikum..akak,sy nk tanye..kalau terlewat beli number pin mcm mane?

  2. Assalamualaikum Puan. Saya nak tanya, saya dah beli no pin UPU tahun lepas sebelum peperiksaan SPM bermula. Perlukah saya membeli no pin tu lagi sekali? sebab saya dah cuba membuat permohonan tetapi No Unik ID tidak sah.

  3. saya calon spm 2013.. saya beli no pin awal2 mase bulan 10.. bolehkah jika saye gunakan no pin nie untuk pendaftaran tahun depan january 2014?

  4. Saya berumur 18 tahun .saya sudah membeli no.pin . Sudah pun menghantar permohonan bagi kemasukan ke ipta . Tetapi permohonan saya tidak sah , kerana tidak ada dalam rekod . Jadi sekarang , no.pin saya sudah hilang dan saya ingin membuat permohonan sekali lagi . Soalan saya , macam mana nak dapatkan no.pin yang baru ? No.pinm yang hilang tu saya sudah terlupa no.nya

  5. saya calon spm 2013 . .saya nk tnya . .kalau result tu nyawa2 ikan . .kira2 ada peluang tak nak msuk u puan . .???

  6. saya lepasan spm 2012..
    saya terlambat untuk membeli no pin..
    bilakah saya boleh membeli no pin..
    saya berharap dapat sambung belajar secepat mungkin..
    pertolongan ini diucapkan banyak2 terima kasih..

  7. Assalamualaikum, saya telah beli pin upu dan telah pun isi borang politeknik untuk kemasukan disember 2013 pabila saya semak tiada maklumat saya dlm politeknik. Kenapa boleh begitu ?

  8. Assalamu’alaikum.

    saya telah pun memohon untuk kemasukan diploma uitm bulan november. tetapi saya telah terlupa no pin unij id tersebut. adakah saya memerlukan nombor pin tersebut untuk login ke website uitm dan menyemak keputusan permohonan? apakah terdapat cara untuk mendapatkan nombor unik ID tersebut? terima kasih.

  9. Assalam….saya nak tanya..bila tarikh tutup pembelian no pink upu yang dibuka pada bulan julai 2013 ???

  10. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya bila pembelian pin upu untuk intake ke dua ipta/politeknik/ilka ???

    1. saya tak ada maklumat mengenai ini.. tetapi biasanya ambilan disember diuruskan oleh institusi itu sendiri, jadi buka laman web univertisi dan cari maklumat di situ

  11. bilakah penjualan no pin utk UITM kemasukan bulan november ini?..sebab UITM ada membuat pengambilan bagi bulan november.

    1. Dah di buka.. 1 Julai sampai 18 Ogos tarikh permohonan.. so, sekarang dah boleh beli num pin UITM

  12. assalamualaikum
    boleh saya tanya bilakah pembelian no upu lepasan spm untuk fasa 2..
    sbb adik saya terlepas untuk beli no upu pasa 1 lepasan spm 2012…
    minta kerjasama phak puan agar tarikh tidak terlepas lg…
    terima kasih

  13. Assalamualaikum. Saya nak sambung belajar di politeknik, saya lepasan spm 2010. Boleh lagi ke saya masuk politeknik?. Dan bila tarikh saya boleh beli no pin upu?

  14. assalamualaikum.
    saya pelajar lepasan sekolah dan baru ditawarkan masuk UiTM Segamat.
    Soalan saya, apa perlu saya buat kalau slip BSN tersebut hilang? Slip tersebut digunakan juga ke apabila mendaftar nanti? terimakasih,

    1. waalaikumsalam.

      silp BSN tu tak guna pun.. yang digunakan adalah NO PIN yang dicetak di slip tersebut. Kalau dah ingat NO PIN dgn menulis di mana², dah boleh buang slip BSN tu

      lagi satu… NO PIN di slip BSN digunakan utk mengisi borang UPU. Itu saja

  15. Salam kak,

    Boleh ke guna satu no pin sahaja utk apply kat dua bahagian
    Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier
    Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO & ILKA
    Boleh ke kita buat permohonan kat kedua2 bahagian sekali ?

    Terima Kasih 😉

  16. saya sekarang nie berada diluar negara atas urusan kerja dan inginkan pertolongan puan berhubung dengan dokumen yang perlu dihantar sebelum 15 hb April 2013.
    1. Apakah dokumen yang diperlukan
    2. Kemana perlu dihantar
    3. Perlukan pengesahan daripada siapa

    1. soalan saya adalah mengenai permohonan UPU online sesi 2013, dokumen-dokumen yang perlu dihantar

        1. salinan dokumen yang perlu dihantar sebelum 15hb April hanyalah untuk permohonan bagi katogori C dan D lepasan SPM serta lepasan diploma.
          Betul ke kenyataan diatas.
          Saya sebenarnya bertanya bagi pihak anak saya yang tengah sibuk mengisi borang permohonan.
          Terimakasih banyak

          1. saya tak tahu, entri ini pengalaman anak saya mohon spm kategori A
            sebab itu, selain darinya perlu rujuk dgn UPU seperti link² yang disediakan.
            saya tak berani mengulas benda yang tak pernah buat, entri ini hanya berkongsi pengalaman yang pernah dilalui, bukan keseluruhan proses upu bagi kategori lain
            maaf ye kerana tidak dapat membantu

    1. cuba baca pelan-pelan entri yg saya tulis. saya boldkan dengan warna merah supaya jelas dan semua orang alert.

