Sedih Dan Rindu Bila Baca Komen Ini
Peribadi

Sedih Dan Rindu Bila Baca Komen Ini

Suami saya berada sejauh 10515.28 kilometer dari Malaysia
Along berada 60 kilometer dari rumah – kebetulan dia tak balik minggu ni.
Angah berada hampir 366 kilometer di utara tanah air.
Tinggal saya berdua dengan Intan:| Seronok dan best bersama keluarga tu macam tak kena dengan situasi saya sekarang.

Setiap tahun kami memang bercuti bersama – sekeluarga tetapi kerana masing² tidak bersamalah saya cuma bercuti 40 kilometer sahaja dari rumah. Bukan bercuti dalam erti kata sebenarnya, cuma beralih tempat saja.

Kali terakhir kami bercuti bersama ke Pulau Kapas Jun 2010 sewaktu suami balik Malaysia.

Sebenarnya tak ada istilah bercuti kerana saya surirumah sepenuh masa, tidak bermajikan!

Saya bercuti sebagai seorang blogger – tidak mengemaskini blog sebab itulah tajuknya Blog Kujie2.com Cuti Pesta Tanglung. ( tak mention pun dengan keluarga)

©kujie – rindunya … !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Sedih Dan Rindu Bila Baca Komen Ini

  1. dah tahu dah yg Kak Jie tak pergi bercuti bersama semua ahli keluarga termasuklah Hubby yg berada jauh di Algeria tuu..sbb tu tak nak komen lebih..takut ada yang terasa hati…

  2. uhuk, mesti tengah rindu nie kan, okeh2 xmo komen bnyk..kang ada yang mengalir air mata, sabar yea apa yang perlu kita doakan pasangan kita yang jauh sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat…amin 🙂

  3. ?? Baru Jai tau.. Tapi sebagai seorang isteri, mesti kena kuat dan tabah.. Setiap yang beraku ada hikmahnya.. Cuba kak jie bayangkan berpa ramai yang hidup bersama & dekat tapi keluarga tak aman.. Kata org2 tua, lbih elok jauh tapi bahagia daripada dekat tapi x bahagia..”

  4. Salam,
    Allah hanya bagi ujian setakat yang hambaNya mampu hadapinya sahaja. Kiranya itu ujian datang dalam hidup kita, bermakna Allah memang tahu kita mampu berdepan dan tanganinya sebaik mungkin.

    Kalaupun ahli keluarga kak Jie berjauhan, namun masih terasa dekat kan? Ada orang, hanya dekat dan berada hampir depan mata…namun, hakikatnya terasa jauh. Itu lagi sedih kan…

    Moga2 kak jie lebih tabah

  5. kak jie..sabarlah ya..saya dulu pun berjarak dgn suami jugak dr 2004-2007 ..tapi dekat aja Segamat-Pasir Gudang..

    Kak jie..algeria ada tunjuk perasaan kat pemimpin negara diaorg pulak..harap-harap suami kak jie selamat..

  6. kuat semangat betul la kak kujie ni, shay tak rasa shay sekuat akak nih… dah la suami jauh, anak2 pun jauh juga, elok biasa riuh rendah rumah sekarang jadi sunyi sepi… mesti macam mati kutu jadinya… 😕

  7. kak jie , samelah kite kak..surirumah sepenuh masa…tiada istilah stop dlm bekerja ..tp bile dpt keluar mkn angin tu , seronoknye amat sampai rasa xmau balik lak .. hehe…haru tu ;p

  8. dunia blog pun ada time bercuti jugak ek…
    siap kene umumkan lagi…
    takut ade yg rindu la tu…

    hahahah

  9. Sabo je la kak. Sekali sekala dapat masa berkualiti dengan famili pun best juga. Kalau dapat selalu bercuti dengan famili agak kurang berkualiti juga percutiannya itu..

  10. orang dulu2 kata, sayang isteri tinggal-tinggalkan..
    gurau je kak..

    ayah saya pun duduk hampir 500km dari mak sejak Mei 2001 hingga Dis 2008. Duduk sekali semula hingga la hari raya haji lepas.. Balik kampung 2-3 bulan sekali..

    Betul la.. suri rumah ni takde cuti.. dan satu-satunya kerja yang takde majikan, takde gaji tapi serve ramai orang..

  11. tapi kan kak jie, tak bermajikan x bermakna kita tak boleh bercuti. Bercuti daripada buat keje rumah pun bole juga. Tapi bole ke cuti dr buat keje rumah ni? hmmmm…

  12. Assalamualaikum..kak kujie,.ayu pulak yang sedih bila tahu hal sebenar…

    maklumlah..tak kenal maka tak cinta..

    kak, ayu pun tak bercuti kemana2..namun, alhamdullilah,,,en zalie semakin sembuh….

    semoga kak tabah….

Comments are closed.