September 2009 – Januari 2012 suami saya bertugas di negara kedua terbesar di benua Afrika, Algeria. Walaupun terletak di benua Afrika, penduduknya adalah campuran Arab dan Perancis yang berkulit putih dan berhidung mancung.
Bukan di tengah bandar kotaraya tetapi tempat kerjanya jauh di tengah benua merentasi timur dan barat Algeria.
Algeria bukanlah negara maju, menurut suami keadaannya adalah seperti Malaysia 30 tahun dahulu. Cuba bayangkan infrastruktur Malaysia di tahun 70’an-80’an.
Selama tempoh bertugas di sana, perhubungan sejauh lebih 10,500 ± kilometer tidak pernah menjadi masalah. Negara 4 musim itu mempunyai jaringan komunikasi yang sangat baik.
Dengan perbezaan masa 7 jam, setiap jam 7 malam waktu Malaysia saya akan menunggu di depan komputer untuk bervideo call memandangkan di sana adalah waktu rehat ( waktu makan tenghari ) jam 12 tenghari. Semua cerita anak beranak tidak pernah ketinggalan.
Kami boleh meraikan ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan hari raya secara langsung melalui komputer masing-masing. Boleh merasai semua keadaan walaupun jarak jauh.
Hanya sesekali kami mengalami gangguan internet tetapi talian telefon bimbit tidak pernah menjadi masalah. Bila-bila masa ada talian dan boleh berhubung. Berskype, yahoo video call atau gunakan applikasi percuma viber.
Kembali ke masa sekarang……
Mac 2012 – Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Tasik Kenyir ) Malaysia negara membangun, canggih , hebat . Jaraknya cuma 400± kilometer dari rumah.
Tiada internet – wifi apalagi. Viber jauh sekali. Video call jangan mimpi!
Talian telefon yang terhad – Hari Jumaat apabila suami memandu keluar ke perkampungan terdekat ( lebih kurang 30 KM ) untuk sembahyang Jumaat, barulah kami boleh membuat panggilan secara jelas.
Suami bekerja 10 jam sehari berterusan untuk 3 minggu dan mengambil cuti terkumpul untuk balik bercuti 3 hari. Memandu 6 jam untuk balik dan 6 jam lagi untuk kembali semula ke tapak projek.
Inilah kisah perkahwinan jarak jauh kami – kepada pasangan lain yang bertuah mempunyai keluarga lengkap , bersyukurlah. Peliharalah dengan sebaiknya. Janganlah terlalu demand masing-masing nak menang. Bukan ada piala pusingan pun!
Tolak ansur dan terima jalan hidup kita seadanya adalah kunci penting untuk mendapatkan kesejahteraan dalam perkahwinan. Tak kiralah perkahwinan jarak jauh atau perkahwinan depan batang hidung. ( tatau antonim yang betul )
©kujie – ini bebelan dari entri wordless wednesday semalam tu……
u never walk alone
memori kehidupan
owh dah balik..
tapi kali ni puasa dan raya dah dapat bersama2, kan3…hehe..
(algeria dalam kenangan) 🙂
Salam tuan rumah. Saya singgah sini ye. Harap tuan rumah ok2 je. Sebab pintu pun tak berkunci. Kalau tuan rumah jenis syok sendiri mesti tuan rumah tutup pintu ataupun ada tetamu khas je yg boleh singgah kemari. Bukan nak nyusahkan tuan rumah pun. Minta maaf ye tuan rumah kalau tak suka dengan kehadiran tak diundang ini.
bila perkahwinan diaplikasikan sebagai penguasaan, tu yang jauh sikit dah tak tahan, silap sikit dah nak cerai..
padahal perkahwinan tu adalah satu ikatan..selagi tak dibuka atau dilonggarkan simpulannya, selama itu jugak la akan berkekalan sengatannya tak kira walau di mana juga berada, walau berapa lama jua masanya..
salam..
pertama kali membaca, sy begitu sebak. begitu kuat orgnya yang mampu menghadapi perpisahan jauh begini, sementelah saya baru baca berita di paper yang suami isteri tidak pernah duduk sebumbung selama 27 tahun n 17 tahun, semata-mata kerana tuntutan kerja.
hanya wanita yang kuat mampu menghadapinya.. semoga terus tabah dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.
best nye dapat ke afrika.. teringin nak ke situ la.. satu hari nanti yg entah bile.
