Kalau semalam saya ikuti kelas membuat Pavlova ( klik link untuk mendapatkan resepi – Resepi Pavlova Dan Cara Membuatnya ) di Kolej Komuniti Hulu Selangor, hari ini kami belajar pembuatan coklat.
Dengan yuran RM 20 ( 2 hari ), kelas dimulakan dengan demontrasi oleh cikgu pengajar dan praktikal sendiri. Kami diajar cara mengenal coklat, jenis coklat dan bandingan harga coklat di pasaran.
Semua bahan disediakan dan semua coklat yang dibuat, boleh dibawa balik.
Saya bawa balik hampir sekilo coklat dengan berbagai rupa dan rasa. Tapi tak cantiklah , baru pertama kali buat. Teknik belum mahir, tangan masih keras membentuk kreativiti.
Coklat ini, kalau seketul dua memanglah sedap sebab boleh berebut² tapi kalau dah berlonggok depan mata, anak² pun dah tak heran. Siap kena offer… ‘makanlah coklat mama buat ni………… makanlah… makanlah…’
Banyak tips dan teknik yang boleh dipelajari bila menghadiri kelas apalagi bila ada sesi soal dan jawap. Cikgu dan pelajar masing² berkongsi infomasi.
Cuti sekolah minggu depan Intan pun akan hadiri kelas sulaman manik dan labuci. Saya pula ada kelas memasak chiken cordon bleu dan mushroom soup.
Seronok dapat isikan masa dengan aktiviti seperti ini. Kalau korang nak, cuba telefon kolej komuniti terdekat untuk mengetahui kursus yang ditawarkan. Antara beberapa contoh kursus pendek yang terdapat di Kolej Komuniti Hulu Selangor ialah Sulaman Manik dan Labuci , Frozen Food , Sulaman Reben , Pembinaan Papan Tanda Props Serbaguna Menggunakan Acrylic , Outdoor Fotografi , Penghasilan Kek Ikan, Bebola Ikan, Tauhu dan Air Soya malah ada kursus Membaca Al-Quran Teknik Al-Baghdadi dan Tajwid .
p/s – pemilik blog tidak bertanggungjawap sekiranya kunjungan anda ke blog ini akan menyebabkan kelenjer air liur merembes lebih dari kadar biasa.
kalau coklat macam dalam gambar 2 kat kedai dekat rumah topi dah 4 ringgit 4 bijik 2
wahhh..sedapnya..hehehe
sekarang sya blaja bt cookies famous amos kak..nyum2!..tk pyh pegi beli dah sekarang,buat sendiri..=)
maaflah nak nyampuk…
sesiapa yang telah mendaftar kursus pendek di kolej komuniti hulu selangor secara online, call atau isi borang, sila call KKHS , untuk mengesahkan pendaftaran anda…takut terlepas pandang!!!
Fuhh.dh meleleh dh air liur nih.hehe
kalau belum habis coklat tu, pos ler pada saya yang memang gila coklat ni.. hehehe
Yang warna pink tu dengan yang bentuk kiub tu sedap… best betul Angah belasah sorang-sorang…
aipp……. online dlm kelas ke?
dah habis dah semua tu….
fuhh,isteri tentu suka kalau dpt belajar ni…
Assalam..
Terbaik la pesanan kat bawah tu….
Ada juga cuba cari2 kursus yang ada di kolej komuniti terdekat…yang ada pembangunan laman web je…
Memang pesanan kjie menusuk hehe
best lagi belajar, memang berbaloi.
fuh….. bebetul dugaan tgk coklat tu.! jauh lak kolejnya.. dkt2 ampang ni takda ke.. huuuhu
Giat Mara pun ada kelas, cuma tatau terhad utk umur remaja saja ke
yg kolek komuniti mmg khas utk masyarakat setempat
Tergoda sungguh. Terus cek jadual kursus KK. Harap dapat peluang belajar jugak.
salah satu impian saya nak ada bakery shop. tapi saya tak reti buat roti atau kek. oleh itu saya akan cari isteri yang pandai buat kedua-duanya.
wow lepas ni boleh la order coklat ngan kak kujie pula… 😀
memang dah meleleh tengok coklat tu. hehehe
Kawan isteri memang expert buat coklat dengan macam-macam bentuk memang mengiurkan.
memang bagus belajar itu ini. saya sendiri pun kalau ada masa dan rezeki ada belajar ke sana ke mari
wah bestnya ada peluang dan ruang untuk belajar benda2 ni kujie.. 🙂
adus,.. terus terliur tengok coklat nie…
nk jugak belajar benda ini tapi xde masa la kot…
bestnya dapat belajar benda2 macam ni..kalau dah tere nanti, boleh buat jual..
Dah habis ker pavlova tuh kak jie?
lepas ni boleh ler buat bisnes cekelat plak..
yeay..saya dah register..harap dengan ilmu yang dapat ni nanti saya boleh kerja dari rumah..sebab saya nak sangat mengasuh anak sendiri..walau ada degree saya rasa tak jatuh martabat saya dengan buat kerja sambilan saja..biar la apa org nak kata..
Oh tidak sangka ada kursus Outdoor fotografi. Saya berminat.
Saya cuba pergi laman web mereka tetapi “under maintenance” macam mana saya hendak tahu jadual, yuran dan cara pendaftaran.
ada link dia, kat entri pavlova – http://kursuspendek.wordpress.com/
Terima kasih, Saya sudah daftar dan tengah tunggu status samada kelas jadi atau tidak. 🙂
coklat adalah makanan paling lezats sedunia. Apapun olahannya pasti sedap.
wah murahnya RM20 aje kak…dekat tmpt saya nak belajar wat coklat rm120 tu…lebih baik sy rujuk dekat internet
Anak2 bila dah banyak memang mereka tak usik..kak Jie kena wat kontest ni Siapa makan biskut cokelat Mama dapat hadiah…hehehehe…
Kalau dekat ni wife saya mesti nak ikut sama…murah bayaran nya..berbaloi2…
kebetulan adik ipar datang, adik bongsu pun datang… adalah orang nak makan.
kebetulan lagi…murahnya rezeki kami hari ini – jiran yang buat kenduri kahwin hantar 2 beg plastik nasi dan lauk pauk…. rasanya cukup utk kami seminggu. Ya Allah…syukur rezeki hari ini.
p/s – tanyalah kolej komuniti yg terdekat. Dia ada jadual kursus pendek.