Siri Kenapa : Tanya Sama Troli
Isu Semasa

Siri Kenapa : Tanya Sama Troli

Saya pasti ramai yang tak hairan langsung dengan berita dan gambar  yang dipetik dari BH semalam.

Tanya diri sendiri, di tahap mana ‘kemajuan diri ‘ bukan di tahap mana ‘majunya negara’.  Sebab sebelum negara maju boleh dibentuk, ianya datang dari diri setiap KiTA, bukan saya, bukan awak.

kalau pun bukan untuk negara, biarlah tupperware ada isi bekal ke akhirat.

dan………. mungkin kita sedikit hairan melihat gelagat seperti di atas. Baca kisahnya di Angah tak malu ke macam Bangla Tesco


Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan

Wahai awan….awan nano!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Siri Kenapa : Tanya Sama Troli

  1. semlm saturdy hari tanpa plastik beg.. fuhhh lg bersepah troli kat tmpat parking.

  2. fikiran kelas berapalah rakyat Malaysia ni kalau cerita politik, mengumpat keburukan orang dan macam2 lagi lah memang hebat tapi disiplin sendiri pun tak boleh nak jaga. Bukan susah guna troli hantar balik kalau malas letak lah tempat yg sesuai jangan tengah jalan atau tengah parking…

  3. yang paling bengang bila troli2 tu mencalarkan kereta kita….mmg hampeh tol…
    tp ada sesetengah pasaraya yang menyediakan troli yang mana kita perlu memasukkan coin..biasanya 20 sen shj..bila dah habis pakai kena htr balik ketempat letak troli utk dptkan balik coin tadi…

  4. ada yang belajar sampai pHD pon belum tentu lulus bab kesedaran sivik ni, agaknya kena letak rm5 ke atas kot kat troli tu baru depa nak p hantar balik

  5. kes biasalah tuh..
    selfish dan lepas tangan..

    selalu tulun ketepikan troli
    yang park tengah2 atau block keta
    mcm keja part time plak.. hu3

  6. Memang jadi senario biasa troli bersepah di tempat parking walaupun sejengkal daripada tempat letak troli yang disediakan.
    A+ yang diperoleh di atas slip masih belum mampu melambangkan A+ daya pemikirannya tentang tanggungjawab sosial.

  7. Berat sangat kot nak tolak troli kembali ke tempatnya. Erm, sangat angin bila nak parking, tiba-tiba ada troli kat situ. Lagi best bila kita nak under, dengan sedapnya dia pergi letak troli kat belakang kereta kita.

    Memang rasa nak “berterima kasih sangat” je hehe

  8. abis camno nak buka pintu kereta kalau kunci takdak?troli full dgn barang shopping ni.banyak kerja nak buat tu :mrgreen:

    sebab tu la kot ada sistem masuk coin kat troli kat sesetengah supermarket.a good start lah walau 20sen je pun, sebab sesetengah orang dia memang sayang duit 😉

  9. oversea, derang ada pekerja khas ambil balik troli2 ni//bawah balik sampai ke rumah pun ade troli2 ni..

    lagipun ramai pedestrian haha

  10. mmg kdg2 kalau masuk kt psraya tu blambak troli2…
    msyrakat kita ni blom ada thap kesedaran sivik yg tinggi.klu buat baik ckpnya kita pura2..huh

  11. lagi satu yg menaikkan darah, bila ada segelintir org letak sampah yg nak dibuang atas kereta. bungkusan sampah tu kadang2 jatuh atas jlnraya. maka berteraburlah pampers dan segala macam yg menjijikkan atas jlnraya. Kalau jatuh tu kira selamatlah agaknya tuan sampah tu, tak perlu berenti mana2 tong sampah lagi.

  12. ramai yang shopping tinggal troli di tempat letak kereta, pernah sekali ternampak si pemakai punyalah malas nak letak balik hanya tolak dari jauh saja, sampai tercalar kereta orang lain. memang tak bertanggungjawab betul lah. bila tak disediakan troli bising, dah disediakan, buat tuah plak.

  13. Ada yang tidak bertanggungjawab meninggal sesuka hati sahaja troli belakang atau disisi kereta pelanggan lain. Apalah salah hantar semula balik ke tempat letak simpan troli.

    Alhamdulillah saya dan isteri masih bertamadun setiap kali kami guna 2 troli yang mana 1 untuk isi barang dan 1 lagi isi anak. Selepas muat turun barang keperluan didalam bonet kereta, saya atau isteri letak kembali di tempat troli.

  14. selalu jumpa troli kat parking, nak parking kita sendiri la kene alih troli tu. memang angin la tapi nak buat camna. biasanya yang saya nampak yang kurang kesedaran sivik ni yang none bumi,maaf cakap la ye. ini berdasarkan pengalaman.

  15. Pernah kerja dipasarya dulu…waktu kerja habis
    pukul 10.30 malam…kalau lewat pun 11.00 malam la. 😛
    bos pula suruh cari troli yang hilang.paling aku tak percaya
    dan kena percaya….dekat rumah orang pun troli ada….kena
    naik moto la kutip troli… 😥
    gaji sikit pula tu.

  16. ni komen nak bagi orang demam kejelesan ni….

    baru teringat nak booking Mahkota Hotel Melaka utk 29 mac…

  17. baru nie shopping kat econsave, tgh pusing2 cari parking, blh plak 1 keta nie masukkan barang then biar troli tu kt tgh2 jln..aiyooo, sudahnya yan turun dr keta dan alihkan troli tu, hem… 😉

  18. Selalunya orang nampak hal besar² – isu poco-poco, april fool tetapi hal² kecik yang bersangkut dengan ‘diri kita kepada orang lain’ kurang nampak.

    Tabiat2 kecil yang kita buat akan menjadi kebiasaan kepada anak²..kadang2 pengajaran bukan hanya dari list yang kita keluarkan kepada anak² tetapi dari cara dia berfikir sendiri.

    Itulah keputusan A+

  19. Apabila kesedaran sivik semakin berkurang, ramai yang lupa tanggungjawab untuk melakukan apa yang sepatutnya. Semoga selepas ini saya pun tidak melakukan perkara yang sama, jika semua mempunyai tanggapan yang sama, pasti perkara seperti ini tidak akan berulang kembali

Comments are closed.