Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh
Pengetahuan Am

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh

oh……..cerita lawatan singkat ke utara belum habis. Masa untuk show off belum berakhir. Tak ada apa sangat yang nak dikongsi sebenarnya selain dari keistimewaan Pulut Ayam Padang Besar . Saya cuma ingin merakamkan catatan kenangan kami di dalam blog ini.

ladang tebu chuping

Dalam perjalanan dari Kuala Nerang ke Padang Besar, kami melalui kawasan ladang tebu seluas mata memandang. Pemandangan ladang tebu milik Felda ini mungkin akan pupus beberapa tahun akan datang kerana menurut berita terkini, Felda telah menukar separuh ladang tanaman tebu kepada getah secara berperingkat yang bermula sejak tahun 2007.

Sewaktu melawat kawasan sekitar kilang tebu, saya sendiri melihat anak-anak getah yang telah pun ditanam.

ladang tebu chuping

Chuping adalah nama sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping.  Dalam perjalanan ternampak bukit seperti ini, tak pasti inikah Bukit Chuping.  Orang Perlis boleh tolong jelaskan?

ladang tebu di chuping

Pokok tebu untuk penghasilan gula bukanlah seperti pokok tebu biasa yang kita nampak orang mesin untuk mendapatkan air tebu.  Batangnya lebih kecil.

Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.

Biasanya orang berkias dengan ‘menanam tebu di tepi bibir’ tetapi di Perlis mereka ‘menanam tebu di tepi telinga ( cuping) ‘. hiks!

pokok tebu gula

Inilah pokok tebu yang  menghasilkan gula .  Kami cuma melawat luar kawasan di tepi jalan saja.  Tak berani nak menjelajah jauh, tanah persendirian nanti kena ‘tembak’.

Peribahasa tebu

  • Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh – Berbuat baik, tentu kebaikan juga yang dibalas.
  • Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka – Gembira oleh kerana mendengar pujian.
  • Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan – Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum.
  • Gigi telah gugur, tebu pun menjadi- Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
  • Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya – Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
  • Tebu setuntung masuk geraham gajah – Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

71 thoughts on “Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh

  1. Tahniah saudari Kujie sekeluarga merakam perjalanan sekeluarga…ke Chuping Telinga..Perlis.he..he. bagi saya begitu banyak kenangan yang tinggal. Hampir 32 tahun saya telah tinggal dan hidup dikeliling pokok tebu, sebab bapa saya bertugas di kilang gula gula saya tinggal semenjak umur 9tahun(1979)…hingga umur 25…kawin..dan bertemu dengan isteri bertugas di kilang gula juga(CC. Lab Asst) dan sendiri di bidang Steam Generation/iaitu bhg yang paling penting sekali bak kata nyawa kilang. Kini Kilang Gula(pemiliknya Robert Kok) dan Ladang Tebu(PBB Group)telah pun diijual 50billon sahamnya FGV. Ini DISEBABKAN oleh kerana tanah yang tidak subur lagi bayangkan lah tebu telah tanam sejak 1970an…bermacam baja..racun …digunakan…..ketika Kilang Gula masih dlm pembinaan oleh Sebuah Syarikat Jepun dan bolh dikatakan semua peralatan mesin, serta enjin dari jepun yang amat berkualiti. Hari ini kami telah mengorban pengalaman saya dan perakuan kebolehan(Competensi Cert) dan Isteri saya dari UPM didalam bidang Pertanian. Untuk berhijrah ke dunia lain dan bertugas di sebuah Institusi Pendidikan terkenal di Perlis(MATRI)..
    “Anak Ayam Bawa Anak
    Terima Kasih Banyak-Banyak”

  2. Tebu tu sebenarnya keras mau patah gigi kalau cuba2 nak makan.

    Seiring dengan pembangunan sekitar Perlis tebu didapati kurang sesuai lagi ditanam kerana semasa penuaian daunnya harus dibakar. selain menimbulkan pencemaran alam jugak daun2 yang di bakar boleh berterbangan berkilo2 meter. Dulu baju sekolah kat ampaian selalu kena basuh semula coz arang daun yg berterbangan.

    1. tapi kalau ada teknologi moden … daun pokok tebu boleh menghasilkan baja atau boleh lupuskan dengan mesin moden tak jadi masalah untuk teruskan penanaman tebu ….

  3. Enam tahun tak ke sana, Daerahnya masih sama. Damainya, tenangnya, menggamit memori rindu… eh, terjiwang lah puloks ! hiks !

    ni mesti pergi sehari sebelum hantar Angah kan ? heeheee

    1. yup.. kami pergi hari sabtu ni selepas check in kat homestay
      esoknya baru register Angah kat kolej, terus memandu balik

      jauhhhhnya… 2 tahun dia kat merbok, skrg ni kena tambah beberapa puluh km lagi

      1. Tak pe… Kali ni dapat pi Padang Besar.. Masa Angah cuti semester nanti, boleh pergi ke Tasik Bera pulak.. Kan ke orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman … eh, ye ke ? hehehe

  4. Dulu suka makan tebu sekarang tidak boleh kerana bimbang gigi ngliu. Kalau ke pasar malam ada sekali sekala membeli air tebu.

