Sijil Halal Nando’s Telah Tamat Tempoh
Pengetahuan Am

Sijil Halal Nando’s Telah Tamat Tempoh

Hujung minggu lepas saya hadiri majlis Nando’s Malaysia di Paradigm Mall. Selain diberikan baucer dan sos peri-peri, pihak Nando’s juga menawarkan  tajaan hadiah kepada pembaca blog ini.

 

Makcik keluar paper lagii….. terimakasih Yana Yassin  untuk keratan akhbar ini.

Sambil mengupdate bahan untuk entri Nando’s,  tergerak hati untuk membuat semakan status Halal Nando’s. Iyalah kan… kalau membabitkan diri saya sendiri, itu urusan peribadi saya tetapi ianya membabitkan orang ramai. Saya perlukan pengesahan.

Saya buat semakan di laman web Jakim, tiada rekod yang ditemui. Kemudian saya membuat semakan halal melalui sms.

  • Taip HALAL SEMAK ( Roc ) dan hantar ke 15888
  • Jawapan yang saya terimalah adalah Nando’s Chickenland (M) Sdn Bhd telah tamat tempoh sah sijil halal Jakim.

*ROC – Registrar of Companies

Agaknya apa perasaan anda apabila menerima SMS seperti ini?

Saya serba salah untuk meneruskan peraduaan yang ditaja ini.  Urusan saya bersama Nando’s adalah urusan peribadi sendiri tetapi apabila ianya melibatkan pembaca blog, saya perlu lebih bertanggungjawap.

Tiada sijil halal bukan bermaksud ianya tidak halal tetapi pengesahan ini perlu bagi restoran yang membekalkan makanan bukan tradisi yang resepinya berasal dari negara lain.

Terkejut bapa ayam dengan SMS tersebut, saya menghantar email  kepada JAKIM melalui ruangan ‘Hubungi Kami’ dan sehingga ke saat entri ini ditulis, tiada jawapan yang diberikan.

Tidak berpuashati, saya hubungi pihak Nandos melalui ‘contact us’ di laman web mereka.

Jawapan yang diberi adalah ‘ Kindly be informed that we are currently renewing our Halal certificate for our restaurants and are trying to speed things up’

Ok… puashati?

Belum!  Saya bukan orangnya yang akan berhenti setakat di situ saja.

Saya balas email dengan meminta covering letter dari pihak Jakim sekiranya mereka menerima permohonan memperbaharui sijil halal.   Urusan rasmi , mesti ada simpan rekod,kan?

Nah…….! Inilah yang saya dapat.

No Rujukan : JAKIM(S)/(22.00)/492/2/2 003-08/2004
Tarikh surat ini 14 Jun 2012

‘Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah diterima dan sedang diproses oleh jabatan ini’

Saya buat semakan, saya buat siasatan dan saya buat pertanyaan untuk mendapatkan jawapan yang boleh memuaskan hati saya.  Bagaimana jika seseorang yang menyemak melalui perkhidmatan SMS dan menerima jawapan sijil halal Nando’s telah tamat tempoh?  Berapa orang yang akan meluangkan masa 4 hari untuk mengirimkan email dan menunggu jawapan?

Saya tak peduli pun tentang tajaan yang terlepas tetapi saya lebih berminat untuk mencari jawapan dari persoalan.  Saya terbitkan entri ini juga adalah sebagai tanggungjawap  untuk memberitahu apa yang saya tahu.  Saya tak lena tidur tak lalu makan bila memikirkan yang saya menyimpan sesuatu yang membabitkan kepentingan orang ramai sejak 4 hari lepas.

#jiwakacau sampai entri Bersama Dr Brady Barr dari Nat Geo Wild tu berlaku banyak kesalahan ejaan yang serius.  Bayangkan apabila saya menulis  ‘ menghadapi seorang buaya betina‘ – nak tergelak bila saya baca semula.  Nasib Encik Sham Ondscene sudi  membaikpulih susunan dan tatabahasa entri tersebut.

#jiwakacau kerana saya kehilangan kamere Canon Ixus yang saya menang sewaktu Kempen Kesedaran (Awareness Campaign) HOnda di majlis bersama Dr Brady Barr.

Bahagian saya dah selesai – semak dan mendapatkan jawapan dari pihak bertanggungjawap.  Saya tidak bertanggungjawap keatas lain-lain risiko yang dihadapi oleh pembaca blog ini.  Buatlah keputusan sendiri…..

Andai ianya untuk kebaikan, sebarkanlah. LIKE atau RETWEET

Entri ini ditulis pada 22/6/2012 – sebelum atau selepas tarikh ini, maklumat mungkin telah berubah, sila semak Direktori Halal Malaysia dari masa ke semasa.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Sijil Halal Nando’s Telah Tamat Tempoh

  1. Baru terbaca entry ni di saat kaki mau melangkah ke nandos. dh 6 bulan dari tarikh tamat di atas masih lagi statusnya sudah tamat tempoh…..

  2. walaupun mereka dah apply, camne status logo yang terpapar pada restoran pula? kena tutup sementara tak?

  3. Terima kasih kak jie atas perkongsian entri dan kaji selidik yg kak jie buat. Mmg tak semua akan bertindak sejauh ni, jadi terima kasih byk2 utk kak jie sekali lagi.

    p/s-Benda halal haram ni mmg perkara besar.

  4. Untuk renew sijil halal sepatutnya 6 bulan sebelum tamat tempoh – nandos gagal,mungkin kerana lambat atau karenah biroraksi

    for info – memang susah untuk renew sijil halal sebab pegawai jakim ni selalu berubah-ubah – cara mereka pun berubah,saya dah merasa penat lelah naik ke putrajaya semata-mata nak renew sijil,proses sama macam nak mohon,kena ada segala sijil halal untuk bahan2 yang digunakan.Kalau ada bahan or menu baru kena submit juga.Kalau ada sikit sahaja keraguan,kena submit semula.-proses yang ni yang selalunya melambatkan proses sijil.

  5. Bagusnye akak. Kalau Sara tak pasti lagi apa tindakan yg Sara akan buat. Silap2 lepas dpt sms tros tak pegi nandos dah..err, memang Sara tak pernah pegi Nandos pon, hihi. 🙂

  6. Syabas pada Kak Jie. Kak Jie telah melakukan yang terbaik.

    Terima kasih banyak-banyak Kak Jie kerana telah berjaya menghilangkan was-was untuk makan nando’s lagi.

  7. kekadang tu masalah camni jadi dari kelewatan pihak pengeluar sijil jugak tapi tak leh nak salahkan mana2 pihak jugak sebab bukan satu permohonan je yang perlu diuruskan..

  8. Bagusnya Kak Jie.. Semoga usaha murni akak ni mendapat ganjaran di sisiNya.. Tak semua orang akan buat seperti mana apa yang telah akak lakukan.

  9. ore miskin supo kawe xcaro halal ko dok nando atau tempat high kelas lain..sebab make nasik ike singgey nga budu jah ahahah

    1. semua alamat rasmi kompeni ada no ROC , biasanya dia letak dalam kurungan.

      kak jie jumpa roc nandos kat brosur dia

Comments are closed.