Suami lakukan kezaliman adalah alasan kukuh bagi wanita untuk tuntut fasakh .
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu.”.
Kita sering terbaca atau mengetahui kes² penderaan seperti ini . Berbuih nasihat diberi selalunya meminta si isteri membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.
Tetapi masih ramai isteri yang berat untuk mengambil tindakan seperti ini kerana beberapa sebab. Antaranya takut suami membalas dendam, tiada sokongan moral dari ahli keluarga atau saudara mara terdekat, bimbang nasib anak² jika suami dipenjarakan atau pun berbagai² lagi alasan yang pada pendapat saya betul untuk difikirkan.
Isteri yang menghadapi keadaan seperti itu perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan itu berterusan. Apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar.
“Keganasan rumah tangga” berlaku apabila seseorang :
- Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa;
- Secara bersengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
- Memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual yang mana mangsa berhak untuk tidak melakukannya;
- Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya; atau
- Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
©kujie-rindu romeo yang jauuuhhhh…………. di sana!
ermmm…. ssh nak cakap…, isteri biasa nya takut nak laporkan tentang penderaan terhadap mereka…, takut macam2 sebab…, ermmm…, laki nie ngan la bagi muka.., nnti lagi nek pale…, dah berlaku cam 2…, laporkan jew…., ngan takowt…, dye leh wat apew kt ktew….
Suka berdiam dari bertekak dan angkat tangan serta kaki. 🙂
jika terjadi macam ni eloklah minta pandangan orang yang boleh dipercayai atau pejabat agama
kakjie..info ni amat berguna buat mereka yg masih dlm dilema…kdg2 rasa syg mbuatkan segelintir para isteri xsgup buat tuntutan..
hurmm xtau nak bagi komen camna..sebab tak kawen lagi dan tak pernah merasai alam berumah tangga..kadang2 macam tkut pulak nak harungi nnt..kadang2 manusia tuh boleh berubah sekelip mata perangainya
ntah ape la yg merasuk fikiran mereka sampai sanggup memukul isteri.. eh.. tp dulu ade gak baca kat metro isteri dera suami.. camne lak tu?
wanita kadang2 baikn sangat dan syng suamai..tu yg diroang xnal lapor..lagipun diaornag fikir anak2 gak
keistimewaan wanita (kelemahan sebenarnya)
adalah terlalu menyayangi pasangannya walaupun sedar dirinya telah didera dari segi fizikal dan mental.
“buatlah apa saja padaku, aku tetap cinta padamu”…
perlu belai membelai selagi ada daya…perlu peluk dipeluk selagi ada kuasa…perlu sayang disayang selagi ada cinta suci…
selalunya yang terjadi ialah perempuan tersebut dipersalahkan oleh orang di sekeliling dan tiada sokongan moral..
orang lelaki seharusnya sedar akan tanggungjawab dan isteri bukanlah punch bag untuk digunakan sewaktu stress dan sebagainya
erm… tapikan ada dalam sesetengah kes pulak isteri dah failkan nak minta cerai kat pejabat agama… tp pejabat agama suruh bincang dulu dll…
dan dalam sesetengah kes… kan suami dah bacakan lafaz taklik masa akad nikah tu… makanya bila dia langgar, tak ke talak tu jatuh dgn automatiknya…
erm… itu la yg saya dengar dari pakcik2 dan atuk saya… bila jadi kes macam tu… macam mana pulak?
Hmmm… mungkin laki dia stress kerja, atau isteri dia stress mesin baju bunyi macam keretapi. Lalu bercakaran mencari punyelesaian.
Kalau disebut keganasan rumah tangga, yang jadi teroris mesti laki. Jadi isteri kena tahu cara-cara menangani teroris seperti di atas.
Kalau melapor nanti dikata mengada-ngada…
lagi diancam dengan takutkan neraka!
tidak melapor pun dikata…juga badan merana…
Pendapat personal maza yg entah apa2 itu… pendek kata, “Jangan Ambil Kesempatan! Padah menanti…”
😥 😥 😥
Masih ada juga mangsa (selalunya isteri la kan?) menganggap ini adalah masalah peribadi yang terlalu privasi utk dikongsi dengan orang lain (apa lagi kalu jiran tahu). Jadi mereka berat nak lapur pada pihak polis, demi nak jaga nama baik suami.. dan alasan-alasan lain.
Tentulah malu bila orang luar tahu hal dalam rumahtangga — suatu persepsi yang kadang2 buat kita geleng kepala, bila dah parah baru nak buat report…
melalui pengalaman orang yg dekat dengan saya.
bukan mereka tak nak bercerai. walaupun di sakiti, hati masih belum rela berpisah dengan suami tu.
kasih masih ada.
isteri ni b ukan hak milik kita.. tapi anugerah.. adalah amanah yang ALlah bagi unutk jaga.. Amanah dari family dia.. dan kita akan disoal tentang amanah ni di akhirat kelak…