Mungkin ada pembaca yang tahu, saya memang sedang dalam projek Tanam Semula Getah. Kebun getah tua sekangkang anak kera kat kampung telah ditebang dan ditanam getah baru.
Bukan saya buat semua tu…ayah, mak dan adik lelaki yang tinggal dengan mak. Kalau nak harapkan kami, kulat sisir kat perdu getah pun tak sempat nak merasa.
Ini antara entri terdahulu tentang getah.
- Mungkin Mentari Tidak Menjejak Bumi, Namun Cahayanya Tetap Menerangi
- Keluarga Saya Bela Anjing
- Jutawan Getah Sekerap
Dua hari lepas saya dapat salinan surat dari Risda. Surat pemberitahuan bayaran bantuan tanam semula. Bayaran bersih yang telah ditolak potongan bantuan bekalan baja.
Rancangan Tanam Semula adalah satu projek di bawah kelolaan RISDA yang membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik.
Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut Tabung Wang Ses yang dikutipan pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang Ses dan digunakan bagi membiayai program tanam semula tersebut selain dari bantuan secara langsung dari kerajaan.
Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Tanam Semula – dapatkan maklumat di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Selepas terlibat secara langsung, barulah nak ambil tau pasal RISDA, barulah saya baca bermacam² maklumat dan info mengenai RISDA. Banyak lagi benda yang saya tak tau dan baru tau atau dalam istilah popular blogger – saya newbie.
saya newbie – sebab tu tak terasa pedas dengan cili yang ditabur merata-rata untuk umpan otai!
# minggu yang sibuk – sabtu & ahad kenduri, mak mertua datang, adik ipar duai datang, mengecat rumah yang tak siap² – merempit ke SSM tetapi urusan tak selesai….penat , masak, makan, tidur siang…saya bukan fulltime blogger – dunia di luar talian juga sendat dengan tanggungjawap.
herm kita orang kat sarwak ni tengah sibuk dengan projek kelapa sawit kak.sebab dekat pilihan raya ni ..macam macam bantuan yang timbul dari kerajaan untuk raih undi
saya memang cukup faham kebizian org yg mcm akak. so, agak surprise bile akak pon sudi jengah & kenal saya di blog.senyum sy pagi2 kak
saya juga membesar dengan pokok getah. banyak kenangan dengan kebun getah, maklumlah saya ni dok felda. masa kecik-kecik memang rajin ikut mak pi kebun, bukan menoreh tapi sibuk main ngan adik. darjah 4 dah start tolong menoreh, abis la pokok mak saya 😆
Ada banyak urusan kat luar, kebetulan pula minggu ni kelas tak ada – ustazah pergi kursus, bolehylah lari sana sini settlekan hal lain.
Mmg jadual agak terikat – esok nak melawat kawan baru dpt cucu… 😆
Kecik lagi pokok getah tu… kata orang tanam utk anak cucu 😆
he..kebun kak jie bukan besar, lagi pun kebun tu ada sikit je pokok getah tua..yg lebihnya pokok buah buahan…
wahhh…tajuk entri dia dah kembali pesen dulu2…mcm keretapi 😆
anak2 sekarang pun tak pernah nengok pokok getah 😆
Untuk anak cucu, katanya… 😆
kulat sisir tu…. buat masak lemak sedap yg amat.
lagi satu boleh simpan lama…
Tapi pokok masih kecik… 😆