Iklan Raya Petronas 2012 – Strangers
Wordless Wednesday

Iklan Raya Petronas 2012 – Strangers

©kujie – suami yang 2 tahun berhari raya di Algeria  sebak mengimbau kenangan apabila melihat video ini… orang yang pernah menyambut hariraya seorang diri di negara orang saja yang memahami perasaan ini.  Berpuasa berbelas-belas jam dengan suhu musim panas  dan kering membahang.  Kita mengelupas bibir dah mengadu sana sini… kat sana kulit pun mengelupas.  Bukan bekerja di dalam pejabat berhawa dingin tetapi di tapak projek lebuhraya yang kontang ditiup angin Sahara yang panas.

sambut hari raya di luar negara

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Iklan Raya Petronas 2012 – Strangers

  1. dalam Quran pun banyak sebut, berjalan le ke negeri lain untuk ambik pengajaran dari apa yang kita tengok..

    Walaupun mungkin pengalaman tak best pada suami kak jie masa tu, tapi tu antara pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat..

  2. Suka iklan nih..
    hubungan sangat akrab antara Erman dengan Jeyhun tuh memang dapat dirasai..

    Sama jugak dengan kawan-kawan kerja di Miri, bila masing-masing berpindah balik, tetap rasa kehilangan. Walaupun sekadar balik ke semenanjung..

  3. memang tersentuh hati ini walaupun sekadar merantau dalam malaysia.. tapi berpuasa dalam budaya yang berbeza di kelantan sungguh jauh jurang berpuasa dari perak…

    tiba-tiba teringat keluarga..

  4. Tadi baru tgk video ni kat blog papankekunci…betul tu Kak Jie,hanya orang2 yg pernah rasa jer tau bagaimana rasa kat bumi orang.

  5. tak pernah beraya di perantauan lagi. tapi masuk tahun ni kalau cuti kena freeze lagi, genaplah tahun ke-4 beraya di ofis.

    memang sangat sedih bila dengar takbir, lagu raya, tapi tak dapat bersua dengan mak ayah, adik beradik lain. sebaliknya budak-budak ofis jadi peneman. warghhh. siapa yang pernah alami tahulah betapa ‘azabnya’ waktu tu.

    bila tengok iklan petronas ni, tersentap mengenangkan pengalaman beraya tahun-tahun lepas.

  6. Assalamualaikum,
    Saya pernah jugak sambut raya sensorang…tapi kat dlm negara je lah. Tak leh buka TV dan dan radio…tahan hati je, sunyi sepi hinggakan tiap detik jarum jam bunyi dengan sangat kuat. Stress!

  7. Sebenarnya iklan ke filem pendek ye..xtgok hbis lagi ni..berebut ipad ngan anak

    Kalau ambil suami kak jie berlakon lagi feel kot dalam citer ni..;)

  8. Bila menonton video ni, terkenang suatu masa dahulu, waktu tu baru faham mengapa kata bidalan mengatakan, Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

  9. iklannya panjang.. 14minit di Youtube…
    tapi mesej sangat jelas..

    maza pun bakal berkelana juga.. bermula tahun depan..
    aduhaiiii.. camner lahhh haiiii…..

    1. ada beberapa orang malaysia tetapi hanya dia seorang melayu muslim … dengan budaya, makanan dan waktu berpuasa yang berbeza.

Comments are closed.