Pengetahuan Am

Memahami fenomena gerhana matahari versi Makcik Cleaner

Cikgu BH

tapi 3 jam lebih tuu…tak lame sgt ke???

ke 3 minit??

Komen merujuk kepada posting saya di [[ Sini ]]…Mau tergeliat lehiaq dok langut 3 jam.

Puan-puan dan tuan-tuan, Cik Kiah, Puan Joyah , Cik Minah semua, hari ini kelas memasak kita dibatalkan. Apa salahnya sesekali kita masuk kelas Sains & Teknologi. Lupa kejap periuk belangga sudu garfu tu ye…

Tak kan nak bergossip pasal nikah kahwin cerai berai artis saja noooo……

Hari ini kita bersembang tentang fenomena gerhana matahari .Β  Macam bagus je kan

Gerhana matahariku Agnes Monica adalah satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi.

Disebabkan saiz bulan hanya seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke permukaan bumi adalah kecil. Walaupun matahari lebih kurang 400 kali lebih besar daripada bulan, ia berada 400 kali lebih jauh dari bumi dan ini menyebabkan saiz kedua-duanya kelihatan hampir sama jika dilihat dari bumi.

Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.

Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan cikgu?

Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.

Gerhana matahari agak unik kerana ia membolehkan kita melihat manik Bealley, Cincin intan, Kromosfera, prominens dan korona. Lapisan atmosfera, kromosfera dan korona hanya boleh dilihat dari bumi ketika gerhana penuh matahari.

Antara keistimewaan sewaktu kejadian gerhana matahari adalah keadaan ombak laut yang tenang, binatang seperti burung pulang ke sarang, bunga menguncup dan suhu menurun kepada beberapa darjah.

Diamond Ring
Diamond Ring

Jenis jenis gerhana matahari

Gerhana anulus atau gerhana cincin – Gerhana ini berlaku jika saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari. Semasa gerhana anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di sekeliling cakera bulan.

Gerhana penuh – Apabila penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan pusat (umbra) akan mengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar (penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja.

Gerhana separa – berlaku apabila bulan berada sedikit menjauhi titik nod, jadi sebahagian cakera bulan menutupi matahari.

Fasa gerhana matahari

Dalam membuat ramalan terperinci untuk peristiwa semasa berlakunya gerhana matahari penuh , ahli astronomi biasanya merujuk kepada empat sentuhan antara pinggir matahari dan bulan.

1. Sentuhan Pertama adalah apabila bahagian luar bulan pertama kali menyentuh bahagian luar cakera matahari. Ini adalah permulaan fasa separa dan ia sangat susah untuk dicerap kerana matahari sangat cerah dan sudah tentu bulan pada masa itu tidak kelihatan.

2. Sentuhan Kedua berlaku apabila bulan secara perlahan-lahan melindungi matahari, bentuk sabit kelihatan apabila matahari hilang sepenuhnya. Pada masa inilah bermulanya fasa penuh.

3.Β  Sentuhan Ketiga adalah akhir gerhana penuh, iaitu apabila sinaran pertama cahaya matahari kembali semula dan diikuti oleh lindungan matahari secara perlahan-lahan dialihkan.

4. Sentuhan Keempat adalah fenomena semasa bulan meninggalkan cakera matahari

* Sentuhan Kecundang tu macam mana pula cikgu?

Proses sentuh menyentuh itulah yang menjadi ianya lama… take timelah, tak boleh gelojoh!

Diamond Ring
Diamond Ring

Sebab proses gerhana berlaku perlahan-lahanlah ianya mengambil masa lebih 3 jam. Tapi bukanlah ahli astronomi yang menjalankan kajian astrofizik seperti tompok matahari, spektrum korona dan global radiation matahari mendongak ke langit lebih 3 jam Mau tergeliat lehiaQ.

Antara peralatan untuk cerapan teleskop LX200 8″ atau teleskop Hidrogen-Alpha Coronado.

Kredit :
Arkib Utusan Malaysia 08/11/2003
Arkib Utusan Malaysia 07/08/2008
Falak Online
Galeri Gambar Falak Online

Tahun ini adalah International Year of Astronomy (IYA2009)

Glosari

Tahun cahaya – Ukuran jarak yang bersesuaian dengan jarak yang dijalani oleh cahaya, yakni 9461 000 000 000 km atau 0.307 parsek.

Ufuk – Garis di antara bumi dengan langit yang kelihatan seperti bertemu.

Angin Suria – Aliran terus-menerus zarah bercas – proton atau neutron yang keluar dari Matahari dengan kelajuan yang tinggi.