  17. hello. saya sdh beli pin upu, boleh tak kalau apply untuk kali kedua? sebab dompet saya kena curi, so borang upu tu pn ada kat dalam.

      1. saya nak tanya, kalau kita dah dapat surat tawaran daripada universiti tetapi slip bsn dah hilang, apa patut saya buat?
        boleh beli lagi ke no pin?

        1. slip no pin bsn tu tak penting, yang berguna masa nak isi borang upu adalah NO PIN yang tercetak dalam slip saja
          kalau kita boleh salin dan ingat NO PIN, slip nak buang pun tak apa

          Ada beza SLIP BANK dan NO PIN UPU

          no pin bsn ini dibeli hanya untuk mengisi borang UPU ke IPTA ( universiti awam)

          tawaran ke universiti boleh disemak dari tarikh 17/5/2013, bila dapat surat tawaran dari universiti?

          adakah tawaran dari universiti awam ( IPTA ) atau universiti swasta ( IPTS).

  18. saya nak tanya ni pin uitm dgn upu apa beza dan saya telah ambil spm 2010 dan saya ingin melanjutkan pelajaran ke dip masih boleh ke.. dan tarikh tutup pin utk uitm bila? urgent saya nak tau masih sempat ke saya nak smbg belajar..

    1. No pin UiTM khas untuk kemasukan untuk UiTM ( UiTM Online ). Untuk sesi Jun/Julai dan November/Disember.

      Walaubagaimanapun, bermula tahun 2013, pin khas Uitm Online bagi kemasukan sesi Jun/Julai 2013 telah dimansuhkan dan digabung sekali dengan permohonan UPU.

      ( Pin Uitm Online – sesi Nov/Dec masih dikekalkan ).

      Tarikh akhir 15/4/2013

      Kalau SPM 2010 , isi borang pada Kategori B – SPM tahun 2010 atau 2011.

      1. jadi kak kalau saya beli no pin nanti saya beli no pin uitm pastu saya nak mohon kat laman web mana satu , upu ke laman web uitm… tgk kat laman web uitm permohonan penerapan.. tak ada plak dia kata permohonan uitm bg diploma.. kalau akk tau bg saya link.. jdi kalau saya dah mohon bila saya bleh semak kptsn dpt belajar ke tak? kat mana nak semak..?

  19. macam mana nak beli pin UPU yang baru sebab pin yang lama dah habis baki dikemaskini.saya dah beli pin UPU yang baru tapi masih sama juga..mintak macam mana nak menyelesaikan masalah saya ni jasa baik anda saya harapkan….

    1. hubungi upu.. itu saja jalannya
      sistem mereka yang jaga
      sebab dah diberitahu tak boleh kemaskini lebih dari 3 kali

  20. mcm mne saya nk beli pin baru UPU sebab pin yg lama dah habis baki dikemaskini.saya ddah beli haritu tapi pin UPU masih sama.mcm mne yer nk selesaikan plzzzz??

  21. nak tanye ni…sy dah isi borang upu secara online dan menghantarnya ke sistem tetapi knpe apabila sy buat semakan akan terpapar “anda belum memohon sila klik pautan PERMOHONAN”. knpe bleh jdi mcm ni ek..please

      1. kalau nak buat permohanan baru, bleh guna tak no unik id yang sudah digunakan sebelum ini..

        1. kalau nak buat permohonan baru, bleh guna tak no unik id yang sudah digunakan sebelum ini atau kena beli no id yang baru…

          1. dah cuba guna no tu?
            cuba dulu boleh ke tidak
            kalau beli baru pun, dia akan bagi no unik id yang sama

      2. kalau nak buat permohanan baru, bleh guna tak no unik id yang sudah digunakan sebelum ini..atau pun kena beli no id yang baru…

  22. assalam..saya nak tanya bolehkah saya membeli no pin yang baru kerana no pin yang lama tidak boleh dikemaskini lagi.. sekiranya saya membeli no pin yang baru adakah no pin itu sama ataupun lain??

    1. kalau beli lagi, akan dpt no pin yg sama krn menggunakan kad pengenalan yang sama. memang dah diberi amaran dan ingatan.. tak boleh kemaskini lebih dari 3 kali. cuba telefon pihak UPU untuk memohon bantuan

  23. salam, macam mana ya kalau no. pin tu sudah dibeli tapi hilang? kena beli yang baru ke?

  24. Salam 1 Malaysia ,, saya merupakan pelajar lepasan STPM 2012 .. di sini ,, saya mempunyai beberapa persoalan dan saya amat memerlukan penjelasan daripada pihak puan/tuan .. apakah itu salinan MQA ? di manakah saya boleh mendapat salinan borang tersebut untuk diserahkan kepada pihak Universiti ? soalan kedua , adakah pelajar lepasan STPM 2012 dikehendaki menghantar dokumen2 dan sekiranya ya , adakah setiap dokumen-dokumen tersebut perlu di sahkan dan dihantar ke setiap Universiti yang dipohon dalam aplikasi permohonan online ? saya harap , pertanyaan saya dapat dijelaskan oleh pihak puan/tuan , pertolongan yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih .

  25. salam…saya na tanya saya pelajar semester akhir diploma…bulan mei nie baru saya tamat pengajian diploma…saya sudah mengambil muet…saya juga telah mengisi permohonan untuk sambung degree untuk pengambilan bulan september nnti…adakah saya layak sebenarnya untuk memohon bagi kemasukan bulan september nie…di harap dapat membantu.. 🙂

Comments are closed.