Seronoknya Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus, Peneroka Felda Dapat Duit Raya
Isu Semasa

Seronoknya Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus, Peneroka Felda Dapat Duit Raya

112,635 warga peneroka Felda dapat duit raya RM42.6 juta. 89.1 peratus menerima RM400 seorang dan baki 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang.

Ini adalah tradisi pemberian duit raya sejak 2003 .

Pertengahan bulan ini , kakitangan kerajaan juga akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 . Pesara kerajaan juga menerima bayaran khas sebanyak RM500.

Lebih 3 juta pemerima duit raya akan tidur lena malam ini. Yang kelat yang ketat adalah kami  rakyat berjuta² yang lain. Bukan kelat cemburukan rezeki orang tetapi kelat memikirkan yang keluar lebih dari yang masuk …hiks!

Apa pun tanggapan dan andaian orang mengenai pemberian bonus tersebut saya tumpang gembira. Apa pun kaedah pemberiannya, tanpa izi Allah tidak akan berlaku. Bersyukur dan uruslah kehidupan memasing mohon keberkatan dariNya.

Mesti dah berangan² dan mula merancang untuk berbelanja, saya ada tips untuk panduan bersama –

EDIT : 15/08/2011 – kawan² kakitangan kerajaan cakap, bonus dah masuk.

kita yang tak berbonus ni , rayalah dengan apa yang ada

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Seronoknya Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus, Peneroka Felda Dapat Duit Raya

  1. FELDA pembohong..
    Hari tu kerajaan umumkan peneroka yang bersama FELDA akan dapat RM400.00 dan yang tidak bersama FELDA akan dapat RM200.00
    Tapi peneroka yang tidak bersama FELDA di Negeri Sembilan hanya diberi RM150.00 selepas ditolak dengan entah apa apa potongan ( kebersihan , tong sampah )mereka hanya mendapat RM 66.00 sahaja.. Duit raya apekebende tue..?

  2. alhamdulillah kak jie.rezeki anak tu tahun ni.dah lama tak merasa bonus ni.syukur la 😀

  3. ini ganjaran mereka yg berkhidmat utk kerajaan. yg swasta dan kerja sendiri tu, smo ni satu lumrah kecemburuan yg harus ditelan. huhu 😉

  4. Salam.
    Tahniah kepada semua penjawat awam. Semoga membelanjakan bonus dengan berhemah.
    Tapi kesian pada yang dapat RM500, kat KL mana cukup RM500 tu. Setakat duit balik kampung jer….. 🙁

  5. masalahnya…harga barang dah naik sebelum pengumuman ini….
    kesian mereka yg kerja sendiri secara kecil2an….
    tak semua kerja swasta dapat bonus…terutamanya yg bekerja disekolah2 ugama persendirian… Alangkah baiknya kalau harga minyak dn tol diturunkan…maka harga barang takde sbb utk dinaikkan….InsyaAllah semua orang merasa kesannya….wallahu a’lam….

  6. Alhamdulillah kak..biarlah dieorng yag rasa..hehe..swasta biasa nya bonus hujung tahun..ade company yang bagi sampai 3 bulan gaji untuk bonus sahaja..lagi banyak dari org kerajaan..huhu

  7. rezeki itu datangnya dari yabg Esa kak jie…mungkin ini bukan rezeki kita tetapi rezeki orang lain…

  8. yay! TV plasma baru sempena raya tahun ni! pastu pasang beyond pulak lagi, memang raya tak keluar rumah tengok cite kartun je la agaknya, haha

  9. Bersyukur dgn apa yg diberikan, jgn melihat pd sumbangan ekonomi negara shj, kn jg lihat mereka yg menjaga ke amanan negara kita, yg bekerja di kala kita cuti utk pastikan kita tidur lena..

    Mereka yg bekerja dihari raya demi menjaga premis kt, mungkin skrg kt x nampak sumbangan mereka tp bl kn pd diri kita br kt menghargainya

    Bayangkan bagaimana mereka yg bertugas di kala kt bercuti, yg menjalankan tugas bl berlaku kejadian yg malang, rumah terbakar dan sebagainya…

    Masing2 ada tanggungjawab dan peranan serta amanah yg perlu dipikul, jd x salah kerajaan menghargainya

  10. mana aci!!
    kita yang berusaha menjadi tunggak ekonomi negara,
    tp yang lain plak yg dapat bonus untuk perkhidmatan mereka,
    berkhidmat sangat lah pon.. bil lektrik pun dok main agak agak jer,
    jahit dahi orang pun pakai main staepler jer..
    huh!!

  11. rezeki orang… kita nampak… rezeki kita… blom tau. bersyukur la dengan apa yang ade sekarang.. besok lusa tuhan nak duga mane kita boleh baca kan.

Comments are closed.