Inilah yang dikatakan susah senang bersama. Jatuh bangun, tawa sedih dikongsi bersama walaupun jarak menjadi pemisah 🙂
Betul teramat sangat. Sy sendiri pernah melalui zaman2 hidup hubungan suami isteri jarak jauh, hampir 2 tahun la jugak. Tapi hubungan jarak jauh adakeindahan yang tersendiri. 🙂
bab perkahwinan jarak jauh tu sebenarnya bukan masalah bagi kak jie sbb dah beberapa tahun alami…. fokus yg nak kita sama2 kongsi infomasinya adalah tahap mana kemudahan yang sepatutnya ada – talian internet dan telefon di kawasan2 tertentu
kikiki, memanglaa camtue.. kalo kat russia nie, kite pegi kat belah utara tue.. walopon nampak cam kawasan kampung tapi tenet still laju, semua kemudahan ader.. rumah diorg jer cam kayu2 sket.. tapi fasiliti semua lebih dari kite.. huhu
punyalah kita canang dan syok sendiri betapa hebatnya kita bab canggih, maju , tamadunnya kita, kan…..
ada baik ada buruk… dok sini walau tak dpt berhubung secara online dapatlah juga berjumpa sebulan sekali…hihi
kiki, manja2 pulak die.. haha
teknologi dapat membantu merapatkan hubungan jarak jauh..semoga kasih kasih terus kekal bersemi w/pun tdk tinggal sebumbung…terima kasih kpd teknologi…
huhu…teknologi?
duk dlm negara maju talian internet , wifi , telefon pun kami tak dapat
tapi duk dlm negara yg kita ckp mundur, ketinggalan tu , ada kemudahan…
Walau tidak dalam satu atap seyogyanya sebuah perkawinan masih dapat terjaga..
pandai2lah kita sendiri mengatur keperluan masing2 mcm mana, kan…
Yups Kak Jie..
Balik umah ni mesti saya akan terus peluk isteri saya. Kompom.
twitpic sekali ye…hihi
Censored tu 😀
thanks kak jie untuk peringatan.. semoga ila boleh jadi sekuat kak jie melayari hidup suami isteri.
kita ni org pompuan, nampak lemah
tapi bila dah lalui keadaan … kita boleh je sesuaikan diri dgn apa yg ditempuh
baik puan. hanya mereka yang melaluinya akan memahamikan. hehe 🙂
ooooh encik belum balik malaya ke?
kehkeh…
wahhhh sudah garahu cendana pula ya puan kali ini. hehe 🙂
Cerita kehidupan Kak Jie sudah boleh buat drama. 🙂
ada banyak yg tak dikupas dn dikongsi dgn pembaca sebenarnya
ini ruang yg terhad
oo Algeria walaupun tak maju komunikasinya bagus, berbanding malaysia. saya rasakan dalam perkahwinan terima seadanya atau ‘redha’ tuh yang penting sekali sebab kalau takde yang itu walau sesabar mana pun kita tetap hancur jugak perkahwinan tu sebab demad yang tinggi tuh.
betullah tu …. org lain mgkn boleh berlalu pergi kalau suka ke tak suka
tetapi bila kita dah terima dia sebagai pasangan, buruk baik kena terima
mgkn perit tetapi ada cara utk hilangkan rasa tu
pandang diri sendiri – owhhh… aku pun ada juga kekurangan sana sini
jadi….kita akan terima dia seadanya.
Banyak faktor mempengaruhi jaringan komunikasi yang baik. Palingnya adalah polisi pembangunan sesebuah negara. Polisi yang menyeluruh tanpa menghadkan atas dasar perbezaan pegangan dan pemikiran amat penting. Dasar pemerintahan pusat yang telus dan adil tanpa ada ‘bias’ juga amat penting. Bersatu atas dasar kesentosaan dan keamanan dan kemajuan menjadi impian semua negara adalah jauh amat penting dari cita-cita penguasaan menyeluruh. Selain itu dapat dilihat kuasa Allah, di mana jauh atau dekat itu mungkin hanya pada ukuran kilometer, tapi bila dipermudahkan olehNya, segalanya mungkin. Sebaliknya jika dekat dari segi jarak, mungkin’ faktor lain’ pula menjarakkan komunikasi.
ini cuma perkongsi ringkas – sebenarnya ada banyak yang ditemui sepanjang kehidupan tetapi kata orang berpada-pada.
ada org mentafsirkan cerita ini sebagai ‘rasa tidak bersyukur, merungut atau tak sedar diri’ tetapi entri ini adalah perkongsian kisah sebenar yang sama sama boleh kita fikirkan.
