Berita Terkini : Kes Tebusan Guru dan Murid Tadika Serikids di Sungai Abong – laporan khas dibawakan oleh Hazrey yang berada di tempat kejadian.
- 3.05 pm – 3 buah helikopter dan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) telah pun tiba di lokasi kejadian.
- Penjenayah telah ditembak
mati - Suspek masih hidup tetapi di dalam keadaan kritikal . Suspek telah dihantar untuk mendapat rawatan di Hospital Muar.
- Antara senjata yang digunakan – sebilah parang dan tukul besi termasuk 2 unit pemadam api milik tadika yang digunakan untuk menyembur anggota polis. Bagaimana pun pihak polis berjaya menuetralkan keadaan.
- 10:05minit malam – Hazrey melaporkan melalui twitter, suspek meninggal dunia di Hospital Muar. Laporan Bernama Online melapurkan suspek Loi Hui Chung, 40 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada 9.15 malam .
Sumber gambar kiriman hazrey.com – Terimakasih.
*******************************************************
Tiga Empat guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi Sumber : Malaysia Insider
*********
Selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.
Kaum keluarga dan media diminta menunggu di luar kawasan banglo kerana suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan. sumber :Mstar
mudah sangat nak cari Along …tadika di Bentong
Mula-mula baca berita ini, ingatkan berlaku di luar negara. Risau pula teringatkan anak-anak yang masih disekolah.
Mengikut pengalaman saya, tahap keselamatan di sekolah lebih ketat berbanding di tadika. Contohnya sekolah Intan memang menyediakan pengawal keselamatan yang menjaga urusan keluar masuk di pintu utama.
Harap-harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan tiada lagi yang cedera.
Membesarkan anak-anak dizaman sekarang bukan sedikit cabarannya. Berbagai-bagai masalah mental masyarakat yang menyumbang kepada masalah rumahtangga, keganasan seksual kanak-kanak dan jenayah kanak-kanak.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 , kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental.
p/s – Gambar akan diupdate, tunggu email dari Hazrey
kesian budak2 kecik yang tak tau apa diperlakukan sebegitu.tadika tu tak salah pun.yang salah si gila yang tak berperikemanusiaan… 👿
Menurut Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak banyak pusat asuhan mendaftar dengan kementerian atas alasan birokrasi dan banyak sangat syarat-syarat hendak dipatuhi
POLIS tetap relevan…dengan tugas²nya berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. POLIS bukan individu.
makcik cleaner itu juga relevan….
Polis masih relevan kan..
uisshh..mcm2 hal dunia sekarang..sana sini tak selamat..nauzubillah
pasal bersih….9 hari bulan ni kita tunggu dan lihat apa yg jadi
macam-macam yang berlaku skarang ni kan..pasal Bersih tak abeh lagi..dah psal ni pulak..
bahayanya dunia sekarang ni 🙁
pengetuk pun dia nak bawak sekali…pencuri2
adoi bahya2….penyakit mental mcm nie yg kita risau, lagi2 yang melibatkan anak-anak…mcm mana la perasaan maka ayah mereka…minta lah dijauhkan…
Salam. Pada pendapat hamba selepas ini sesiapa yang nak menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan perlu memohon secara atas talian bagi memudahkan pihak ibu bapa membuat persediaan awal.
Sebarang permohonan perlu dikemukakan 7 hari lebih awal. Mana-mana permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan.
A’ah sebab dia bawak lori merata. Ada jek dia. Kebetulan pulak semalam dia antar buah duku kat Muar.
Selalau ancaman macam ini kerap berlaku dekat China kot.Seram pun adik.tetibe rindu tadika.Yeah
Alhamdulillah selamat juga akhirnya
kita baru tahu pasal berita ni.terkejut.sekarang ni dalam negara sendiri pun dah tak selamat.risauuuu
apa nak jadi malaysia niiii!
Orang jahat ada di mana2..
mujur tiada kanak-kanak yg cedera. Masalah mental si suspek ni barangkali.
makin advance ye diorang. Buat tebusan pulakk.. 😐
tiap2 hari ada saja kes jenayah..ngeri2 plak tu… 🙁
si Hazrey budak johor ni rajin
beri info… hu3
rakyat malaysia yg hadapi tekanan tu patut diwajibkan pergi kaunseling..kadang2 punca tekanan tu normal seperti kewangan atau peribadi..
Manusia nowadays semakin tertekan hidupnya
Alhamdulillah semua selamat tiada yang cedera dan mati melainkan penjenayah tuh kan?
bukan kanak-kanak saje kak , perempuan yang da bekerja pon takot .. sy kalo nk kluar dengan kawan-kawan ,mak ngn bapak mesti byk tanye.. kte kekadang jd geram tp kte kene tahu mereka risaukan anak-anak dia kan..
hmmm…mcm2 masalah yang tidak diingini berlaku… 😕
Semalam Kamal Affendi yang cedera ditetak lelaki yang mengamuk, hari ni cerita ni pulak. Semoga guru2 dan pelajar selamat dan dilindungi Allah.
ada gambar ekslusif dari Muar, dlm perjalan ke kotak email.
kejap lagi update
Malaysia ni memang banyak musin makanya sekarang musim mengamuk pulak.
zaman ini zaman edan
mudah-mudahan semuanya selamat. tapi memang betul pun kalau diperhatikan rata-rata tadika kat Malaysia nih tahap keselamatan kurang, maybe sebab berada dalam kawasan kejiranan. macam tuh pun masing-masing suka buat sikap tak tau, duduk dalam rumah je bila ada yang kena pecah masuk pun ade yang tak tau.
Ya Allah , apa nak jadi ni
Macam2 sekarang ni. Semalam org mengamuk ni ada buat tebusan plak..