Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
( Saya yang makan garam berkoyan² ini pun kadang² masih gagal mengenal talam 18 muka! )
Benarlah masa telah berubah. Tidak cukup dengan memperturunkan nilai² yang dipelajari dan diwarisi daripada ibu bapa dan nenek moyang selama ini, peranan ibu bapa kini semakin rumit dan mencabar.
Persoalannya perlukah sebagai ibu bapa, kita ‘mengurung’ anak-anak di dalam rumah dan tidak membenarkan mereka keluar sendiri walaupun hanya ke padang permainan berhampiran – untuk menjamin keselamatan mereka.
Hmm……dah lebih setahun budak ni hilang…..entah manalah dia agaknya…
Tak dapat bayangkan rasanya bila orang yang kita sayang hilang begitu saja, tanpa khabar berita….. 😥
Ties last blog post..Pulau Redang
kuden & Diya
Masyarakat terkejut dan ramai ibubapa pun tak senang hidup….
Semoga adik Sharlinie dapat kembali dengan selamat …berdoalah.
faisal
Sebagai ibubapa, keselamatan anak² paling utama tetapi menyediakan proses pertumbuhan mereka menjadi bebas dan indah seiring dengan zaman riang ria kanak² sedikit terjejas. Sepatutnya dalam usia begitu , anak² kita akan melalui proses bersosial dengan kawan² sebaya.
Tragedi demi tragedi menyebabkan ibubapa semakin membina benteng menghalang anak² keluar bergaul secara bebas.
sejarah hitam berulang lagi… hope budak tu selamat…
ummi
sekarang ni ibubapa jangan malu dan segan untuk berbincang dengan anak² soal seksualiti atau penderaan seksual.
Saya sedih sanagat bila membaca luahan hati ibu Sharlinie
Hidup kami tidak pernah begini… siapa yang ambil anak saya, tolong pulangkan semula, jangan buat dia macam Nurin (Jazlin Jazimin),” rayu ibu Sharlinie Mohd Nashar
Saya merayu jangan apa-apakan anak saya. Lagipun, saya risau kerana dia menghidap lelah dan tidak tahan sejuk manakala makanannya perlu dijaga. Bila penyakitnya menyerang, dia kena makan ubat tiga kali sehari, katanya.
Sedihnya……
combi
Tul tu combi, dulu kita boleh berjalan kaki sendirian pada waktu malam untuk mengaji al-Quran di rumah jiran, tetapi hari ini tak sanggup kan nak melepaskan anak kita melakukan perkara yang sama.
sishoney
susah nak jawap pertanyaan sis tu, saya cuba mengelak untuk berprasangka buruk walaupun sudah terang lagi bersuluh
ade lagi ke? ahh tidaakkk!!!
ee geramnye bace..
sorii baru sempat bukak internet..
salam maal hijrah.. come on people.. hijrah!
subhanallah, bagi akkan, apa selayaknya kita buat kat org jahat tu? bukan setakat persoalan ttg penculikan tu saja tapi terhadap psikologi ibu bapa seluruh malaysia nak benarkan anak2 bermain diluar rumah seperti fobia..:P
Sedihkan bila hal ni berulang lagi..xtau le sapa salah..pada ummi, anak kita, patutnya kita lebih prihatin, kena selalu bersama diaorang ni..tau kawasan kita ni selamat ke x..tapi ya lah mengikut kajian, dalam dunia ni ada beribu orang yang diluarnya kita tengok normal, tetapi d dalamnya ada urat yang bersimpul dan putus, xtau nk bezakan kasih, dendam dan sebagainya..main ikut hentam keromo jee..lepas nafsu pn dah x kira..ntah2 kalu jumpa kura2 kat tengah jalan pn dia hentam gak…ngeeehhh geraaaammnyaaa…!
pembunuh nurin masih belum dihukum tapi skang kes kehilangan muncul bali.pasti ibu bapa yg punya anak2 risau yg amat2.semoga Allah memelihara kanak-kanak yg tidak berdosa.satu soalan sis..kenapa susah sgt nak tangkap penjenayah yg berkenaan sdgkan penjenayah yg melibatkan dvd mantan menteri kesihatan sepantas kilat..renung-renungkan….
tingat kt dua org anak2 tumpang aku tu..huhuhu 🙁
tak sanggup jie..minta simpang laa
lily
memang ada kanak² yang TERPAKSA begitu..bukan semua orang hidup senang . Kadang² bukan kehendak ibubapa tetapi dia tak punya pilihan.
Di sinilah pentingnya tanggungjawap hidup berjiran..membantu
may sama² berkongsi rasa dan sama² membantu untuk mencegahnya
Abg Putra
Betul tu abg putra, konsep kehidupan berjiran merupakan asas kehidupan sosial masyarakat Islam. Kita kena berkomunikasi sesama jiran supaya ada
tanggungjawab sosia dan perasaan ingin menegur dan membantu jiran dan anak² jiran yang berada dalam keadaan bahaya.
