Evolusi Kamera Canon Autoboy Ke Ixus
Peribadi

Evolusi Kamera Canon Autoboy Ke Ixus

canon autoboy
Ini kamera Canon pertama kami antara yang tercanggih di zamannya.  Canon Autoboy.  Masa pergi berbulan madu seminggu selepas kahwin, kamera inilah yang merakamkan detik indah bersama.

Hampir 20 tahun, ini adalah gambar yang paling berbau kenangan manis setiap kali bersama mengimbau susur jalur tempuh perkahwinan kami.

gambar kenangan honeymoon

Canon Autoboy ada button  ( remote control ) yang boleh ditanggalkan untuk setting masa.  Bila dah ready – petik dari jauh.  Entah macam mana, petik petik tak juga berfungsi.  Suami pun berpatah semula nak check apa yang tak kena dengan kamera.  Belum sempat dia balik semula ke tempat untuk berposing, snap…!  terakam aksi candid ini.

canon prima super 120

kenangan di cameron highlands

Tahun 1997 & 2006 saya menginap di Country Lodge Resort – saya suka apartment ini kerana lokasinya hanya di belakang Balai Bomba Brinchang.

Kami kerap bercuti ke Cameron Highlands. Kadang-kadang tanpa dirancang bolehmenginap semalaman dan pernah booking hotel untuk dua malam tapi lari balik selepas semalam. Sebab yang remeh – sejuk dan rindu rumah yang hangat!

Manusia memang gitulah , tamak. Dok panas, nak sejuk. Dah pergi tempat sejuk nak balik tempat panas.


Canon Powershot A2200 yang ni pun ada kenangan juga – beli sebab nak pergi tengok Liverpool Asia Tour  bulan Julai 2011.  Ini siri Powershot yang ke tiga, kamera Canon Powershot A1200 sebelumnya  dah dibawa suami  ke Algeria.

Canon Ixus 115Hs milik terkini hadiah daripada Honda Malaysia sebagai pemenang Awareness Campaign Honda Insight Bloggers Test Drive.

Saya peminat kamera kompak kerana ringan , mudah dibawa apabila ‘travel’ dan senang untuk digunakan. Satu sebab lagi, kalau guna kamera bersaiz comel ini orang tak pandang, tak menarik perhatian orang dan orang tak perasan pun kita sedang mengcandid mereka!

Saya dan Canon sepanjang 20 tahun ini…..:)

Owh yes… saya bertemu suami pertama kali pada 9hb Mac 1991 di depan pintu pagar kilang Canon Seksyen 26 Shah Alam – klik entri di sini Kekasih Lewat Usia.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Evolusi Kamera Canon Autoboy Ke Ixus

  1. tahun 1991… owh… baru tahu kilang canon tu buka tahun 1991…heheheh padahal duduk dekat bukit lanchong, tapi tak tahu plak bila buka… yang tahu kilang proton je… hehehe lagi pon tahun 1991, masih terkedek kedek lagi berjalan heheh baru 4 tahun…hihihihi

    memang pengemar kamera canon kak jie ni… ni kalau nak bagi hadiah elektronik, dah boleh target bagi kamera canon jelah…hehehehe

    walaupun ada kamera dslr, kadang2 wish jugak ada kamera kompak… last2 pakai kamera tepon je la kalau nak amik gambar….

  2. saya juga peminat Canon, sampai ke kalkulator jenama canon..hehe

    2009 kami honeymoon (padahal kursus), sewa bilik di Country Lodge Resort jugak..

  3. 1991? huhu umo baru 6 tahun hahaha, taktau menda agi, masih kanyaq, antik kamera tu, ada nilai tinggi kalo dijual balik hehe

  4. 1991 saya baru habis SPM ..tapi Canon ni antara yg the best dalam produk camera..tp saya tetap setia dgn NIKON

  5. kamera kompak lagi senang nak bawa ke hulu ke hilir dari usung DSLR yang besar gedabak tu..hehe..5 hari sebelum 9 mac hari untuk paih..

  6. 2 kamera dah hilang. yang ada 1 tu je.canon buruk berharga 800 ratus. alhamdulillah, kekal macho dan kacak kamera tu lagi walaupun takdelah setanding dengan dslr atau canon autoboy nih. hehe..

  7. Penguna setia produk Canon. Ada kamera yang digunakan sudah boleh disimpan didalam almari untuk pamiran sahaja.

    pssstt..ada typo erro “pemendang” hujung entri.

  8. Kak Jie sama macam ella. tak suka kamera besar2 .. yg kecik camni senang nak dibawa ke mana-mana .. buh dlm henbeg pun dah ok, kan kak. Yang penting leher tak lenguh dan tak mengundang perhatian orang lain.

  9. kalau guna kamera bersaiz comel ini orang tak pandang, tak menarik perhatian orang dan orang tak perasan pun kita sendang mengcandid mereka!

    itu satu sebab saya suka guna kamera kecil2 je.

    film 24 exp. wow sekarang nak jumpa payah dah 😀

    ps. baru nak mintak dua kamera lama tu :p ada kenangan pulak rupanya. tak jadi la haha

  10. errr… kak jie, meh snap gambar encem maza satu kali volleh?

    hehehehehe

    psst: tahniah jadi pemenang yg itew.. hehehe

  11. Kamera pakai filem yang disimpan lebih 5 tahun tetiba je tak berfungsi… nak hantar repair, tak berbaloi.. kena gak beli kamera lain.. sekarang ni kamera tuh simpan je buat tukun ..

  12. Dah 20 tahun camera tu…sekarang filem untuk camera tu dah naik harga.Tak murah macam dulu.

    Digital Camera pulak yang murah he3..

    1. masih ada filem dlm kedua dua kamera Autoboy dgn Prima Super tu…. filem dah 20 tahun dlm tu…memang sengaja tak dikeluarkan, simpan utk kenangan.

      digital murah dan senang, tak payah ‘cuci’

Comments are closed.