Awal pagi tadi saya dan Angah ke Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu untuk selesaikan kes saman Angah. Biasanya kami anak beranak memang bersembang berbagai topik dan isu.
Pok pek pok pek sana , pok pek pok pek sini , sampailah satu bab mengenai Fish & Chips.
Angah tanya saya tahu tak kenapa dipanggil Fish & Chips sedangkan dish tersebut mempunyai kepingan ikan yang digoreng ( fish ) dan jejari kentang (fun fries)? Mana datang chipsnya?
Mama tatau………. saya tengok menu Fish & Chips tapi tak pernah terfikir nak selidik kenapa dan mengapa. Otak mama 2GB saja, dah penuh isi segala macam sejak 45 tahun lepas. Awak tu saiz 8GB , baru guna, belum penuh. Boleh guna alasan macam ni?
Dia bagitau, Fish & Chips adalah makanan popular di United Kingdom. Perbezaan perkataan Chips hanya dari segi bahasa. Di United Kingdom dipanggil chips dan di Amerika Syarikat dipanggil fun fries untuk benda yang sama.
Sebaliknya Chips bagi Amerika merujuk kepada Crips di United Kingdom.
Fun Fries ( AS ) = Chips ( UK )
Faham ye mak -mak…. jangan bagi alasan memori dah full. Sama saja seperti kes cookies dan biscuits atau 2nd floor sistem British dengan 2nd floor sistem Amerika.
Satu hal yang jarang dicermati oleh saya, trims atas penjelasan di atas Kak Jie
tak pernah terfikir lak sblom ni. hehe
tak penah pesan makanan ni.. hehe.. leh tak bagi alsan camtu? hihi
gitu sebabnya ye.. org2 uk mesti tau..
oooo gitu..baru tahu..
tak pernah lak saya terfikir pasal nih, selalu makan je.
kena fikir pulak kenapa kena panggil french(fun?) fries….hehe
Teliti. Bagus2.
Payah nak cari remaja yg teliti dan berfikir sebaik ni =)
Alasan kak jie mmg best….hehehe
Oo.. fun fries panjang,, Chips bulat..
x pernah plak saya fikir pasal ni, hehee
betul juga.. hehe..
Kalau da sedap makan je..takdenya nak pikir tu semua..hehe
Inilah produk sistem sekolah yang mementingkan pemikiran kritis. Tidak terlalu yes boss. Kan best cam gitu..
setuju. kita perlu bertanya kenapa begitu, mengapa begini dan bagaimana nak buat itu ini.
selalunya makan aje. malas nak fikir sangat. haha..
in yang buat Man pening bila ada guest minta chips. Bila Man hantar, fries dorang pandang pelik je..
Dua2 sedap he3….yup dari segi bahasa mmg lain sikit..benda yg sama jek…dah lama tak makan grill fish n chips..
Masa di Australia dahulu saya makan Fish and Chips untuk alas perut ketika berjalan-jalan. Kuanti banyak pula tuh boleh dikongsi dengan kawan.
Kat US jejari kentang dikenali dengan nama French fries ataupun fries.
biskut chipsmore mcmana pulak?
err kalo chicken chop, chop tu potong ek hoho.. tgk gambaq kat atas lapaq pulak rasanya huhu
so far anak2 tak pernah tanya kenapa Fish & Chips xder chips…mgkn lepas nie kena tukar nama Fish & Fun…
pernah beri jawapan tentang ini dgn anak sedara..
buda2 memang suka tanya yg pelik2.. sama ler masa
kita kecik2 dulu…
yup…di UK memang dipanggil chipss…
aahhhh kan betul jgk..knapa dpggil fish & chips sdgkan tu fries hehe
emmm haihh
*saya lapar*
hehehe
Ooowh! Saya pun baru tahu perkara ni. Tak terfikir pun kenapa dan apasal hidangan ini di namakan Fish and Chips. Sekarang sudah faham. Ibu-ibu pls take note. Ilmu pengetahuan am nih….. 🙂
Heheh pasal AS tu betul la sbb kanada sama macam AS. Tapi kat sini Fish n Chips tetap dipanggil Fish n Chips 😀
Bila org cakap “chips” memang faham lah keropok
oh…selama ni kita sebutan UK rupanya.. =)
Sistem pembelajaran pun UK kan? Sbb Malaysia adalah negara Komanwel 😀