Teori relativiti menyatakan: “Matter and energy are relative and light are constant.” Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain.
Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.
Cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative.
Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.
Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.
Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.
Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, “Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa” maka katakan saja apa yang saya katakan tadi berdasarkan teori relativiti.
Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: “Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah.” Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.
Bukankah cinta juga begitu?
Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga Cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.
Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?
Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlainan. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cuma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.
Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap.
Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.
Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita.
Posting ini hanyalah artikel yang saya simpan dalam notepad. Saya mohon maaf jika saya sendiri tidak pasti sumber rujukan yang sah. Sudah bertahun disimpan dan sudah berkali-kali komputer ini di install.
Saya berniat berkongsi artikel ini selepas saya membaca posting mrs azmi yang baru sebulan lebih menjadi pengantin , mengenai cinta yang tidak harus berbentuk bunga
Wow! Menarik. Boleh pinjam untuk dijadikan tesis aka rujukan untuk novel? Ha ha ha…
ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…
@OD, 25 persen!
hahaha
mcmne kite nk tau frekuensi tuh kak jie..masih tak paham la..kalo kite tuning salah..dpt siaran thailand plak kang..merana hidup…
@dendang, wahh..bukan ke ramai yg sengaja tuning2 sampai ke thailand tu… 😆
Pasni mesti ramai budak2 nak belajar erti cinta google blog Kak Jie. Mintak tolong selesaikan masalah cintan-cintun.
Sharing is caring, kan?
😉
intans last blog post..Macam-macam cerita…
@intan, intan….cinta sentiasa hidup
salam kak jie,
wahhhh*suka sgt* dgn entri ni kak jie.macam terkena dgn batang hidung sendiri aje.kadang2 frust bila org menolak cinta kita kan.tapi bila dipikirkan balik itulah agaknya perasaan org bila kita menolak cinta mereka.so sis nak tunggu pantulan cinta seterusnya la *smile*
siss last blog post..ceritera cinta 2008
@sis, kadang2 kita tak sangka …..secebis mgkn terkena dgn diri sendiri
moga cermin tu cukup rata dn dpt pantul dgn jelas 😆
akak…mohon copy n paste entry ni kat blog saya yekkk
cloudys last blog post..Yuna – Midnight
@cloudy, okies…sile..sile
Tak faham.. tapi best baca. hahaa
@Eddie, oooo…tu la….cikgu ngajar
awk tido!
awk dah lulus makna cinta dah pun
dgn kelas praktikal sekali 😆
Cinta, subjektif sungguh. Orang boleh jawab berpanjang jela apakah itu cinta tapi semuanya akan ada jawapan berbeza. Tapi dalam hati memang ada cinta, jawapan sume positif. Dalam hati cinta lebur sebab tak tau ade manyak lagi cinta yang lain, jawapan, negatif-negatif belaka. Subjektif sungguh. 🙂
krieszs last blog post..Semangat Dari Mereka
@kriesz, betul tu…. bergantung pada keperluan dan pamahaman tersendiri. semua jawapan betul untuk semua keadaan… 😆
maknanya cinta yang yang bertindih terjadi bila kita silap mentafsirkan cinta tulah yerk. macam mana pulak cinta yang datang serentak sampai beberapa orang sekali..? macam mana nak atasi..
@am, tu namanya murah rezeki
tu ujian sebenarnya am
menduga hati…..
@Kujie, tu…. ka? rezeki katanya… tak tau mana nak pilih ni.. hehe
Ha ha……Jie dah jadi Dr Love……….
Tie ni memang tak tahu pun cinta2 ni…. Kekadang rasa heran tengok setengah orang betul2 mabuk cinta…..
Tie cuma tahu sayang je, sayang lebih atau sayang sikit je….hi hi….
Ties last blog post..Rashid……..Rashidah
@Tie, sama le tu …Tie
tak de perkataan yg tepat
macam2 bentuk cinta…emmm…
cikguzues last blog post..Teruskan boikot
@cikguzue, sbb keinginan dan permintan berbeza
bagus2…belajar pasal sains dan cinta pada masa yang sama..
suke2.. 😆
Callisters last blog post..Caprice – Fantasy Girl Download
@Callister, berkias dan berhias…hehehe 🙂
C.I.N.T.A sesama manusia cukup unik. Keunikannya cukup terasa. Hasil keunikan inilah membuatkan setiap orang tidak akan memiliki dan menikmati sesuatu yang sama antara seseorang dengan orang lain.
“C.I.N.T.A” untuk yang memberi dan C.I.N.T.A yang “menerima” juga ada perbezaannya. Jika pemberi C.I.N.T.A sesangat MENGHARAPKAN balasan C.I.N.T.A sebagaimana yang diberinya…PASTINYA kekecewaan yang bakal mengundang. Oleh itu, kita harus menerima C.I.N.T.A seadanya. Bersyukurlah.
