Hybrid Vehicle Awareness Campaign Blogger Test Drive – macam tu lah program yang saya turut serta hari ini.
Seawal 8.15 pagi saya dah sampai di The Bee, Jaya One Petaling Jaya untuk pendaftaran dan taklimat aturcara.
Lokasi akhir untuk acara pandu uji ialah di Philea Resort & Spa, Melaka dengan 5 hentian ( pertukaran pemandu) sebelum singgah makan tengahari di Avillions Port Dickson.
Avillion, Port Dickson
Sepanjang perjalanan Lead Car akan memberi infomasi mengenai teknik yang betul untuk mengendalikan kereta hibrid ini supaya mencapai sasaran untuk penjimatan minyak dan lebih mesra alam.
Sebenarnya sepanjang pandu uji, kami juga akan dinilai untuk satu pertandingan kereta mana yang mendapat penjimatan paling tinggi. Untuk jarak yang sana, cara pemanduan yang akan membezakan pemenangnya.
Seperti yang saya tulis pada entri minggu lepas.. Kalau saya join event bersama blogger, mesti bernasib baik.
Ye tuan dan puan…. Kereta No 5 yang saya pandu bersama rakan sepasukan Fazreen telah memenangi pertandingan ini setelah 3 kali kami mendahului pasukan lain. Pit stop ke 4 kami bersaing untuk menentukan juara dengan kereta No 4 yang dinaiki Denaihati.
Denaihari sedang mencari sudut menarik untuk catatan blog.
Itu saja berita terkini yang sempat diupdate. Tadi baru balik makan malam di The Majestic berkonsepkan baba dan nyonya. Menu ikan asam pedas.
Philea Resort & Spa
Sekarang mata layu layuan berseorangan dalam bilik. Mulalah teringat keluarga… Entah ada peluang ke tidak untuk merasa semua ni bersama. Satu malam RM750.00…. Sanggup?
Posted with WordPress for BlackBerry.
best kan kak. Hope lain kali Honda jemput kita lagi. Tahniah menang Kak.
layanan VVIP – best sgt
Macamana pengalaman pemanduan kereta Hibrid ini?
Kenapalah kerajaan kurang insentif kereta mesra alam kerana ia masih dijual mahal berbanding kereta mengunakan minyak fosil. Hanya golongan berpendapatan tinggi mampu milik kereta hibdrid ini.
pengalaman dan tentang kereta entri minggu depan… kena rest dulu dan buat storyboard…review lengkap
yang ni cerita simple dulu…hihi
Kak Jie, keta no 4 bkn denaihati yg bawa tp melayukini.. 🙂
hehehe…terimakasih krn betulkan
entri lewat malam, mata kuyu perut kekenyangan asam pedas baba nyonya ni….
tak sanggup nak labur rm750 utk semalam di hotel
samalah kita……..jadi mai lah sama2 kita doa kot2 ada rezeki org nak bawa …kehkeh
ada tengok gambar kak jie kat blog DH….iklan honda hybrid ni keluar dah kat thailand actress kesayangan saya memandu…..entah mana satu DH saya pun tak tahu…
tu lah… masa tu kamera kak jie pi cas bateri
kak jie ckp tolong ambek guna bb
dia ckp..tak pe guna iphone dia je…nnt dia bagi
rupa2nya dia nak tempek kt blog…aish
insight ni cool je utk driver pompuan, lite and easy
hu hu hu…tak sanggup 750 se malam…tak sanggup
erk……….. bukan ke abg pernah janji
sanggup meredah lautan api …. hihihi
setakat rm 750 tu apalah sgt dari nak beli petrol curah atas laut nak buat lautan api tuuuuu
Assalam…
bestnya kakjie…..