    Tidak sangka banyak peribahasa berkaitan dengan tebu rupanya.

  5. Memang best bila jalan2 ke utara. Masih lagi hijau dgn bendang dan tebu, tapi cam Kak Jie ulaslah, mungkin tak lama lagi kita takde peluang dah nak bergambar dgn kehijauan camni.

    Bendangpun byk dah dijual dan diganti dgn rumah2 kediaman.

    1. sesekali nampak banglo mewah burung walit… hehehe

      itulah, baca info felda nak ganti tebu dgn getah atas sebab lebih menguntungkan….jadi kalau lalu kasawan ni jgn lepaskan peluang bergambar…takut2 tahun2 akan datang dah tak de lagi pemandangan mcm ni

  6. aduiiii suka dengan peribahasa dari perkataan TEBU…saya pernah dengar MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR jer…yang lain2 tu tak pernah dengar…bagus jugak terjah blog ni, dapat info yang sangat menarik…

  7. Assalammualaikum
    saya penah sampai sini,tgk ladang luas terbentang -Subhanallah
    dari jauh nmpk hjn nak dtg
    perasaan takut datang hehe

    1. waalaikumsalam….

      seronok, kan lalu jalan ni. mula-mula tu kami was-was , betul ke itu semua pokok tebu
      sampai bertanyakan anggota UPP yang berkawal..hihi

    1. waalaikumsalam

      dia ada ambil beberapa gambar lain untuk simpanan peribadi

      semua tu ditapis tak boleh disiarkan kat blog…hehehe

      tapi kalau view lapang mcm ni, mmg best nak bergambar

    1. uruskan keluarga dan kerjaya memanglah mcm ni
      tak sempat nak fikir utk bercuti

      tak apa…anak masih kecil mmg mcm tu
      sama dgn kak jie dulu2
      bila dah besar², masa utk diri sendiri

    1. aah la…time tu rosyam nor naik TZM pusing-pusing macam dalam gambar ni bawak lisdawati

  8. Bahasa jiwa bangsa… Huhu…

    Tuhan dah tentukan… Segala yang baik akan dibalas sebaiknya… 😀

    1. sebelum ini memang jarang gunakan peribahasa tu….tak tau pun

      kebetulan masa buat entri ni, buatkan sikit carian info di dewan bahasa dan pustaka, terjumpa sesuatu yang berguna untuk dikongsi

    1. tapi bukan seluruh negeri perlis tu ada ladang tebu… kena pegi Chuping saja….chuping dekat telinga tu…hiks!

  9. kali terakhir pegi Perlis tu masa tahun 2006 masa bujang lagi..lalu jugak la kat ladang tebu chuping ni..memang seluas mata memandang..teringin pulak nak pegi kembara lagi kali ni dengan anak isteri pulak..

    1. jangan lepaskan peluang kalau ada

      bawa isteri lagi lah best

      sebab laluan tu akan berakhir di Padang Besar, tempat idaman wanita

    1. tu la… kami siap tanya kt UPP yang jaga sekatan jalan tu

      ” encik….. tu tebu yang buat gula ke”

      hahaha…. tak malu sungguh

  10. Pernah sampai Perlis,tapi tak bergambar tepi ladang tebu,sebab naik kereta orang segan lak nak suruh berhenti.

  11. gambar kedua tuh cantik, rasa nak ikut je jalan tuh. baru tau rupanya tebu untuk buat gula nih lain, bukan tebu biasa tuh. gambar pertama tuh ladang tebu macam sawah padi hijaunya.

    1. masuk saja kawasan ni……….. memang sayup seluas mata memandang adalah ladang tebu………….nampak latar hijau dan langit biru dengan tompokkan awan gebu..cantik sgt

  12. saya pun baru balik dari lawatan ke utara..entah entah berselisih kereta sbb saya pun ke Chuping ke majlis pernikahan officemate saya..mmg nampak pemandangan bukit tu..
    cuma tak lajak ke tanah besar sbb tak sempat.. 😀

    1. kami pergi padang besar dalam pukul 1.45 ada di kawasan ini
      balik time azan asar – bermalam di kuala nerang

    1. memang pokok tebu dia lain…. macam pokok serai pun ada
      tapi yang kecik lagilah

      ada bahagian yang dah besar

  13. Salam,

    Teringin nak ambil gambar macam gambar 1st tu, cantik sangat viewnye, kalau buat aksi melompat pun best heeee 😀

    1. adaaaa…………… ada mcm² aksi terlampau kami anak beranak, tapi seganlah nak letak. dah tua gendut pun dah iahhh….hahahahaha

      yang letak kt sini dah ditapis le tu…kehkeh

  14. tebu ni untuk buat gula…kenapalah kat sarawak ni orang tak keluarkan gula jugak eyh

    1. hahaha..kami pun tatau
      otw tu akan jumpa sekatan jalan oleh UPP – unit pencegah penyeludupan tepi ladang tebu ni
      kami siap berbual tanya pegawai upp tu…ini ke pokok tebu?

      dia ckp…betullah…berhentilah masuk tengok. sebab itulah berani berhenti dan masuk ladang tebu tu..kalau tidak takut juga menceroboh kawasan persendirian.

Comments are closed.