Kepelbagaian uniknya C.I.N.T.A. ini..menambahkan WARNA-WARNI KEHIDUPAN. Usahlah kita lemas dan terperdaya dengan warna-warninya…
Nikmatilah seadanya terhadap bentuk C.I.N.T.A. yang kita terima…Itu membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki… Wallahualam.
DakLans last blog post..Ngajor juga?
@DakLan, sangatlah solit pendapat DakLan….
best entry ni…
i like!! 😀
p/s – kak jie, saya pinjam komen kak jie yg kat blog menteil tu yer..kat entry pasal valentines day tu…
spatts last blog post..Aku Yang Bergelar College Dropout
@spatt, kak jie p cari komen apa kt blog menteil tu 😉
btw…terimakasih krn singgah blog makcik2 ni..jgn risau kak jie tak membebal 😆
dikale diri ini sedang keliru ape sebenarnye cinta… dikale sedang berfikir mengape seringkali diri ini x dpt lupekan seseorang… terbace post nih…sob3….thanx kak jie…
@kuro, sedihnya…dah…dah ..jgn nanes
“cinta tak kan dpt kalau tak di beri” 😉
mm,meluas ye makna cinta ni..macamana berbelok2 pun cahaya tu,(pembiasan,pemantulan dan sebagainya).. kadangkala terpadam pula,gelap gelita tanpa arah tujuan,Semua orang masih nak merasa apa itu cinta kan..? bg saya cinta itu Misteri..hehe 😉
nadinezuharras last blog post..:: Besar kuali, besar juga keraknya..
@nadinezuharra, ada saiz tersendiri
XXL kot paling luas… 😛
sbb misterilah ramai yg teruja ingin meneroko 😀
kenapa ada cahaya cahaya pulak.. dah la neeza tak suka fizik uuwwaaaa!!! hehee..
bagi neeza kan kak Jie, cinta itu bergantung kepada individu.. kalau dia rasa kiss itu cinta, cinta lah tu.. hehee.. (psstttt.. pada neeza cinta tu ialah jaga hati dan perasaan dan lain lain hahaha!!)
Neezas last blog post..Best friend
@Neeza, abis tu..suka biologi?
betul la tu..perenggan akhir tu..bergantung pd pemahaman sendiri
saya dah lama jatuh CINTA dgn blog nih… 😀 😀
sallys last blog post..geramnyeeerrrrr!!!!
bile nak bangun? 🙂
wah 😯
ade bentuk2 ye cinta ni! 😆
mrs azmis last blog post..–Hutan Kita– KIARA our forest
ye..ada saiz s, m , l ,xl xxl pun ade
….tapi, bukan cinta itu buta bermakna kita tidak perlu memahaminya tetapi hanya mengalaminya… 😀 itu sebabnya kita kekadang melakukan pelbagai perkara gila kerana cinta…
kruel74s last blog post..Ethics for lawyers
kan…tiap org ada berbagai tafsiran mengenai cintan, bergantung atas keperluan apa dia terlibat dgn cinta:)
CINTA, satu perkataan yang memerlukan ribuan perkataan untuk menghuraikannya..hehe..
fiezabaiduris last blog post..Cinta SMS
tiap org mempunyai perkataan yg tersendiri
ada apa dengan CINTA..
macam2 ada 😀
cinta ada kehidupan!
wah rasa macam masuk kelas fizik…dan kelas tu warna pink
sifat cahaya jugak ialah bergerak lurus. teringat buat eksperimen dolu2. pancar cahaya di sebalik beberapa kad board berlubang . lubang tu mesti selari. maka cahaya akan sampai ke hujung.
jadinya cinta pun bersifat lurus lah yer cikgu jie 🙂
kalau sepjg prjalanan cahaya tu tak de dugaan, cabaran, gelombang ribut taufan..insyaallah…lusus jeeee
huhu… entry yang menarik..
kena pahamkan betul2 erti cinta nie…
cinta dengan pelbagai bentuk..
sbb manusia juga berbagai ragam dan kehendak…cinta terbentuk berbagai bentuk utk memenuhi keperluan manusia yg berbagai itulah
Dr.Cinta nih… 😆
Lan Bingkas last blog post..Keunikan Anak Betong
belum ada MB
kak jie..best la entry nie..kenapa simpan lama2..
baru tau cinta tu ada bentuk2 erk..selama nie tau bentuk love jer…
izzahs last blog post..Manusia,Khalifah,Amanah & Tanggungjawab
@izzah, belum masa yg sesuai, kadang2 sbb simpan lama sgt, berhabut nk cari dlm almari..hehehe
bila kemas2 terjumpa :p