Selepas berkali-kali diajak, semalam saya bawa Intan ke Perpustakaan Negara Malayaisia ( PNM), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pilihan tempat sesuai bawa anak bercuti di Kuala Lumpur.
Perpustakaan Negara dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu pada jam 10.00 pagi – 7.00 petang , Ahad 10.00 pagi – 6.00 petang dan ditutup pada hari Isnin dan cuti umum.
Saya berada di Perpustakaan Kanak-kanak Aras Bawah bersebelahan kafeteria. Ruang yang berwarna warni sesuai untuk menarik minat anak² dan aras susunan buku yang sesuai dengan ketinggian mereka.
Di ruangan ini terdapat Pusat Hipermedia yang menempatkan Bilik Cerita, Bilik Muzik dan Bilik Komputer.
Segak Setia Pengawal Istana Negara
Yang best, selepas baca tak perlu nak susun buku ditempat yang kita ambil tadi. Letak saja pada troli yang disediakan.
Walaupun ada kerusi meja, sofa cantik dan comel , Intan tetap dengan keselesaan seperti di rumah.
Sudah namanya kanak-kanak ,( eh…orang dah ada MyKad, masih kanak² ke ? ) apasaja info baru yang dia dapat, dia sms Angah dengan soalan kuiz. Bajet nak tunjuk lebih pandai……… tapi semua soalan dia, Angah boleh jawap!
Kanak-kanak berumur antara 11 hingaa 12 tahun ke atas dibenarkan masuk ke Bahagian Perkhidmatan Dewasa di di Aras 3 dan 4.
Untuk menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia adalah PERCUMA dan boleh mendaftar secara online di laman web PNM.
keropok lekor kat kafeteria PNM sedap !
salah satu aktiviti keluarga yang bagus..pergi perpustakaan bersama-sama anak.. idea yang bagus. InsyaAllah panjang umur..Aya ada anak..terus daftar online..hehe…
tak update lagi? hahahahahaha
Kak Jie, teringat masa sekolah rendah baru kenal dengan pusat sumber sekolah.
Tapi sayang, udah merantau jauh belum sempat jejak di perpustakaan negara sendiri… sob3x T_T
dah lama tak pergi sini..
baru tau ade perpustakaan ni..
kalau kakjie pegi shah alam seksyen 13 best gak 😉
Best tu siap boleh baring2.
🙂
Kalau bawa anak-anak saya ke perpustakaan akan menjadi disaster kepada saya kerana mereka akan main kejar-kejar 🙂
Salam akak.. lama tak jenguk sini.. akak sihat?
dah lama jugak tak pergi libarary… library yang ada kat kuching sekrang tak best macam library dulu2 masa amni kecik.. library lama tu dah kena roboh.. pindah ke library baru.. kalau nak buat aksi macam intan memang tak boleh la.. hihi…
Baguslah kalau dari kecil diajar suka membaca tapi setuju tak kalau saya kata rakyat negara kita terutamanya orang melayu sangat kurang membaca? Kalau sesiaa yang suka berblogging sudah tentu rajin membaca heee
Perpustakaan Desa memang selalu pergi dengan Ahmad Asri, bila ada waktu terluang.
Setakat ni, saya satu-satunya ayah yang datang dengan anak dia kat situ. Yang lain samada kanak-kanak datang sendiri atau dengan emak=emak mereka. 😳
Tempat kegemaran Kak Long ni. Anak-anak sekarang seronok sebab perpustakaan awam zaman mereka lebih canggih dan ada pelbagai kemudahan. Kak Long aje yang selalu tak sempat nak menemani mereka.
abah selalu bawak kami gi perpustakaan dulu,
perpustakaan daerah yan yang kecit nya tak dapat disangkal lagi,
tp pocket suka, antara memori gembira ngan abah la kot.
tu jer memori yg ada.
tak perlu simpan balik?
tu bukan service tu kak,
tu tak nak bagi bebudak gi letak
tak ikut sistem susunan 😀
saya bercita2 nk buat bilik perpustakaan khas di rumah utk kami sekeluarga. skg pon tgh cuba jinak2kan anak sulong saya yg br 6 bulan ni dgn buku2 lembut yg lebih kpd penumpuan dan minat utk selak2 buku supaya amalan budaya membaca tu dpt dipupuk sjk kecil lg
x pernah sampon kat sana.. huhu.. sedih btol
kan bagus kalau perpustakaan sediakan bacaan online untuk buku-buku yang terdapat dalam ruangan diaorang..mudah untuk membaca dari jarak jauh..ke dah ada?
kenapalah perpustakaan ni tak tutup hari jumaat….mungkin pnm jadi tempat letak kanak2 sementara bapak2 dorang pergi masjid?
Seumur hidup ni, sekali jer pernah pergi ke perpustakaan negara ni, itupun tahan 30 minit jer sebelum mata mulai kemerah-merahan. Saya ada masalah sikit duduk dalam perpustakaan, taklerh nak membaca, sebab suasa terlalu tenang sehingga membuatkan mata ni asek nak tertutup jer.
wokay nanti saya singgah sebab “keropok lekor kat kafeteria PNM sedap !” hehe
Tampak menarik 🙂
siap baring noooo
inilah pekerjaan pertama saya lepas grad, jadi penjaga bilik it perpustakaan sabtu ahad full bahagian kanak2…ada ibu bapa siap minta saya jagakan anak mereka dan bagi no hp kot2 anaknya buat hal…redha jela saya waktu tu…
Pergi muzium, pergi istana negara…dan tempat2 macam tu memang diminta oleh anak-anak.
tetiba teringat laman web Tabung Haji, lepas sms kita bagi feedback, dia balas cakap sedang dikemaskini………….sampai laaaaaaaaaaaaaaaaa ni dok lagu tuuuu juga!
dia memberi gambaran kurang baik kepada organisasi yang bersangkut dengan orang Islam.
saya cadangkan portal perpustakaan negara di perbaharui. nampak macam kusam dan ketinggalan zaman.
adakah sebab warnanya?
tapi masih bagus sebab “Tarikh Terakhir Kemas kini: 14 Oct 2011, 10:22:49”
ok tak ada kaitan dengan cerita kak jie 😆
Bukan senang nak bawa anak ke perpustakaan sekarang, terutamanya pada zaman ledakan laman sosial dan pengaruh game yang sangat kuat pada kanak-kanak, tahniah kak,nanti kalau ke KL nak bawa anak ke situ juga 😀