Lama tak jumpa , makin rindu .. makin sayang .. ^__^
kiranya mcm tu le….sentiasa wangi
tabah3 🙂
tabah pasal teknologi ke pasal perkahwinan jarak jauh?
kalau jarak jauh tu tak de hal..bukan baru, dah bertahun2
bertambah jauh..
bertambah sayang…
heheheee
juga bertambah dugaan…
Kongsi hidup bukan yang indah-indah je, yang tak berapa indah pun menarik juga. Sebagai pedoman untuk kita semua. Terima kasih atas bebelan kakjie.. memang berguna buat yang nak kawin, baru kawin dan dah lama kawin.
tu cuma perenggan terakhir je
dua gambar yg diletakkan adalah isi yang nak dikongsi, pengalaman sebenar jarak jauh dan dekat….. dlm hidup ini tidak ada yg sempurna, kita tak mungkin dapat semua apa yang kita nak
Sabor … Sabor…
sabar utk apa?
Bersabarlah, pernah lalui benda yang sama ……. kata orng sayangkan isteri tinggal2kan betul tak?huhuhu
terimakasih – ini cuma berkongsi pengalaman
saya dah lalui perkahwinan jarak jauh bukan sehari, bukan setahun
perkara yang ingin dikongsi di sini adalah – kemudahan yang tidak menyeluruh di segenap negara. ada kawasan yang langsung tidak mempunyai akses kepada komunikasi
setiap manusia ada ujian masing2..kena banyakkan sabar dan syukur..
kak jie masih beruntung pasangan masih bertanggungjawab mencari nafkah demi kelangsungan hidup isteri dan anak2..masih mengambil tahu dan ambil berat..walau kena memandu jauh tetap pulang ke rumah..
macam dalam entry lama kak jie..takpe mengalah sikit..sebab kebaikan yang diperoleh lebih banyak..kannn…
cuti 1 Mei baru² ni – abg sampai rumah 10 malam, esoknya 24jam bersama family dan 10malam pula memandu balik sana.
nasib baik polisi tempat kerja, kalau esok cuti, hari ni boleh balik selepas kul 3, so ada masak memandu balik walau jauh. kemudian hari berikutnya boleh masuk kerja sebelum kul 10. ada ruang dan masa untuk perjalanan jauh.
cuti sekolah 2 minggu ni, kak jie cadang nak pi dok sana…wwwuuuuu….pengalaman baru
Assalamualaikum,
Lama sangat2 teringin nak pergi sana…tapi, masih belum kesampaian.
Hohohoho !
Mesti seronok dapat duduk sana dengan suami terchenta ! Terbayang sesuatu yang sangat indah di sini … hehehe
p/s: Kadang-kadang rasa tertekan jugak dengan rangkaian talian kat Malaysia ni. Pernah lah jugak berbalah cuma kerana talian terputus-putus. Sudahnya, masing-masing ketawa bila line dah ok balik… hehe
bila difikirkan – ada baik buruk semua keadaan kehidupan kita
dok jauh tetapi mudah untuk berhubung
bila dok dekat, payah pula…..
telan saja….
berdasarkan entri kak ni, nampaknya Malaysia masih ketinggalan dalam hal ni. kat Algeria, area luar bandar pun boleh guna Internet. hebat 🙂
yup.. itulah yang kak jie nak sampaikan
nak kita tahu, itu saja
tapi tiap sesuatu ada baik dan buruk…. kak jie boleh saja terima apa saja keadaan.
Sukar juga kalau macam tu..alah bisa tegal biasa..Kak Jie mmg seorang isteri yg tabah!
bila ada perkara2 penting yang perlukan jawapan segera tu ada sukar
tapi setakad ni tak ada masalah…mgkn sebab kak jie dah biasa uruskan segalanya sendiri