Orang kaya , dia ukur masa. Orang miskin dia ukur duit.
Percaya kata-kata ini?
Kebiasaannya orang kaya sangat disiplin mengenai masa dan mereka sangat menghargai nilai dari masa yang digunakan. Bagi orang yang kaya , dia faham nilai masa yang tepat untuk merebut peluang untuk dimanfaat dalam kehidupan.
Duit yang hilang, boleh dicari ganti tetapi masa yang berlalu, tak mungkin akan berganti.
Jadi kawan², kalau nak kaya kita perlu mengubah minda untuk lebih menghargai nilai masa yang kita ada dengan melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan, bukan disia-siakan.
Bagaimana kita menghabiskan masa bergantung kepada hiraki prioriti dalam hidup. Apa yang kita sayang , rasa amat bernilai , kita cinta biasanya akan berkembang memberi pulangan kepada diri kita.
Kita belai pokok yang kita sayang – pokok berkembang subur.
Kita jaga dengan penuh kasih sayang keluarga , kebahagiaan dan keharmonian yang akan kita perolehi.
Begitu juga duit – kalau kita hargai duit yang kita miliki, membelanjakan pada keperluan, duit kita juga akan berkembang dan berganda.
Inilah ilmu yang saya belajar dari seminar dua hari FISH Financial Independent, Strong & Healthy yang dianjurkan oleh Dr. Ahmad Rahman Songip.
Workshop ini membuka cara berfikir mengenai pengurusan kewangan dan aset yang dimiliki. Saya sedar walaupun mempunyai kewangan yang stabil dan beberapa aset masa depan tetapi tanpa ilmu untuk penguruskannya, aset tersebut tidak memberi pulangan yang sepatutnya.
Sikap mesra dan mudah didekati bersama Prof. Dr Ahmad memudahkan kita melontar idea dan bertanya soalan.
Beliau bercakap dari pengalaman sendiri dan sebab itulah anda kena hadir ke Bengkel FISH sebagaimana saya untuk melengkapkan diri pada masa persaraan.
Salah satu modul FISH yang berkesan adalah FISH MARKET. Dalam aktiviti ini, kesemua peserta akan berjual beli seperti pasar secara real. Peserta menawarkan perhidmatan dan mencari prospek baru perniagaan.
Disinilah kita membentuk networking iaitu salah satu asas sokongan penting yang memberi keyakinan dalam perniagaan.
Seminar ini amat sesuai untuk merancang kestabilan keluarga dengan pendapatan selepas persaraan. Kita perlu bertindak sekarang kerana untuk menjadi kaya adalah dengan mengambil peluang.
Belajarlah menguruskan duit sendiri kerana di peringkat universiti sekali pun kita hanya diajar menguruskan duit orang lain!
Seminar FISH akan diadakan lagi pada 12& 13 Februari 2011 di Hotel Putra, (bersebelahan Hospital Pusrawi), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Untuk mendaftar – fish4wealth.com
Sekaranglah masa yang tepat untuk bersedia pada putaran roda ’10 years economic recession circle’
gambar ihsan : wanmus.com
©kujie – entri berjadual.
Biar masa yang berharga itu berkat, boleh dipetik di syurga kelak
duit rm 350 boleh dicari dan insyaallah boleh digandakan lagi. tp intipati seminar yg sgt berilmu.
semua dijemput hadir….
Ada juga Kak Kujie orang kaya ni tak berdisiplin dengan masa.. masuk office lambat, mentang2 bos. nak buat pembayaran pun lambat.. masuk gaji pun lambat.. huhuhuh kitorang yang makan gaji merana..
tapi kan….biasanya kita orang ukur guna total Station ataupun lebih canggih lagi guna GPS….keh keh keh
memang sangat perlu untuk perkukuhkan lagi kekuatan kewangan kita..
masa amat berharga. demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
aah.. kalo difikirkan logik jugak.. tp salunya org kaya ni kedekut sket kot..
menarik artikel ni.. kujie2u terbaik!
masa itu memang emas, semua masa tak boleh dibeli, jadi gunakanlah masa dengan baik (:
stuju dengan nie kakjie,
Belajarlah menguruskan duit sendiri kerana di peringkat universiti sekali pun kita hanya diajar menguruskan duit orang lain!
maksud di situ bukan nak jual beli masa..
tapi kalau orang tengok emas bergolek depan mata tak ke dikejarnya emas tu sampai dapat..
macam tu lah aplikasinya dalam masa ni..^^
kalau masa tu tak berharga tak de la perumpaaan
“masa itu EMAS”…
masa muda kuat lagi nih, kumpul apa yang nak dikumpul, bila dah tua boleh la releks… 😆
mase mmg b’harga…
mase tu ibarat nyawa…
=D
Salam..
Dah lama tak berseminar, masa zmn belajar dulu, seminar free je.nak kena ukur duit dulu ni..
Tapi emas itu boleh dijual beli,
masa tak ditetapkan harga….
wow! seminar yang bermanfaat~ tapi sayangnya belum ada duit lagi la plak~ hehe 350 tuh! rabun jap~ ahaks~
masa sangat penting. sebab tuh dikatakan masa itu emas.
Terimakasih berkongsi info. Betul, ramai kita tahu urus duit orang tapi duit sendiri berterabur boros.
Seminar yang sangat bermanfaat utk masa depan
heheheeh tapi kalu dah miskin, mana lah pula duit yang nak diuruskan.
kerana masa itu duit…
ukurlah sendiri, take care! haha
garapan berguna! sedar akan kelemahan mengatur masa sebab itu tak stabil kot!?
masih belajar mengurus masa dan cuba untuk lebih menghargainya.
owh ni yang kakji dijemput berucap tu ke
tunjukkan kepada saya 1 orang sahaja yang kaya tapi hidup tidak berdisiplin. Kekayaan dan kejayaan semua bermula dengan displin terutama masa jadi kalau kita ni asyik lewat dan tak hormat masa jangan mimpilah nak sukses.
tu sbb, org kaya rela abis duit asalkan dpt bergerak cepat. huhuhu.
tp saya rasa, org miskin pun nak tepati masa – then again kalau derang ‘kaya’ lah kan.
attitude 🙂
🙄 Rasanya, abang termasuk dalam kategori ‘ukur duit’ …. 😉
Dan orang kaya juga akan menggandakan masa mereka. Jika orang lain hanya 24jam, mereka akan cuba menggandakan sehingga beribu jam. 🙂 Ini apa yang saya belajar dari seminar pengurusan wang yang lain.
Menarik betul tawaran tuh, tapi bulan februari ni banyak betul aktiviti, huhuhu…
yep..
masa itu emas..
emas itu bernilai..
nilai itu kat negeri sembilan..^^
sekarang ini akaun sedang tergeliat.. memerlukan masa juga.. hehehe
harap2 dgn aktif di blog, dapat memberikan pulangan yg baik2 juga… heheheh
dlm diam maza mahu kata pada diri sendiri, lantunlah ekau gitew.. hahahhah