Hari ini ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang ke sekolah Intan – majlis serahan cek RM 1.5 juta untuk dewan sekolah. Dua sekolah (sjkc) lain juga dapat setiap satunya RM3 juta.
Saya tanya Intan, dia berucap cakap Melayu ke Mandarin?
” Dia cakap dua dua… sekejap cakap Melayu, sekajap cakap Cina . Ada ramai juga orang Melayu , dia orang naik Perdana…. sorang tu nama XXX ”
” Owh… tu ADUN tu, Intan”
Saya tanya Intan, apa yang menteri cakap.
“Dia orang cakap politik ”
Saya tanya lagi , Intan tahu ke politik tu apa?
kredit : 9gag
“Dia cakap lepas pilihanraya kecil…ada apa….sumbang …janji …buka sekolah sjkc baru kat Bukit Beruntung, tanah dewan tu dikecualikan cukai …..tu cakap politiklah tu”
Korang boleh nampak tak cara orang bijak berpolitik – Orang yang bijak dia tahu ‘kuasa pengundi’ dan gunakan ‘kuasa’ tersebut. Sekali Menteri turun , 3 sjkc dapat 7.5 juta.
Yang riuh bergegar, putus sedara hilang kawan – pecah meja di kedai kopi tersembur air liur dapat apa?
Nota : Majlis di kantin sekolah rendah dan Intan berumur 11 tahun.
haha…terbaiklah…itu yg penting…kdg2 ibu bapa bukan nak join pun part2 cmni…
Menteri turun ma…. PIBG pun kena nampak muka gak le 😆
Dah bina,…tahun ni mula pengambilan pelajar baru
ramai pelajar sjkc serendah dah pindah ke bukit beruntung tu,
nama sekolah tu SJKC Bukit Tangga
harap2….rezeki tu 😆
kumpul air liur tu agak2 secawan 😆
kak jie pun dpt jalan baru turap…. 😆
dah register ke belum?
nk undi parti zaid ibrahihim
menarik intan pun tahu.. moga intan cepat berfikiran matang dan bijak mcm Kak Jie =)
tapi kan org politik U**O kata kene pisahkan.. tu yg kat masjid ada ‘fatwa’ haram politik.. tp yg berkata tu jugak la cakap x serupa bikin.. LOL
Asalkan politik=BN, xde masalah nk masuk mana2 pun… hoho
intan yang kecil pon dah tahu bab2 politik ni…dah tahu psal sumbangan, pasal janji, inikan pula yang dah besau panjang bulat.
kalau janji dimungkiri, memang marah+kecewa+sedih…
Tanda2 dah ada Kak Jie..kat tempat saya,punya la banyak tempat yang tengah dibaik pulih..Sepanjang-panjang jalan pun dia turap..(walaupun selama ni buat dek je)..Tanda tu yang penting..=)
Tak cukup umur lagi tu…hihi
Jangan murid dijadikan mangsa,buruk sekali kalau jadi ‘tikus makmal’ eksperimen dasar pendidikan tak menjadi ❗
tapi diorang lupa bahawa agama tu di atas politik bukan politik di atas agama. 😉
yang kat kedai kopi dapat musuh..:D
wahhhh!!! memang hebatlah 7.5 juta..
gamaknye kalau dh dekat sngt ngan pilihanraya ni, org2 gov yg menganggur cam saya ni mesti akan dpt surat lapor diri dgn pantasss!
Kerajaan hendak bina sekolah SRJKC di Bukit Beruntung belah mana? Sekarang ini sekolah SRJK pun dah melimpah ruah.