Komet – Jasad samawi yang terdiri daripada nucleus, iaitu bahagian yang paling pejal dan padat dan dikelilingi oleh cahaya malap berkabus yang dikenali sebagai Koma, dan ekor yang terdiri daripada awan yang lebar memanjang yang mula kelihatan apabila perihelion, dan beransur-ansur menghilang apabila jaraknya dengan Matahari meningkat sekali lagi.

Teleskop – Alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang jauh dan ianya akan kelihatan besar dan dekat. Ia juga mengumpul dan memfokus sinaran dari kawasan spektrum atau untuk menjadikannya stabil untuk dirakamkan untuk di analisis.

**********************************************************

EDIT – 22/7/2009

Gerhana matahari separa di Malaysia hari ini – 22/07/2009

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

kredit gambar : utusan online
kredit gambar : utusan online

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Memahami fenomena gerhana matahari versi Makcik Cleaner

  1. semua maklumat tu memang cukup.Tapi saya ada nak tanya.Gerhana matahari ke,gerhana bulan yang lama.Dan mengapa?

  2. dah letak semua sudu garfu balik dalam laci. sedang menggodek teleskop pula ye kak jie? πŸ™‚

    Kujie ~ huhuhu…tapi best kan kalau mendongak ke langit waktu bulan penuh..kadang2 nampak bentuk2 awan halus2 yang mendamaikan….kadang2 timbuk ketakutan dan keinsafan…Maha Agung Allah yang mencipta alam semesta….tak tercapai akal dan fikiran maupun pancaindera kita

  3. Wah, cikgu hebatlah. Best, best. *tepuk, tepuk* πŸ˜€

    Kujie ~ tepuk lebih2 nk kena baling dengan duster la ni…..berdebu kapur …heheh nostalgia tu πŸ˜†

  4. Quote Kujie ~”Solat gerhana dua rekaat dan umumnya secara berjamaah.

    Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

    G- ekau dah buek kan usus kentut den terbolet-bolet la….

    hahahahhahahahaah

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    Kujie ~ Seronok tgok org gelak… :mrgreen:
    biasa tu niat mmg utk diri sendiri, kalau berjemaah tu….tukar sendiri lah

  5. Di zaman nabi saw, apabila gerhana berlaku, baginda cukup susah hati dan sebaik ia berlalu nabi bersyukur..

    sepatutnya kita demikian juga,

    Sebaik kita melihat gerhana kita harus (sunat mu’akad) – sunat yg dituntut – untuk solat gerhana ini….

    bukan dok bertepu tangan, terkinja2 dah berkata wah!
    Tetapi sebutlah Masyallah, Subahannallah, – kalaulah tiba2 kali ini bulan dan matahari benar2 berlaga dan jatuh ke bumi, bagaimanakah amalan ku?!

    Maka sujud kepada ALlah SWT lebih utama.. So apa lagi, bukalah kitab kaedah solat gerhana ini!..

    Sama2 lah kita solat bersama.. hmmm

    maza: komen jahat lagi dengki dari maza….huhuhuhu

    Kujie ~Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

    *Solat gerhana dua rekaat dan umumnya secara berjamaah.

  6. hmm

    “sepatutnya bulan gerhana pada tiap2 bulan, tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa..”
    πŸ™„ πŸ™„ πŸ™„

    hmm….
    Jawapannya ialah,

    kegerhanaan bulan sudah diagih2kan kepada manusia bernama wanita … dan merekalah yg memwarisi gerhana itu pada tiap2 bulan… cuma pada bulan tertentu sahaja mereka tidak gerhana!

    erk! G adakah maza sudah menjawab soalan itu?

    πŸ˜€

    Kujie ~amboiiii..pagi2 dtg nk brgossip pasal rahsia wanita dan kewanitaan pula πŸ˜†

    erk…tiap bulan wanita gerhana ke? rasanya kadang2 waktu tu….waktu tu…lagi berseri2 :mrgreen:

  7. mm,thanx for the information..tak sabar nak tunggu gerhana matahari nie..sebab dah lupa la camne suasananye mase last time dulu.(erk?bile ek..hehe) tapi..

    Re: Gerhana Matahari 26 Januari 2009
    Malaysia (Kecuali sedikit kawasan di selatan Sarawak) & Brunei tidak akan mengalami gerhana cincin tetapi gerhana separa sahaja. Walaupun begitu rata-rata kebanyakan kawasan boleh menyaksikan 80% bulan menutupi matahari.

    *teringin nak tgk diamond ring mcm dalam gambar kak Jie tu..cantik!

