Nak masak apa ye? Sedang merancang nak buat open house. Sedang mencari menu open house? Kadang² pening juga nak menentukan menu apa yang sesuai mengikut kemampuan kewangan dan tenaga.
Saya ada cadangan. Menu open house yang simple dan mudah, sesuai untuk disediakan sendiri. Saya tahu penatnya nak buat persiapan.
Pilihan Nasi
- Nasi tomato + ayam masak merah + jelatah
- Nasi ayam
- Nasi himpit + kuah kacang
Pilihan Mee
- Laksa
- Mee rebus
- Mee sup
- Mee goreng
- Meehun sup
- Spaghetti
- Makaroni ( goreng, bakar @ sup )
Pilihan puding atau agar-agar
- Puding roti – Resepi Puding Roti atau Puding Roti Karamel
- Puding karamel – Tip memasak Puding Karamel
- Puding jagung
- Puding telur
- Trifle Peach – Resepi dan cara memasak di sini ( Trifle Peach )
Kuih Muih
- Samosa – Resepi Samosa
- Sardin Roll – Resepi Sardin Roll
- Roti John – Resepi Roti John
Buah-buahan
- Tembikai
- Oren
Minuman
- Air Oren
- Sirap Limau
Bahan lain yang perlu disediakan
- Pinggan
- Mangkuk
- Sudu/garfu
- Cawan
- Tissu
- Plastik sampah
Open house biarlah simple dan tuan rumah mempunyai ruang yang cukup untuk beramah mesra bersama tetamu. Tak perlu menu yang berbagai sehingga tak tersusun, tak teratur dan terurus.
Ada cadangan menu open house lagi? kadang² sibuk sampai terlupa beberapa perkara yang penting. Bukan saja soal menu yang perlu difikirkan, mengemas dan susun atur perabut rumah pun perlu difikirkan untuk keselesaan tetamu.
Delicious kali laksanya
Salam,
Kak Jie, Pavlova tak termasuk ke? heheee 😀
Pavlova bukan menu simple dan ringkas…tu menu mahal
dalam kategori lain tu…hihi
tips yang dicari2… haha… tq..tq..
Sangat sedap menu2nya, semuanya harus dicicipi satu per satu menu2 diatas..
Assalamualaikum,
Lorrr! Ingatkan Kak Jie nak buat open house, tengok tajuk terus je bersedia untuk terjah 😉
Tengok tajuk, ingatkan kak Kujie nak buat open house.. huhuhu
smo nmpk sdp.
kalau buat smo pon ok. hehe
Tak buat open house , rumah tinggi melayut , tp teringin juga ..
perrkkhhhh… memang terbaik lah kak jie..
terus ada senarai, petik aje mana yg berkenan, kan kan kan.. hehehe
kitorang tak buat open house sbb hari2 ada open house, buat nasi impit je.
Menu uang ada ni pun kalau nak disediakan belim tentu menang tangan nak beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Betul tak kak jie
Assalammualaikum wbt.
Fuhhhh pengsan tu. Memang ringkas tapi baca macam kak jie tengah terfikir-fikir mana satu nak buat yer, sebab pilihan tu memang banyak 😀
Peeehhh ni dah macam syarikat Katering pulak tapi memang info yg bagus sebab selalu pening juga nak memilih menu yg sesuai utk open house ni