Kalau boleh saya mahukan satu lagi sekolah SRJK di bina berdekatan kawansan Bukit Sentosa. SRA baru sudah siap dan dibuka dekat dengan rumah 🙂
politik dengan taktik kotor tu biase… semua orang nak libatkan dalam politik..
buat ceramah kat sekolah pun ade kait ngn politik
bile anak-anak mude di sekolah-sekolah atau IPT2 libatkan diri dalam politik… nak salahkan pelajar-pelajar..
padahal bebende macam ni dah dipupuk dari sekolah rendah lagi…
– tak pernah terpk nak register untuk voting
patutlah ckp bab politik, ada PIBG dan kakitangan sekolah. memang proses untuk meraih undilah tu. haha, kat sekolah pun jadilah.
xkira tempat dah sekarang…politik xleh tinggal
hehe..aduhh..camni pun ada..
Comel jer, intan pun tahu dorang tgh berpolitik, memang nampaknya sangat semua terang-terangan. 🙂
dah boleh mengundi la intan camtu.. 😎
:):):) terbaeekkk!!!!
dah nampak dah pun petandanya, saya rasa pru 13 akan dibuat sekali ngan pilihanraya dkt sarawak tu sebabnya, kalau terjadi apa2 kat sarawak then kalau kat semenanjung belum pilihanraya lagi akan beri kesan pada sebelah sini nanti…pasti tak mau kan, hehe
yg pasti pilihanraya dun tenang nanti kena hantar org rumah balik mengundi 🙂
ha …tu dia…kata tak boleh cakap politik kat sekolah.
ada jugak terdengar desas desus PR13 🙂
tapi memang menarik PR 13 ni sebab angka 13[jangan salah faham sudah]
*nak tanya intan 13 tu disebut chapsa ….betul ke? *
Jangan asingkan politik dari agama, sebab itulah yang dibuat kat barat.. masa diorang tengah lawan dengan church.. tak kan kita nk buat camtu gak kan?
Cuma jangan politkan agama, sebalikan agamakan politik.
Dulu masa sekolah, ada seorang orang politik datang ke sekolah, dia kata kat kelantan ni lama dah PAS pegang, apa salahnya cuba orang lain plak pegang.. terasa nak bertanya balik, Malaysia lama dah BN pegang apa kata tukar plak..haha
sampai ke sekolah. hmm~ habis, kelas hari nie camne?
orang POLITIK akan bercakap tentang POLITIK dimana sahaja tak kiralah di sekolah, surau, masjid, kedai kopi, tepi jalan, dalam kereta dan sebagainya. Biasa kita dengar orang POLITIK kata politik itu sebahagian dari agama kalau pisahkan berdosa. Mungkin tu sebabnya orang POLITIK akan cakap POLITIK dimana sahaja termasuk depan anak tadika PASTI juga anak sekolah rendah kebangsaan.
kagum dengan Intan 😉
p/s : tak suka politik, tapi suka gak tengok gelagat ahli politik
hehe… sekarang ni maklumat senang je nk dpt… mungkin jugak pendedahan dari kak jie kot 🙂
hehe apa2 pun politik malaysia ni xcukup matang lagi… klu buat perbandingan… macam budak2 kecik ke… bila kena ejek… yg diejek tu akan mengejek balik…
lepas tu mereka berbaik semula…
tp politik… plak makin renggang… makin bpecah belah… yg jadi mangsa… kita la… (-_-‘)
kita dengar saja – masing ada akal untuk berfikir
apa yg baik kita ambil buat sempadan
yup – anak2 dah biasa baca suratkhabar, kami pun selalu bincang apa2 isu
walau pun masih di sekolah rendah, dia tau sistem pilihanraya – sedar mengundi tu apa
boleh ke politik masuk sekolah, kak kujie? huhu~ budak2 pun dah terdedah dengan adegan2 politik 🙂
Biasa kak, sekarang ni banyak sangat politik di sekolah
ajar anak apa itu politik amat bagus dan saya setuju sekali. tapi jangan ajar anak politik berat sebelah.
Tadi ade keluar kt tv3 – temuramah dgn AP depan sekolah tapi cakap bab lain – bab politik selangor.
ramai ibubapa dtg – PIBG & AJK semua tu…
tak sangka pula Intan faham bab politik 😆
Budak kecil pun disabitkan ke politik juga.. aiyo