    Kujie ~ Banyak gambar2 menarik kat falak online.
    Kadang2 terjadi gerhana tapi sebab kita tak ambil tahu, ianya berlalu mcm tu saja…

  8. rasa macam masuk kelas sains balik jer…

    Kujie ~kita kena membaca dan mempelajari ilmu yang berkait dengan kehidupan. …salah satunya sains πŸ˜†

  9. >> Antara keistimewaan sewaktu kejadian gerhana matahari adalah keadaan ombak laut yang tenang, binatang seperti burung pulang ke sarang, bunga menguncup dan suhu menurun kepada beberapa darjah.<<

    patut la sejak dua menjak ni suasana sejuk je bila bangun tido.tapi tak pulak hujan. sebab nak berlaku gerhana rupanya.

    terima kasih daun keladi cikgu mama!! hehe..

    Kujie ~ 2 hari ni pergi sekolah hantar Angah memang rasa sejuk sgt… :mrgreen:

  10. cikgu!! terima kasih di atas penerangan di atas. sedikit sebanyak menambahkan ilmu kami πŸ˜€

    Kujie ~ sebenarnya sebelum ini kak jie pun tahu2 gitu2 saja..tak jelas tapi bila buat posting ini,search maklumat sana sini rasa mcm semakin jelas kefahaman..kita berkongsi ye…ilmu yang baik πŸ˜‰

  11. mcm masuk planetarium dengar penerangan petugas kat sana..sungguh profesional la kak jie..dah tuko profession ker?:)

    izzahs last blog post..Buat baik banyak-banyak!

    Kujie ~ makcik cleaner sambil2 menyapu mengemop tu intai2 maklumat yg ada

  12. wah tinggi ilmu kak jie ni. boleh jadi ahli astronomi merangkap pegi bulan wahaha. (pegi atau naik atau datang!? hehe).

    terima kasih kak jie, sy sendiri tak tahu sejauh itu penerangan tentang gerhana bulan.

    megats last blog post..Celcom Broadband, Semakin Lama Semakin Teruk!

    Kujie ~ kak jie cuma berkongsi, kredti untuk mereka yang berkongsi maklumat

    erk….. datang kot πŸ˜†

  13. negara kita ni pernah gerhana yang gelap gelemat sekali. waktu tu saya kecil lagi. tetiba tengahari jadi gelap.

    nak tengok gerhana ni tak susah. saya pernah buat. ambil pinggan kaca jernih tu asapkan sampai hitam. pastu tengok le. buat sejak dari sekolah… jangan tengok direct. terbako retina karang!

    gerhana adalah fenomena alam yang saya nantiΒ²kan… sebab ia antara kebesaran Allah swt… subhanAllah

    suealeens last blog post..Kenangan Di Bahau

    Kujie ~ tak sabar sungguh nak tengok sebab dah baca bagai2 info dan maklumat, rasa tak mahu ketinggalan…

    dulu tahu mcm2 tu saja..tak mendalam pun….

  14. lengkap explanation kak Jie.. neeza pun tak tahu sebelum nhehee…
    thanks ye kak Jie..

    Kujie ~ share dgn anak2 kak jie gak ni, tadi angah balik sekolah memang dia baca blog mama dia..hehehe πŸ˜†

  15. tenkiu sbb menjawab pertanyaan guru sains yg enkuirinye tinggi nih…
    erm, ade spesifik reason time lapse ke, berlaku gerhana penuh tu?
    maybe berlaku gerhana cincin permata tu selama 2 mnit ke?? atau ape ke…

    tu yg org nk tgk kan??
    musti ade nasihat kepada mereka yg teringin mencerap matahari mase tuh kn?? huhu 😯

    ChekguBHs last blog post..Balenggang pata-pata…

    Kujie ~maklumat ini ada sebenarnya cuma kadang2 sibuk hal2 lain terlupa nak mencari..bila cikgu tanya, ada pula idea nak mencari dan dikongsi bersama…

    sebenarnya untuk anak2 kak jie juga…dia baca blog ni

  16. Adoi……napa susah nak komen… komen yang lepas entah keluar atau tidak…tak gi check… Blog ni jadi macam dulu laaa… selalu keluar load page error… napa ekk??

    Kujie ~ erk..tak pastinya Tie

  17. Terima Kasih Cikgu!

    ada solat2 sunat tak ?

    vimmiyasmins last blog post..Jemputan Umrah Astro Oasis – Anas Affendy

    Kujie ~Diriwayatkan oleh Imam Bukhori:
    β€œMatahari dan Bulan merupakan dua tanda keagungan Allah dari sekian ayat-Nya; dan tidak disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang. Maka, ketika kau melihat gerhana (matahari/bulan) berdoalah pada Allah, bertakbir, sembahyang dan bersedekahlah

  18. terima kasih ye cikgu..kerana penerangan yang cukup lengkap..

    Kujie ~ sebelum ini kak jie pun tak faham…tapi bila baca dan mencari maklumat mcm ni, baru jelas

Comments are closed.