Bahaya Spa Ikan
Isu Semasa

Bahaya Spa Ikan

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, terdengar berita mengenai amaran Ketua Pengarah Kesihatan mengenai risiko terapi ikan atau spa ikan boleh menyebarkan penyakit.

Rawatan spa ikan atau ada yang memanggil doctor fish memang popular tetapi saya tak pernah sekali pun mencubanya.

spa ikan di malaysia

ini ikan guppy saya, bukan doctor fish – doktor juga tetapi doktor yang memberi ketenangan.

Ikan tersebut menjadi penyebar virus melalui gigitan pada kaki pelanggan yang disebarkan pada pelanggan yang lain kerana kolam yang digunakan secara berkongsi.  Kalau guna secara individu, tak ada masalah.

Bayangkan saja jika seseorang yang mempunyai penyakit kulit menyebarkan bakteria di dalam kolam memandangkan bakteria boleh hidup di dalam air yang mungkin telah kotor dan tidak diganti untuk tempoh yang lama.

Dulu-dulu teringinlah juga nak pergi bagi ikan geletek kaki tetapi saya tak sanggup nak selak nampak kaki berkongsi kolam dengan orang lain.  Saya selalu nampak kaki makcik² cik kiah cik siah melalui tingkap kaca yang boleh diintai oleh pengunjung di luar premis spa.

Syukur juga kerana ada perasaan malu untuk hulur kaki dalam kolam menyebabkan saya tidak perlu bimbang mengenai jangkitan tersebut sekarang.

ikan guppy saya juga mengigit!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Bahaya Spa Ikan

  1. :mrgreen: kak jie..kalau rawatan pakai,ikan keli atau atau terapi duduk didalam mulut buaya pun best gak

  2. Assalamualaikum,
    Dah lama teringin “melayan” ikan kat sungai ni…entah bila akan terkabul hasrat tu walaupun dah jenuh pergi KK

  3. Alamat bankraplah pengusaha spa ikan, semalam cuti, sempena deepavaali aku pergi kat Tesco Selayang, aku perhatikan dari aku masuk sampalah aku nak balik takde sorang pun yang guna (spa Ikan kat tingkat 2) Tesco.

  4. sy pun ada rasa nk mencuba…tp x cuba2…alhamdulillah, selamat kaki…tak yah risau psl jangkitan dr ikan…jd, kalau nk rasa kena wat kolam sendiri mcm kt umah kak kujie la…

  5. masa saya sekolah rendah dulu saya ada bela ikan guppy ni..banyak..sekali tu dicuri..habis semua ikan tu..kali kedua bela, dah membiak banyak, mati dan ada juga yang hilang..sekarang hanya tinggal kenangan..huhu..

  6. penah jugak teringin ma. tapi pandang ikan hurung banyak2 kat kaki pun dah geli, mcm nak tercabut bulu roma yg meremang ni hahaha

  7. anak ikan talapia saya sebijik mcm doctor fish, dah besar jadi monster kuat makan & buang. Air memang best transporter of anything, virus or penawar

  8. Harap pihak berkenaan dapat keluarkan laporan yang lengkap tentang bahaya spa ikan nie. Ikan guppy kecil sikit dari ikan laga,tenang lihat akuarium bila balik dari keje 😀

  9. pernah geli-geli kaki kat Tasik Dayang Bunting,Langkawi jer… Lain2 tempat mcm spa ke tak pernah dan takut nak cuba sbb cerita mcm ni dah dgr lama dah…..

  10. sental kaki guna berus kan lagi senang. Letak dettol banyak-banyak, pastu tenyeh la sepuas-puasnya. Takyah kena bayar dan takde nak malu-malu pun.

  11. a’ah la. xpenah terfikir pula pasal bahaya rawatan spa ikan tu 🙂

    tp terkesan dengan part ‘malu sebagai penyelamat’ tu. subhanallah ^^

  12. ada yg kata ada pengusaha spa yg buat teknik pembersihan lepas ikan yg digunakan utk ‘bersih’kan kaki, diberi rawatan dulu.. tak tau la, sebab tak penah tgk dan tak terlibat dlm perkhidmatan ni..

    pun tak penah try treatment ni.. hehe.. ape pun, harap2 xde la kes2 begini terjadi..

    kt langkawi hari tu, teringin juga, tapi dek rasa takut geli tu lebih, mmg tak hulur le.. lagipun, malu ramai org tgk.. huhu

  13. kak jie bela dalam kolam?uih…terbaik la sebab saya bela dalam akuarium je.bukan apa,kalau dalam kolam ni asyik kena sambar dengan burung raja udang je 🙁

  14. ikan guppy tu jenis produktif punya ikan.sekali dia bertelur mau 10 ekor jugak anak dia.dah tu selalu pulak bertelur.mest banyak dah koleksi ikan guppy kak jie kan 😀

  15. Coba kalau pelihara ikan spa sendiri ni pasti tidak bakalan takut tertular dengan penyakit menular seperti AIDS dsbnya..
    Nice share Kak Jie..

  16. nanti akan ada keluar kempen, satu rumah satu kolam ikan guppy. untuk elakkan penyakit 😆

  17. Assalamualaikum Kak Jie.

    Dulu saya pernah cuba. Nasib baik sekali je. Tapi tak tahanlah sebab geli bila ikan banyak-banyak tu datang gigit. But then, 2weeks lepas tu, ada org bgtau spa ikan tu merbahaya. Boleh sebarkan penyakit. Terus tak buat lagi dah. 😉

  18. wah.. ini macam kena gi sungai yang ada ikan kecik gigit2 gitew.. kalau dalam kolam yg mcm selalu itu mungkin berisiko tinggi..

    tapi kalau pergi sungai, takut pirana lak yg mengheghetnya.. aduh!

    hehehehhe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  19. selalu jalan2 nampak kedai yg buat perkhidmatan ni , rasa nak cuba tapi tak pernah cuba lagi sbb banyak sbb hehe.. nasib tak cuba lagi ..

  20. tak silap keluar paper jumaat lepas kak…ikan ni berpindah dari satu kaki ke kaki lain…jadi bawaan penyakit dari satu individu kepada individu lain juga..

  21. Dulu masa muda-muda ada jugak teringin nak try, tapi bila teringat yang kaki makan cekam masa tu, terus tak jadi, kesian kat ikan-ikan tu…
    hahaha…

  22. dulu pernah mencuba..rasa geli-geli je..now bila byk info keburukan pasal rawatan fish spa ni..dah tak berani nak mencuba..mencegah lebih baik dari mengubati, kan?

  23. pernah rasa nak try tapi nasib baik tak jadi..memang bahaya ni..tapi kenapa lambat sangat baru mereka yang berkenaan sedar ek?

    dulu pernah bela ikan gapi..syok bila letak tangan dia datang ramai² gigit tangan..hehe

  24. Dalam kolam besar ada banyak…kak jie sauk pindahkan ke kolam kecik.

    Tapi tak lama…kejap lagi dia berenang masuk kolam besar balik

    tapi sekarang ni kualiti air teruk sangat, mudah keroh. Atas bukit belakang rumah kak jie tu dah ratah dah orang buat kerja memusnahkan bumi….

Comments are closed.