Bangkit Sebelum September Berakhir
Peribadi

Bangkit Sebelum September Berakhir

Entri pertama di bulan September…nasib baik sedar sebelum september ends!

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua….amboi² kemain beraya tak berupdate blog. Nak buat lagu mana, saya ada kehidupan yang lebih indah bila bersama keluarga. Kehidupan saya sebagai blogger masih ada had dan sempadan yang boleh dikawal .

Hampir jam 2 pagi 4/9/2011 saya tiba di rumah selepas menghabiskan perjalanan 1180 kilometer sepanjang musim Aidilfitri kali ini. Syukur kami selamat sepanjang perjalanan selepas bersesak bersama warga lain.

Sebenarnya saya hanya gunakan lebuhraya paling minimum. Untuk perjalanan pulang ke Kedah , saya gunakan laluan Sabak Bernam – Teluk Intan – Sitiawan – Parit – Manong – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu dan Baling. Satu sen pun tak bayar tol malah anak² gembira kerana melalui satu pengalaman menarik melihat pelbagai pemandangan dan persekitaran berbeza mengikut geografi tempat yang dilalui.

Untuk perjalanan balik, saya melawat besan mak di Jeniang, Kedah terus ke Sg Tiang balik ke Sungai Petani melalui Bukit Jenun – Bedong – Semeling – Sungai Layar, Sungai Petani.

Sebelum 6 petang saya hantar Angah balik ke asrama MRSM Merbok dan teruskan ke Tanjung Dawai. Sekadar melihat² dan beli setengah kilo belacan.

Jam 8 malam, saya memasuki Lebuhraya Utara Selatan ( Plus ) di plaza tol Sungai Petani Selatan. Perjalanan lancar sehinggalah melalui Simpang Pulai sehingga Tapah. Memandu 20-30km/jam di lebuhraya bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Mengantuk adalah.

Saya keluar di persimpangan Tapah dan makan malam di restoran yang selalu kami singgah tiap kali turun dari Cameron Highlands. Teruskan  baki perjalanan 120 kilometer melalui jalan persekutuan yang selesa sehingga sampai ke rumah.

Cuti raya tahun ini saya cuma bayar tol rm 24.00 dari Sg Petani ke Tapah.

buah tempatan Perjalanan balik dari Tanjung Dawai saya terjumpa seorang pakcik menjual buah ini…. ini buah²an hutan zaman saya kecik² dulu. Memang susah nak jumpa.

Sesiapa tau nama buah ni?

wake me up when september ends

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Bangkit Sebelum September Berakhir

  1. Ulang tahun perkahwinan saya pun jatuh di dalam bulan Sept baru sahaja lepas.

    Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan untuk Kak Jie dan Hubby

  2. mmg tajuk lagu tu pun…tp sbb kak jie bangun utk update blog sebelum akhir september, jadilah tajuk mcm tu

    ada footnote – wake me up when september ends tu….septembar bulan ulangtahun perkahwinan kak jie 😆

  3. Mesti penat driving….syukur alhamdulilah perjalanan selamat…
    Sekarang ini tengah cari mood nak berblogging..banyak cerita tentang raya

  4. nak kata rambai jugak, kat atas dah bagitau jwpn tuh salah. so tunggu je jwpn yang betulnya, tak tau tuh buah apa.

  5. bestnya trip raya kak jie
    agak jimat perbelanjaan tol kak jie…
    hanya RM 24 saja…
    saya punya pergi balik dah RM100 lebih..huhuhu

  6. kak jie kena letak benda standard wat perbedaan saiz,
    tp nengokkan batang nyer tu,
    rasanya buah jentik.

    eh!! lalu guar chempedak tak?
    tak nampak pocket dok kat simpang empat itu
    menukar lampu isyarat?
    ‘okeh, dah ijau daah, nyalakan lilin kat bawah sekali.
    tiup dulu lilin kat slot paling atas nii.’

  7. salam aidilfitri k.jie
    balik sabak bernam k.jie ikut hiway baru tak. saya try ikut LATAR tu, menjimatkan sikit masa balik ke sg besar. tak perlu lalu jalan selekoh2 kat ijok tu

Comments are closed.