Tahun lepas kami tak beli baju baharu, jadi tahun ini bertukar perlu beli baju yang baharu. Anak² saya dah remaja ( 12 – 19 tahun ) jadi warna baju mengikut pilihan mereka.
Bila lelaki yang buat pilihan, barulah saya dan Intan mengikut warna mereka. Along nak warna cream/cokelat, Angah nak warna merah hati. Bila undi, Intan vote Along, jadi ikut suara majoriti.
Membebel jugalah si Angah tu sebab terpaksa mengalah dengan Along. Masing² ada ego tersendiri, kan.
“Along tu gelap sikit Ngah…dia tak sesuai warna merah hati… tahun depan mama ikut pilihan Angah pula ye…”
Bukan saja balik kampung beraya kena bergilir, nak pilih warna baju melayu pun kena bergilir ikut pilihan anak².
Untuk dua pasang baju melayu lengkap ( samping dan songkok ) berharga hampir RM 500. Belum kasut, belum baju lain. Masa anak² umur 3-12 tahun, RM 500 tu dah boleh beli baju mereka 3-4 pasang.
Belum bahagian Intan.
Sekarang saya ‘hilang kuasa’ membuat pilihan ke atas mereka. Kami cuma keluar membeli belah bersama tetapi peranan saya hanya diperlukan di kaunter juruwang…sob ….sob…. sob….
Jom undi warna baju raya tahun ni… kita tengok warna apa yang menduduki carta popular 2011.
[polldaddy poll=5435679]
pink 😳
purple..hehe
tak pernah pkai bju warna seragam, semua ikut kepala sendiri.
Yang lelaki pakai baju raya tahun lepas yg baru sempat sekali pakai jer tu…kaler purple…tapi yg anak lelaki kecil ni dah tak muat, cari kaler lain lah..pilih merah bata… So yg pompuan ikut jer lah mana2 baju yg ada….
Salam kenal, saye pilih hijau pisang dan maroon coklat ~
cekak musang lg best bro. bley pakai function sekali 😉
kuning menjadi pilihan raya bertiga buat pertama kali anak-beranak 😀
Kalau dulu semasa belum berumahtangga emak sediakan baju Melayu saya pilih warna kerana emak memag tukang jahit baju. Bila sudah berumahtangga tidak berpeluang memakai hasil jahitan tangan emak lagi. Rindu dengan baju jahitan jahitan emak
lom cari lagi. time hujung-hujung nak raya..baru cari. hehe..
Awat takdak yang komen pilih warna KINING ni, mushkil laa..
Dah besar2, dulu masa kecik2 kita belikan warna apa pun diorang pakai, tak ada komplen, la ni dah pandai pilih sendiri, kalau tak ikut, muncung panjang sedepa….
raya tahun ni warna coklat kali ni nak buat cekak musang pulak.asyik telok belanga je.huh… 😛
tahun ni hitam dan kelabu , tp dah tk de tema ni .. main hentam je sbb kalau beli memang susah nak ada semua kaler lain2 saiz.. ayah hitam , una n baby hitam , kakak pepel , ibu kelabu .. kehkehkeh
Pakai baju tahun lepas jer. Warna coklat gelap.
Kak Long undi warna coklat atau creme. 😆
Tapi, kuasa memilih baju Melayu masih terletak di tangan Encik Suami sebab anak-anak masih belum pandai nak demand lagi tentang warna. Kalau baju dan kasut raya…si abang dah ada pilihannya sendiri.
mamat purple.. 😀
sy undi warna hijau sbb tahun ni kerana sy guna baju yg dpt masa sambutan maal hijrah hari tu..samping dan semua sekali..so tahun ni isteri kn ikut warna baju sy hehehe
samala kita. pakai baju tahun lepas jer. baju tu pun muat lagi, pastu pakai tuk hari raya pertama tahun lepas jer. so, xelok membazir…
huuuu sob sob sob…kesian tau kita tak ada baju raya.
yang penting anak2 happy 😀
saya pula takda tema tahun ni.. main dan jer.. saiz along susah nak cari.. jadi tak boleh nak pilih2 warna..
salam kak , bj raya thn ni wrna biru laut… tp yg pempuan ado +pink skit2…
* salam kenalan 😆
suruh dia ambil peluang yg ada…bila anak2 dah belasan tahun, kuasa dia akan terhapus…hahaha…mcm kak jie 😆
Tahun ni takde baju raya sebab mak sibuk siapkan tempahan baju orang lain..hihihi
baju saya wrna biru..plan nak hijau..last2 beli biru..heheheh 🙂
warna biru recycle dari 2 tahun lepas
Tahun ni mengikut tema alam, warna hijau. Hehehe.
den pilih cam warna kuih talam keladi belah atas tu. cam fefel ada, cam tak pun juga. err..err…
hahaha…lama tuu. harap2 siap le yek
Opps.. lupa, warna tahun ini.. maroon.. hehehhe
..maza serahkan darling buat keputusan.. hehehe
tak pening kepala…
kami tak sedondong kak jie. tahun depan kot. tahun ni pelbagai warna 🙂 cuma nana dan lia akan sedondong. 🙂
Saya tak tahu lagi nak pakai baju yg mana tahun ni huhu. Tapi takpe boleh vote juge kan. hehe.
sebagai seorang yang kurang cerah.. saya lebi gemar memilih warna-warna gelap seperti maroon atau biru gelap…
sama la kita kak jie… 🙂 kuasa pemberi $ nampaknya.. 😀
Tahun ni pilih warna kelabu. upah menjahit bagi sepasang baju melayu naik lagi sepuluh hinggit – RM80. Hantar sebelum puasa hari tu tapi 2/3 ari lepas orang tu baru talipon tanya nak belah tepi baju tu ke tidak. Ini bermakna baju melayu saya belum siap lagi 😥
Berdasarkan perkembangan fesyen sekarang,dijangka warna-warna shocking akan menjadi trend.Penggunaan colour block juga mempengaruhi pemilihan warna.Bagi segi cutting pulak,baju melayu yang cekak musang lagi best!.
Seeloknya,biarlah baju melayu itu menggunakan warna plain.Nampak formal.:).
*ada gaya jadi fashion police?Bhahhaha
hihi..tahun ni hijau dan merah:)22 tahun hidup xpernah pilih baju raya sendiri:)
family kak jie lelaki lebih ramai dr perempuan, memang kalah awal2 kalau undi ni…
bj ry pink pilihan kami tahn ni 🙂