Dulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.
Katakan ukuran ukur lilit payudara – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.
* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .
Entri lengkap di sini – Petua ringkas jaga coli
Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.
Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.
Masukkan tangan menerusi pita bahu. Condongkan badan ke depan. Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli. Pasangkan cangkuk.
* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…
Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.
Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.
Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju. Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.
Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.
Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.
Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.
- Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
- Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
- Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
- Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
- Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
- Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
- Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
- Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.
boleh buka blog shopping jual bra…
Suami yang dah khatam baca entri ni, boleh belikan untuk isteri..hahaha
Sat! .. Lambat sikit nak hadam bahagian saiz ni.. Ingatkan beza saiz ja, rupanya banyak jenis lagi rupanya…hihi
Errr. Cam nak kena bayangkan jer utk lbh memahami. Hahahah
terima kasih ats info ni kak jie…jujurnya mmg sampai skrg tak reti kira…selalu main tibai je beli bra…hehehehe
Saya rasa coli saya dah terbaik untuk diri saya. hahahaha boleh bagi jawapan camni
Highly descriptive article, I enjoyed that bit. Will there be a
part 2?
nak taye ckit ekk…beza coli hafcup dan fulcup??
coli memang byk jenis…tp ada yg pki x padan ngan buah dada yee…apa reflek akan dtg…
wow.. thanks!
ramai wanita konfius lg pasal ni 🙂
nak tanya cket..
Katakan ukuran ukur lilit bawah payu dara – 86 sm dan ukuran payu dara 74 sm. 86 tolak 74 = 12. Mangkuk coli yang adalah jenis B.
macam mana ukuran lilit bwh payu dara tu lebih besar dr ukuran payu dara??…ke den salah faham ukrn lilit bwh payu dara tu dan ukrn payudara tu…advice cket
betullah tu, ada kesilapan sepatutnya ukurlilit payudara – ukur payudara – boleh klik link yang diberikan untuk rujukan entri sebelumnya kerana entri tersebut mengandungi beberapa tips lain . contoh untuk ukut dalam unit inci.
terimakasih
pernah teman someone untuk membeli..memula segan.tapi dah biasa..sampai tau lak kenapa yg jenis cenggini tak best, yg jenis cenggitu best..ooo.. 😎
Tak pe Kak Jie,dengan entri macam ni,sekurang-kurang menambah pengetahuan am kepada pengunjung lelaki.Lagipun isu ini pun sebelum ni dibincangkan terlalu tertutup..Jadi macam mana la laki nak tau..hehe
auw..silap masuk post kaini?.. hehe
Thanks for sharing KakJie..
Ada citer coli2 nih kat WHI..
Nak kongsi cam pelik pulak, so akak dah buat nih saya link kan aja ;p
Banyak juga jenis-jenis coli yang saya tak tahu. Tapi cara memilih & cara pakai tu memang dah expert! Hahaha!
kalau dia boleh jual secara terbuka, dengan dipakaikan patung model seksi, apa dia nak hairan kalau ada lelaki tertarik menarik…itukan sasaran dia..hehehe 😆
lelaki tak pakai bra tapi tamai blogger lelaki ‘geek’
dia tau ‘nilai’ entri ni – susah nak terang berbelik2 ni 😆
😉 nape ramai lelaki yg komen nih? lelaki x pkai bra kn?
wah! pelajaran untuk hari ini =)
saya pernah pi beli bra untuk isteri. salesgirl yang bertugas pandang saya semacam je. aduss
wah.. bagus… mesti blushing jek yang lelaki bila baca..muahahaha…
tahniah…. pose yang baik…
pasti menarik niche ini untuk di explore 😉
dekat 10 minit saya baca post ni sebab nak hafal jenis-jenis coli..haha
erk… pergi search bra & panties online, tengok material, design dan function dawai tu utk apa
dawai tu fungsi utk menyokong isi buah dada supaya tidak kendur…
amboi…. tiba2 jadi suci murni… 😆
tengok gambar illustration buat2 malu lah konon² ye… gaya suci murni ye dak.. 😆
malu~~
totop muke~~
😳
Adess… nak share pun segan…
Assalamualaikum,
Mudah dijadikan panduan, tapi selalu juga buat-buat lupa kalau masa beli benda alah ni.
Bermanfaat untuk lelaki dan wanita ya…
Assalam..
teringat satu kisah ttg coli ni suatu ketika dulu…
antara si suami dgn si penjual…last2 si penjual yg malu..
hehe..kena tahu nih..
Bca je lah.. huhu…menambahkan pengetahuan
err…err..
pengetahuan am a.k.a pengajian am.
sekian
tak tau nak komen apa..tapi nak jugak menempek dalam komen box ni
hihihi
Akak tau, dalam 3 hari ini sahaja, sudah 2 blog yang menceritakan cara-cara pemakaian coli. tapi yang dalam blog satu lagi itu banyak lelaki yang komen. hahaha
miahahahha..
kalau yg ade dawai tu x tercucuk ke? kang bocor sian anak hahahaah
wah, senang nak ke la senza kalau nak buat kejutan utk isteri