Kita kena bermula dari diri kita…
ziana orang seperti itu menjadi musuh senyap dalam masyarakat. Mereka patut dikenanakan hukuman lebih berat kerana khuatir perkara tersebut akan berulang.
Anak² kita itu seperti sebutir mutiara dan penyambung kasih dalam sebuah keluarga serta aset kepada negara. Dan sepatutnya mereka dibesarkan dalam keadaan yang sihat, tenteram dan mendapat perlindungan sewajarnya
my heart
mungkin anak² kita kena dilengkapi sistem kedudukan global (GPS) bagi menjejaki kedudukan dia orang pada bila² masa dan di mana saja dia berada.
Ketegangan sosial yang dihadapi oleh orang dewasa seperti sakit jiwa akibat tekanan hidup dilepaskan pada kanak²..mangsanya pada anak² yang sepatutnya menikmati zaman mereka dengan bebas.
muadzlife itulah ..kita pun berharap semoga tidak berulang lagi tragedi sedih seperti itu..sebagai seorang ibu yang mempunyai anak seusia itu, saya cukup faham perasaan keluarga…siapa yang hendak terjadi..siapa yang suka…. anak²
kita risau je sekarang nih ngan budak2 kak jie ..
kekadang lily nampak still lagi ada budak2 yg balik sekolah jalan kaki sendiri2 .. mcm x risau je mak ayah dorang tuh ..
kite nih pulak yang risau takot apa2 jadi kat dorang ..
bahaya sana sini….ngeri ngeri
Jie,
Masyarakat kita perlu berubah. Ambil tahu hal2 kejiranan. Bantu membantu memberi maklumat penting. Jangan hidup sendiri2 sahaja.
eiii..
sy rase nak bunuh2 jek org2 yg cenggini perangai nye..
dok culik2 budak kecik..
xde perasaan ke??
yonna
Berdoalah yonna..semoga adik sharlinie dapat kembali kepada keluarga dengan selamat…mama teringatkan Intan setiap kali memandang wajah anak² kecil ini..
sheda
Bukannya sesuatu yang mudah untuk kita membincangkan mengenai tajuk penderaan seksual dengan anak² seawal 5 tahunm kan sheda….
Contoh dalam pencabulan seksual kanak², kebanyakan kanak² mengenali pencabul mereka, jadi ingatan ‘jangan ambil gula-gula daripada orang yang tidak dikenali’ tidak selalunya berjaya.
Abang Long
Betul tu, perkara berkaitan keselamatan tidak boleh diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja, masyarakat perlu memainkan peranan bersama pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan masyarakat dan negara.
Kita semakin menjurus ke arah kehidupan yang bersifat individualistik. Setiap individu memikirkan kepentingan diri sendiri sehingga terlupa bahawa dalam kehidupan manusia setiap individu memerlukan individu yang lain. Manusia tidak akan hidup secara aman dan selamat jika mereka tidak prihatin dalam hal ehwal kehidupan kemasyarakatan.
Bagi saya salah satu sebabnya ialah sikap terlalu yakin bahawa diri dan ahli² keluarga kita adalah terlalu sempurna sehingga tidak boleh ditegur oleh masyarakat apabila melakukan kesalahan.
sekarang dah tak selamat biarkan anak² bermain² even kat depan umah pon…bahye…. dah tu camne??? Semoga adik sharlinie cepat dijumpai dan selamat…
tu kah kakjie…hendak dikeji negara sendiri…
apa2 pun sama2lah kita terus berdoa..insyaAllah…konsistensi membuahkan hasil….
uhuii..
sedeyh nye berita ni mama..
hurm.
baik kurung diorg dari diorg dukurung oleh org lain..
btw,
hope budak ni boleh dijumpai balik..
slm KJ,
Kalu ‘mengurung’ anak itu dipanggil kejam, shida sanggup menjadi ibu yg kejam supaya org lain x bertindak lebih kejam keatas mereka.. Takutlah KJ tgk pas sorang2 anak2 kita jd mangsa.. mintak2 sharlinie selamatlah.. Jgn lah kes adik nurin berulang lagi.. sedih betul rasanya..
Jie yang dihormati, Salam Maal Hijrah dan semoga limpah kurniaan Illahi mengalir kedalam keluarga Jie.
Sebenarnya, terlalu banyak yang hendak dan perlu diperkatakan. Cuma setakat ini yang boleh dibincangkan adalah, MAHUKAH kita melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh datuk, nenek moyang kita – iaitu, ANAK AKU ANAK ENGKAU, ANAK ENGKAU ANAK AKU !