memang best…layanan vvip
Bro Denaihati pun ada sekali dlm sesi test drive nie…best jgk jd blogger yg femes nie kan…
sebenarnya ramai lagi blogger hebat kat luar sana diluar lingkungan kita
ada beberapa blogger yg baru kak jie jumpa
blog dia orang bestlah… personal life yang menarik
Seronok nyer dapat pandu uji kereta baru dan siap disponsor nih….. jeles nyer!!!!
thn 2012 ni nampak mcm permulaan baru kepada blogger
ramai advertising yg contact blogger utk promisi mereka
peluang rasa duduk tempat mewah..
bestnya dapat join ni.. saya sekadar terima magazine Honda
syukur rezeki yang dapat…. mula2 tu rasa gak rendah diri
maklumlah..makcik ceruk dapur nak join blogger hebat kt luar sana
hamboi orang tu berjalan sakan nampak? hahaha…
sementara boleh jalan…esok esok cik abg balik
nak cuti panjang…hihihihi…ops!
uih… patut la suke kemain. hurm.. template baru dah ready. kak jie nak versi premium ke versi biasa… ehheheheeh… kalau premium bley tukar 5 kaler scheme. nanti free kita gtalk ye.
uikk… tunggu dulu
kak jie baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 15 hari guna template ni
dok baiki setengah mati
hehehe jangan risau.. untuk template premium… tak perlu nak alter kod-kod template untuk masukkan adds code. masukkan kat themes option jer.. nanti ade la adds tu automatik. menarik???
jap eh.. nak buat preview tulis kat blog. lol~
wah … memang bertuah 🙂
bab bilik tu, kalau dah jutawan nanti, teringin jugak hehehe
masa tu jgn lupa ajak saya gak… tak de lah segan sgt nak swim kt pool sorang2…hehehehe
pergghhh RM750 saya mmg tak sanggup Kak Jie ooii
pasai tu kena rebut peluang kalau ada :p
owh..baru tahu kisah sebenarnya k.jie dapat test drive kete…smlm ada bertanya kat twitter.. tp x dpt balasan…best nya k.jie resort tu..dari pada pandangan bilik tidurnya tu ha..
oppp…maaflah cik min
nak reply tweet guna bb yg cenonet tu je, bkn mcm blogger lain ada iphone ke tablet
dah tu kereta no 5, saya berdua je dgn fazreen…group lain ada 3 org
so… kebanyakkan masa saya memandu
bila free…………. lelap kejap hehe
tak berapa suka ngadap hp time memandu, mata mcm dah rabun
soalan last tu tak sanggup. hehehe
cikgu……. sesekali pegi honeymoon, apa salahnya
tinggalkan Ain…kehkeh
kalau terdesak..1 ribu pun orang sanggup bayar. hehe..
tu kes kalau terpaksa
ni kes suka rela bawa kaki pi situ… hehe
best kan..=)
tp makanan tak best..seafod jer..=)
tapi tu yg bestnya…….kami dapat makan lebih..kahkah
puas ati kan kan…=)
tp makanan tak best..hahaha
la..pergi sorang2..ingat boleh bawak anak2 ikut sama..siap lawan dengan Denaihati lagi tu..huhu
tak boleh, dia ada list utk keselamatan
lagi pun anak2 ada kelas hari Jumaat tu…
waaahh cantiknya tempat beradu Kak Jie…rugilah duk sorang2 …he he he
Selamat meneruskan pemanduan esok…enjoy 😀
seram le pula iza oiiii….tgok katil kosong tu
dah le masa dinner tu blogger2 lain dok cerita seram
friday 13th lah…. mcm2
tapi masing2 tak sedar dok sorang2 juga
wah..macam mana boleh join ni ye???bestnya
Pengiklan (Advertisers ) yang contact blogger
yes! akhirnya. Dapat jugak saya baca berita dari kak jie. hehe.
sebab kereta kami 2 driver je…. jadi kurang masa utk update
bila free, rasa pedih mata nak ngadap hp nak update
penat ikut konvoi mcm ni…sbb kena ikut laws
kalau sendiri2… kita bedal je sendiri tanggung…hehehehe