Live Blogging

Boleh Tonton Beramai-ramai

Selalunya blogger mendapat tiket secara percuma untuk menonton tayangan perdana sesebuah filem baru yang ingin dipromosikan. Tetapi kali ini riuh satu negara mengenai tayangan atas jemputan istimewa juga.

Lokasi mewah Carcosa Seri Negara ! hebatnya! Tayangan SEXklusif menonton video rakaman aksi seks selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Video itu didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda.

Pening kepala nak fikir, boleh pula buat tayangan umum video seks. Tak salah ke mengikut undang²?

Saya tak sentuhlah betul ke tidak watak dalam video itu Datuk Seri Anwar Ibrahim , tetapi berbezakah undang² sekiranya menonton video muat turun Maria Ozawa atau apa sajalah ( saya tak pandai nak bagi contoh tajuk sebab tak pernah tengok tetapi saya tahu ada membabitkan gadis² melayu ) di ruang tamu rumah teres dua tingkat?

Tak salah ke menganjurkan tayangan dan menonton tayangan tersebut?

Sudahlah setiap hari muka depan akhbar perdana bersiaran langsung dari mahkamah kes seks sampaikan beberapa perkataan ‘orang dewasa’ menjadi ngilu untuk dijawap kepada anak².

Jadi apa nak hairan kalau ada kes anak semuda 12 tahun pernah tengok filem lucah cetak rompak?

Google pun tahu melabelkan ‘melayu’ !

Cuba macam Rosalinda tu – menghasilkan video klip yang boleh membanggakan negara malah boleh ditayangkan untuk kategori U. Menghiburkan setiap lapisan masyarakat.

lek’s go lek’s go choping…. ( lor…video dah kena remove…best ape video ni )

©kujie – nak contact kawan² tu kejap lah, kot² dia antara jemputan istimewa tu.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Boleh Tonton Beramai-ramai

  1. sekarang ni jarang dah baca surat khabar, sebab rasa membazir je beli… kalau keje pagi sempat la dengar berita kat TV3… tapi bosan juga, tak ada cerita lain yang sama jerk… 😆

  2. hehe… tak baru dgr… xbaca paper la lately nie… betul2 mcm katak bawah tempurung… seb baik blogwalking dpt gak perkembangan tbaru negara 🙂

  3. Assalamualaikum,
    sekarang ni, kanak-kanak seawal umur 10 tahun (sekarang dah 12 @ 13 tahun) dah ada di pusat perlindungan wanita kerana termengandung. Dia sendiri pun tak tahu sebab apa dia perlu ditempatkan kat situ…dia sendir juga tak tahu macam mana dia boleh mengandung. Errrr….kalau tanya nak salahkan siapa, masing-masing akan tuding jari kat orang lain 😉

  4. Dunia akhir zaman ni boleh timbul beberbagai cerita dan kisah utk tontonan umum tu lah antara keburukan IT.

  5. Habis, kalau pemimpin dah naik dalam ranking search ‘sex’, lconfirm negara lain dah x respect Malaysia.. Kata negara malaysia negara islam..

  6. Penat dah cerita 18sx ni bertahun tahun tak selesai², macam² istilah ‘orang dewasa’ nak kena terangkan kat anak²..dah lah anak saya tu dia baca, tak faham …cepat betul dia tanya

    ‘mama….liwat tu apa?”

    terkedu..sebab dah tua2 macam ni, nak menyebut pun segan silu

  7. Kalau ada jual tiket, GSC atau TGV tutup kedai..semua orang beratur macam bayar saman trafik 😐

    Itu yg hairannya….kalau betul video tu, patut serah kat Maza le kan… AJK surau tu..boleh jadi bahan bukti

  8. Biasa orang kalau ada video lucah, nak sorok2 sebab itu kan satu kesalahan. Ini siap buat tayangan perdana

  9. Rasa keliru, apa yang nak dibuktikan kepada kita sebagai rakyat – apa faedah apa kebaikan yg kita2 orang biasa boleh dapat. Kisah murahan yang difokuskan.

  10. tak tau mana satu betul sekarang ni..naik kompius dah tengok politik zaman sekarang..tapi takkan la sampai nak kasi tengok video beramai2 kot..cam pelik je 😥

  11. sampai ada tanyangan perdana ker?
    terdesak sangat gayanya..
    ini barulah namanya tak bermoral..
    bila ajak rakyat jelata tonton video yang terang2 melanggar susila manusia apatah lagi agama…

  12. tu yang saya risau.
    lani takdak anak lagi. takpala. anak menakan tak pernah nak tanya apa tu seks dan liwat.
    kalo depa tanya berakai la nak jawap

  13. sekrang ni susah nak cakap..kadang-kadang benda boleh dieksploitasi..tapi saya setuju dengan cadangan penulis..alang-alang nak buat video tu, baik buat video yang boleh mengharumkan nama keluarga dan negara..hehehe..

  14. Maka tidak hairanlah kalau Bediuzzaman Said Nursi, ulama’ Turki yang menyaksikan kejatuhan Uthmaniyah mengatakan ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam dan politik’

  15. Oh.. jemputan istimewa gitew..

    ingatkan ada jual tiket.. ahaks..

    Psst: org surau Kota Damansara dgn tok bilal masjid tak leh gi ke kak jie? …. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  16. Letih melihat gelagat ahli politik kita masih tidak matang walaupun rambut sudah putih. Baik melihat gelagat anak yang sentiasa hatinya sentiasa luhur dan tulus

  17. Boleh buat kutipan amal gituuuuu!!!

    Kalau betul lar ada tayangan perdana mcm tuh… malu nak mengaku rakyat malaysia.. semata-mata nak raih undi

  18. ada ke…? tak dengar cerita la pulak… huhuhu…. 😆

    kak ni akak jumpa yang U jerk, cuba akak gi youtube search yang lain, pergh…. bulan pose tak leh tengok tu, batal pose pun boleh…

  19. Takut nanti bila search pasal ‘sex’, perkataan ‘melayu’.,’malaysia’duduk di 1st page setiap masa.. 🙁

Comments are closed.