Perlawanan pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam inii memang mendebarkan.
Dengan ketinggalan 3-5 di perlawanan pusingan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura minggu lepas, kedudukan Malaysia walaupun dibanjiri dengan sorakan padu penyokong yang memenuhi Stadium Bukit Jalil malam ini agak sukar .
Tanpa ketua pasukan negara Mohd Safiq Rahim yang dikenakan kad merah di Singapura, ternyata bukan tugas mudah bagi anak buah K.Rajagopal untuk mendapatkan sekurang² 2 gol.
Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 dengan 45 minit yang penuh dengan drama Jatuh Di Padang. Pemain² Singapura mungkin sedang beraksi mempamerkan lakonan terhebat untuk memikat penerbit filem Malaysia untuk mengikut jejak langkah Aaron Aziz yang berjaya di bidang lakonan di Malaysia.
Akhirnya Malaysia berjaya juga memecah kebuntuan dan resah ribuan penyokong di stadium maupun di timeline Twitter dengan gol oleh Safee Sali di minit ke 57. Dapat bayangkan bagaimana bergemanya stadium degnan sorakan penyokong.
Sedang bersiap2 untuk keluar menjemput Angah, gawang gol Malaysia bolos lagi.
Dalam perjalanan, suasana seperti jam 2 pagi. Sunyi sepi dan kami tidak berselisih dengan sebuah kereta pun. Baki 20 minit terakhir saya mengikuti ulasan siaran langsung melalui radio Sinar FM.
Melepasi Bukit Beruntung, wisel penamat ditiupkan yang pastinya telah meemukkan hati berjuta rakyat Malaysia malam ini. Keputusannya Malaysia seri 1-1 dan tewas dengan aggregate 6-4.
Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada penjaga gawang negara Khairul Fahmi Che mat yang bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan demi perubaan dari pasukan Singapura.
Rekod 37 tahun layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia gagal dipecahkan walaupun inilah detik yang tepat disaat seluruh negara diselubungi gelombang Harimau Malaya.
Angah dah pun turun dari bas…saya di R&R Rawang sekarang. MRSM cuti sempena awal Ramadan sehingga hari Selasa. Yang lepas jangan dikenang… buah hati ada depan mata, bolehlah peluk.
P/s – dalam kereta pun sempat update
Posted with WordPress for BlackBerry.
mmg nervous tgk game ni..apa2pun tahniah buat Harimau Malaya walaupun gagal tapi menunjukkan semangat juang yg tinggi…
kata datuk K, malaysia tak kalah, seri, Cuma tak layak ke pusingan ke seterusnya..
bagi maza lak, dah kalah daa.. agregat 4-6 lorrr
uhuk!
😥 😥 😥
Apapun pasukan Malaysia dah buat yang terbaik..harap buat yang lagi lagi terbaik pada masa akan datang… 😆
kecewa dengan kekalahan malaysia. tapi nak buat camna, dah takda rezeki. boleh cuba lagi masa akan datang 🙂
mamat gembira tengok semangat penyokong malaysia…yang tidak salahkan pasukan malaysia selepas kalah..
diaorg still tak putus2 bgi semangat.. 😀
emm..tak tahu nak kata apa..sabar ajela..
berdebar semalam tengok bola nih, tapi takpe, harimau malaya tetap terbaik.
kecewa dengan kesemua pertahanan Malaysia. dari awal2 lg sgt tak harap dgn kemasukan balik Muslim lps Aidil cedera. dan hasilnya, mereka banyak ‘menghadiahkan’ peluang dan gol kpd Singapura…. 😥
Menjerit kat rumah aje Kujie. Ingat nak keluar ke KL Sentral tonton skrin besar, tapi tak jadik. ANyway, it was a good game, good keeper.
Next time mengaum lagi.
Apex & Safee tetap Harimau Malaya ❗
Assalamualaikum,
Panas! panas! walaupun subuh-subuh tadi hujan turun, tapi hari ni tetap panas dengan macam-macam status pasal bola semalam.
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dah cuba sedaya upaya, tahniah lagi banyak untuk penyokong tegar Harimau Malaya.
Player singapore banyak buat masa dengan injured, macam berlakon la pulak,
ape-ape pun, tahniah buat skuad malaysia. 🙂
hairan tengok skuad Sang Singa, mungkinkah jurulatih mereka turut mengasah bakat lakonan di atas padang. mungkin saja beliau dulu pemenang grammy masa kat negara asal siapa tahu. LOL
harimaumalaya tetap dihati!
pertama kali saya tengok bola perlawanan malaysia dengan penuh debar, jantung berdegup kencang….sampai ke wisel penamat dan nak tidur pun gemuruh belum hilang…
apa2 pun tahniah buat pasukan malaysia kerana telah membangkitkan semangat rakyat malaysia terhadap bola sepak tanah air, harapnya gelombang kebangkitan ini akan berterusan…
Tipulah kalau tidak kecewa. Tp apa-apa pn mereka tlah mempamerkan permainan yg baik smlm wlpun ada juga kesalahan2 yg berlaku.
singapura main teruk..sakit hati..buang masa je keja
Kalah tetap kalah..tetapi semangat sekarang jangan teus padam untuk tahun mendatang. Malaysia Boleh..
Eh Angah MRSM mana? wife saya ngajar di MRSM..
Draft awal… kemudian sambung selepas keluar dari rumah. Tunggu dia , Intan tidur kat sebelah…. Angah turun kat R&R je, tak terus pergi KL
2-3 perenggan atas sebelum keluar rumah, ditulis kat rumah, simpan kat draft dan sambung masa tunggu Angah.
Kita kena terima kenyataan..masih ada kelemahan pasukan kita.
Nampak sangat lakon tu… soal menang Singapura memang layak menang, cuma aksi lakonan mereka sikit sebanyak mencalarkan maruah kemenangan saja.
Wahhh² kak jie..dalam kereta pun sempat jugak..
Dapatlah angah tengok harry potter 7 part 2 nanti ye..hihihi
wah. sempat lagi update walaupun dalam kereta. thumbs up untuk kak jie! tahniah buat singapura, dan buat penyokong harimau malaya, teruskan sokongan anda. kegagalan ini bukan untuk selamanya jika diiringan sokongan padu anda 😉
untung la dpt tgk 2 dlm 1.. bola dan drama..