Pengalaman Mencari Stesen Monorail KL Sentral
Panduan

Pengalaman Mencari Stesen Monorail KL Sentral

tren kl monorail

gambar file wikipedia

Petang semalam, ramai pengtwitter bercerita mengenai kemalangan yang membabitkan monorail rosak.  Lagi parah sehingga tersebarnya  di facebook  mengenai monorail bertembung.   Saya terima gambar dan berita melalui BBM Group mengenai kemalangan monorail tersebut. Kisah dan gambaran  sebenar, baca ondscene.my

Teringatlah kisah sebulan lepas saya mencari maklumat macam mana nak ke Stesen Monorail KL Sentral.  Maklum tak pernah naik.

okasi stesen monarail kl sentral
Walaupun sistem Monorail telah dibuka sejak 31 ogos 2003 , saya tidak pernah sekali pun menggunakan perkhidmatan ini. Biasanya hanya nampak dari bawah laluan apabila memandu dan berbisik ” owh… ulat gonggok dah lalu”

Kebetulan awal July saya ada tugasan untuk majlis pelancaran 701page.com di Westin Hotel, Bukit Bintang.  Fikir punya fikir, dari memandu lebih baik saya naik monorail.   Kalau memandu terus saja ikut Jalan Sultan Ismail.  kalau ikut monorail saya tak pernah.

Saya tweet minta bantuan kerana saya tahu stesen monorail di KL Sentral tetapi tak pernah sampai.  Saya cuma tahu tempat di dalam bangunanan Kl Sentral sahaja.

Ramai kawan-kawan yang membalas dengan panduan laluan tetapi ‘makcik masih blur’.  Keluar di dari bangunan KL Sentral tu ada banyak pintu dan laluan.  Kalau naik tangga , keluar ke pintu utama depan Hilton Kuala Lumpur.  Kalau ikut kiri di tepi tangga, akan nampak Sooka Sentral dan bangunan ke SSM.

pengalaman naik monorail

ha ha ha …. memang tabiat saya, kalau nak ke mana-mana saya akan buat carian info dan maklumat.  Buat homework dulu.  Sekurang-kurangnya dah dapat gambaran serba sedikit.  Ada pula yang nak tau kisah pengalaman saya naik monorail.

Ok… mari kita imbas pengalaman dan laluan untuk ke Stesen Monorail Kuala Lumpur Sentral ( KLSentral )  Stesen monorail tu bukannya terletak di dalam bangunan KL Sentrel tetapi di seberang jalan Tun Sambanthan.

Dari dalam bangunan Kl Sentrel tu macam mana nak ke stesen monorail ?

  • Keluar dari  Stesen Komuter.
  • Kalau berdiri muka mengadap McDonald , maksudnya sebelah kiri ada tangga dan escalator untuk naik  keluar ke pintu utama.
  • Bergerak ke sebelah kanan sampai hujung, keluar dari kawasan orang berniaga, turun ikut tangga/ escalator
  • Sampai di bawah…nampak bas dan teksi.  Ambil arah ke belakang escalator.
  • Lorong ini gelap tanpa lampu,  ada banyak teksi dan bas. Berjalan terus hingga ke hujung, lintas jalan tersebut. Jalan ini berlopak dan basah.  Hati-hati.
  • Kemudian lalu  lorong pejalan kaki yang tertutup dicelah tapak pembinaan.
  • Di hujung laluan pejalan kaki, akan jumpa Jalan Tun Sambanthan.  Ada trafik light simpang tiga.  Lintas di situ.
  • Lintas Jalan Tun Sambanthan, ambil arah kiri.
  • Jalan terus di tepi deretan kedai sehingga berjumpa Stesen Monorail Kl Sentral.

NOTA :  Panduan ini hanya terpakai pada waktu ini, mungkin selepas kerja-kerja pembinaan siap, ada laluan lain yang disediakan.

lokasi untuk ke stesen monorail kl sentral

Ada apa-apa landmark yang saya tertinggal?

Pengalaman menaiki monorail?   Pertama kali naik, rasa gerun dan gayat.  Tak berani nak pandang luar.   Berdiri dan memandang lantai.

Itu saja yang boleh saya gambarkan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Pengalaman Mencari Stesen Monorail KL Sentral

  1. pernah sekali je naik monorail..itu pun ms duk kl dulu..skang ni..x de la..

    utk kak jie..ramai yg tolong tunjuk arah..

  2. Nampaknya bukan saya sahaja yg tak pernah naik monorel. Belum merasa lagi dan masih menunggu peluang nak naik.

    Biar lambat naik asalkan jangan tak dapat naik langsung 🙂

  3. wakaka… pengalaman yg indah menaiki monorail oleh kak jie.. memandang lantai!. .heheh

    maza pernah jugalah naik monorail. Cuma boleh bilang dengan jari. mula2 naik memang gayat dan terasa terhuyu-hayang sedikit!..

    lepas kali kedua atau ketiga, maza sudah boleh membiasakannya… itu kisah lama dulu.

    kalau disuruh sekarang ini… aderkkkk!!!..
    hahaha…

  4. Memang stesen monorail tak sebumbung dengan K.L Sentral..kena jalan kaki sikit ke luar jalan.Ramai orang keliru lokasi monorail ni hehehe dan kalau nak tahu destinasi terakhir monorail ni kat titiwangsa – sebelah stesen bas Pekeliling (dekat dgn Hotel Vistana.

  5. Kalau tak silap, laluan berbumbung diantara KL Sentral dengan stesen monorel tu sedang dalam pembinaan.

    Saya pernah sekali guna laluan jalan kaki ni. Agak tak selesa.

Comments are closed.