Resepi Udang Goreng Mentega
Resepi

Resepi Udang Goreng Mentega

Semalam saya masak Udang Goreng Mentega atau Udang Goreng Butter. Pilihan cik Intan . Resepi udang Goreng Mentega ini saya ambil dari blog Kak InaKl.

Mudah saja nak buat.  Kebetulan bahan yang diperlukan memang dah ada. Jom kita ke dapur…

udang goreng butter

Bahan-bahan

  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • 3 Cili api di hiris serong
  • 2 biji telur
  • Tepung jagung
  • 250gm mentega
  • Minyak masak
  • Daun kari ( jika suka )

Keunikan Biskut Raya
Cara memasak Udang Goreng Mentega

  • Bersihkan udang dan toskan. Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
  • Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu ke dalam mentega yang telah dipanaskan, kacau dan putar sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
  • Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ( jika suka ) ke dalam campuran telur dan mentega .
  • Kacau sehingga naik bau dan pekat sehingga adunan mentega tadi tersalut pada udang.
  • Angkat dan toskan .

 

udang goreng mentega

Bolehlah di hidangkan dan lebih sedap di makan panas-panas.

Terus terang, ini adalah kali pertama saya buat udang goreng butter…. macam tak berpuashati sikit.  Bukan salah resepi tetapi belum mencapai kemahiran yang diperlukan.  Kata orang practice makes perfect , jadi kena buat dua tiga kali lagi lah lepas ni… 🙂

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Resepi Udang Goreng Mentega

  1. Resep yang mudah tuk diikuti,udang goreng mentega ini bisa jadi lauk yang dapat meningkatkan selera makan nie

  2. sedap nampaknya udang goreng mentega ni.balik rumah nanti nak cuba buatlah.mesti cik abang makin sayang.

  3. Assalamualaikum. Boleh cuba ni. Nampak cam sedap je. Saya ingatkan nak buat masakan ni susah. Hihihi. Terima kasih Kak Jie sudi kongsi resipi. 😉

  4. dari tadi saya baca dekat twitter tajuk post ni mee udang -.- dah masuk baru perasan udang goreng.. nak kena pi cari mee udang gamaknya ni haha

      1. saya tak guna acuan roti jala kak jie.. guna mangkuk biasa jer..
        cuma masa tuang tuh perlahan2 tapi jgn putus sambil putarkan..

        ok faham.. ini tektik baru kot. hik3

  5. nyam2…bila nak jemput ke rumah ni kak jie…? ok2..raya nanti saya terjah…hik3….
    p.s : maaf sekali lagi kak jie pasal insiden facebook weekend lepas…

  6. Betul tu Kak Jie kena cuba berkali2..apa yg saya tgk…serdak butter telur tak halus sgt,tapi kira boleh lah bagi beginer.

    1. ada satu resepi lagi…mmg serdak dia jenis pjg2…dia guna acuan roti jala
      butter dia lebih sikit…dia cairkan butter dlm minyak…

  7. uii..balik ni harus cuba.. kalau makan di restoran cina muslim bahan telur + menteganya yang melekat kt udang tu bertali-tali kan..

    1. kat blog kak ina ada resepi tu…dia guna butter kurang, cairkan dgn minyak
      guna acuan roti jala

      kak jie buat resepi lain

Comments are closed.