Kempen Tak Ikut Hari
Isu Semasa

Kempen Tak Ikut Hari

” Saya tak nak plastik ”

“Hari n hari Ahad… bukan Sabtu ”

” Saya tau… tapi saya bawa beg sendiri… ‘ beg hijau kaler biru’ sebesar² tu saya angkat dan tunjukkan walaupun semua orang boleh nampak dengan jelas.

Dengan muka kelat, juruwang ambil selotep ‘paid’ lekatkan pada setiap barang yang saya beli.  Kerja dia bertambah, tetapi bukan salah saya.  Itu prosuder menyusahkan  syarikat tempat dia bekerja.  Kat tempat lain, kalau dah bayar tak perlu selotep, terus masukkan dalam beg.

Saya memang cuba meminimumkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan. Kalau hari Sabtu boleh buat, kenapa hari lain tak boleh?

Saya baca banyak juga pendapat yang memperkecilkan dan mencemuh berjayakah kempen hari tanpa beg plastik.  Katanya, hangat² taik ayam itik lembu kerbau semua ada.

Yang nak diumpama benda² tak elok tu buat apa?  Cuba kaitkan dengan benda² yang positif, yang wangi² yang baik²…

Prinsip saya mudah – benda baik kenapa tak nak ikut. Biarlah orang nak mengata, bukan kita buat benda² tak baik.  Ramai orang malu nak buat sesuatu yang betul kerana ‘orang lain tak buat’.

* Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

dah pasang pagar jaring, Nemo tak boleh menyusup lari lagi….

Kata orang, kesannya bukan boleh kita rasa esok lusa, ‘makan tahun‘. Mungkin saya dah tak ada masa tu, tetapi kenalah fikirkan masa depan Nemo dan Dori juga…. ikut fakta, kura² boleh hidup sampai 100 tahun. Kesian dia orang tau….. kalau nanti kena hidup dalam bumi yang ‘sakit’.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Kempen Tak Ikut Hari

  1. kekadang nak gak plastik sebab nak buat plastik sampah. tapi saya sokong go green dengan pakaikan anak cloth diapers. heheh…..kalau beli barang sikit2 memang taknak plastik. budak 7E dekat ofis ni mmg dah faham sangat dah

  2. Kalau kat Penang, hari2 takde plastik… Tak kira la nak shopping hari apa pun, bag mesra alam wajib ada dalam kereta.. kalau tidak,angkut la pakai tangan…

  3. jarang shopping hari sabtu sebab nak elak ramai org. beg plastik guna utk buang sampah. tapi tidaklah membangkang pun kempen yang baik ni. biasa ye kak jie.. bila nak buat baik ni ada aje yang nak memperlekehkan.

  4. kita sokong sgt kempen ni! kalau terlupa bwk beg shopping, sanggup tu kendong segala barang smpai penuh tgn. taknak beg plastik. hihi.

  5. masa tu beli barang banyak-banyak dekat tesco, tengok tak leyh bg plastik, arghh, bwk lariy trolly troz bwk rumh 🙂

  6. Benda baik elok diteruskan…kalaupun kempen tamat nanti. Tujuan kerajaan nak mendidik. Semoga semua cepat pandai 🙂

  7. bagus buat macam nih, time blaja dulu je selalu amalkan macam kakjie nih tapi sekarang dah kurang. kena hidupkan balik nih.

  8. bila dah tetua ni kujie, lebih ada prinsip diri, tak peduli dah orang kata apa kalau benda yang baik.
    masa budak2 dulu, selalu takut kena gelak dengan orang….

  9. setakat ni, kempen tu nampaknya masih lagi jalan setiap hari sabtu…

    tp kalau tak silap, kt penang, mmg dah tiap2 hari takde plastik tuh…mmg kenelah bawak beg sendiri..

    psssst..mmg pelik org kita ni, buat jahat, tak malu…buat baik…malu siap nak sorok2 lagi…tak faham 😯

  10. Assalam…
    Selalu terlupa bawa beg mesra alam kalau shopping hari sabtu sbb jarang shopping hari sabtu…

  11. alahai, selalu time Sabtu pun. si cashier sibuk nak berniaga cakap camnih kat customer. “beg plastik 20sen.. beg plastik 20sen”. padahal kita tanak plastik pun. Lol

  12. Tapi kenapa kita tak start amalkan beg kertas? Kat McD dengan Burger King saya tengok ada. Yang itu biasanya saya simpan dan recycle balik.

  13. err.. baru kejap tadi maza beli aiskrim calong.. dan maza tolak plastik utk membungkusnya.. heheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  14. Saya pernah dimalukan ketika membeli barang runcit di Australia beberapa tahun lalu apabila peruncit tidak dibekalkan plastik seperti di Malaysia. Rupanya penduduk sana bawa beg plastik sendiri ketika membeli barang. Malu sungguh orang Asia

  15. boleh jer kalau nak disiplin x pakai beg plastik, tapi kalau ikan yg darah2 tu, wajib gak guna beg plastik

  16. Salam,

    kita hari sabtu je amalkan, sbb beli brg selalu hari sabtu…hahaha

    plastik guna juga untuk brg2 basah dan kecil2, selebihnya letak dlm troli, klu kt econsave pandamaran diorang ada sediakan kotak free :mrgreen:

  17. tak suke.. tak suke… saya nak gak beg plastik. sebab kalau tak diberi beg plastik.. nanti saya kene beli plastik sampah. lol…

  18. memang betul hangat2 taik ayam je kempen tu..skang ni pun dah banyak pasaraya lupa pasal kempen hari tanpa beg plastik ni…

    p/s : “Beg Hijau Kaler Biru”….agak pelik ayat tu..haha

  19. kempen masih berjalan lagi ek.. hari tu g beli barang kat pasaraya masa hari sabtu takde lak kena caj.. mungkin pekerja dia terlupa kot.. 😯

  20. elok jugak kalo tiap kali shopping bawak beg sendiri.. takde la bersepah kat umah penuh dengan beg plastik..

  21. Orang kita gitulah suka tengok kegagalan dari kejayaan dan kalu boleh semua nak dipolitikan walaupun benda yg baik yg tak baik apatah lagi.

Comments are closed.