Peribadi

ASB – Bila Anak Menjadi Dewasa

Semalam dapat surat dari ASB , tetapi bukan notis pemberitahuan tentang dividen ASB 2010.  Tahun 2010 belum habis lagi walau kalendar kuda tu tinggal sehelai saja lagi.  Kalender kuda 2011 belum ada.

Sedih juga bila baca suratnya – makluman mengenai pertukaran ‘hilang hak milik’ sebagai penjaga kepada Along selepas dia mencapai usia dewasa mengikut undang-undang iaitu 18 tahun.

Berkuatkuasa pada 01/12/2010, Akauan Dewasa yang mana tuan/puan didaftarkan sebagai Penjaga Berdaftar telah ditukarkan ke Akaun Dewasa.   Remaja yang dinamakan di dalam akauan yang telahpun menjadi Dewasa dan pemegang unit ASB bolehlah berurus niada bagi pihak dirinya sendiri.

Ini yang seriau ni……. dia dah berkuasa penuh atas akaun tersebut.  Takut dia keluarkan tanpa sebab yang perlu.  Maklumlah umur saja dewasa dari segi undang-undang, pemikiran rasanya perlu dibimbing lagi.   Pelaburan ini memang pun untuk dia bila dewasa tetapi  kalau…….

Bila bab kalau tu……. ada seribu satu kalaunya bagi ibubapa.

p/s – berapa ye dividen ASB 2010?  Walau pelaburan saya tak banyak, tetapi suka juga nak ambil tau… kot² sikit tu dah jadi bukit! hehehehe

kalau dok tarah je… sempat je jadi bukit ?

©kujie – pertama kali update melalui Windows Live Writer.  Dah lama install tapi masa tu bukan keperluan.  Saja hari ni nk menerai….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “ASB – Bila Anak Menjadi Dewasa

  1. takpe bro.. aku pn baru start.. maybe dah ada anak nanti aku nak simpan dari awal..senang nak further study ke pe..

  2. tengah tunggu awal tahun ni nak cashout asb.. hehehe..
    windows live writer,pernah baca pasal ni kat blog ben ashaari..

  3. baru start simpan dalam asb.. jeles tengok kawan2 semua ada beribu dalam asb, parent diorang simpan dari kecik lagi.. tapi ada ciput je.. tu pun start sendiri..haha

  4. Dewasa bermaksud bebas untuk anak-anak. bagi ibu bapa ianya membawa maksud kerisauan apabila anak-anak yang dewasa tu mula mengenal dunia luar dan merasakan dirinya cukup dewasa. Sampai satu masa, ibu bapa hanya perlu melihat dan menegur perkembangan anak mereka didalam menentukan arah tuju mereka. Melihat dan menegur, bukan control. Budak-budak yang baru nak meningkat dewasa ni kalau dikontrol mudah memberontak.
    Waktu kecil. treat diorang macam anak, dah besar buat macam kawan.
    p/s: cakap macam la dah ada anak 😆
    : Pernah kena kontrol. Tapi bukan oleh mak ayah.
    Sampai sekarang perasaan marah tu masih ada. Cuma malas fikir. Benda dah lepas 😐

  5. walaupun dah berpindah spenuhnya kpd anak, x salah ibubapa tengok2kan jgk..x smpt jd bukit nnt..maklumlah remaja..mcm2 dlm kepala nak itu ini 😀

  6. Masa mula-mula kahwin dulu susah juga orang tua nak terima yang anaknya sudah beristeri. Terutama ibu mana taknya risau anaknya tidak dapat jaga sebaiknya walaupun isteri sudah mula ambil peranan.
    Apa bila melangkah keluar dari rumah orang tua memang ibu yang paling terasa tapi lama-lama dapat menerima hakikat yang si anak itu sudah berkeluarga dan ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan

  7. Terpaksa la terima hakita yang anak dah dewasa 😀
    Tahniah kerana telah berjaya menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan 😀

  8. aku pon tak sabar nak tengok dividen ASB tahun 2010 ni.. malum jelah aku da RM10 je dalam tu.. heheeh..

    Windows live writer memang terbaik..aku pon suka guna.. yang belum cuba tu g test cepat

  9. setiap kali masuk aje.. mesti dah bertukar kan templat kak jie ni.. hehehe..

    perkara yang memang merisaukan ibu bapa bila anak dia dah dewasa… semoga anak kak jie mampu mengawal kewangan dengan baik.. (^__^)

  10. amboi…….terus aim Inspira

    kita ni dok intai Saga FL sudah…cun gak tu 😆
    tgh dok susun ayat lembut gigi dari gusi..hehe

  11. maza pernah melabur di dlm ASB ini sekitar 20 thn lalu…

    RM10 sahaja sudah.. dan sampai hari ini jumlah pelaburan maza itu tak pernah maza tambahkan… masih maintain seploh hinggit jerk….

    agak2 keuntungan dividennya sudah mampu membuatkan maza membeli inspira? hehehehe

  12. entah……….. susah nak cakap
    bila sendiri rasa – baru tau. Apalagi kalau zaman skrg ni – anak² ada seribu satu pengaruh di luar sana.

    kita sebagai ibubapa kena faham situasi saja..barulah tak stres sangat. sampai waktunya -sikit demi sikit peranan kita akan diambil alih

  13. Salam Kak Ummi…. ye lah..tak jengok tak mesestinya tak tau perkembangan masing2

    saya ni sesekali nampak le juga time kita berselisih kat kotak komen rumah orang lain

    alhamdulillah sihat…cuma dok kecoh hal anak2 je lah…apalagi kalau dah mak2 , kan

  14. samalah cikgu – anak kecik risau cara budak kecik
    anak dah dewasa risau cara org dewasa – dah tu dok kolej seminggu sekali balik pun dok tak senang hati…anak mak bapa anak2 dok lagi jauh, cuti semester je boleh balik..tataulah mcm mana dia org rasa

  15. Nampaknya terpaksa menerima hakikat anak-anak sudah besar panjang. Kalau dulu duduk asyik kepit bawa ketiak sekarang lebih selesa keluar dengan kawan-kawan. Rasanya tak ramai ibubapa yang dapat menerima perubahan ini terutama anak-anak yang berasrama dan sekali-kali jumpa. Hal ini pernah berlaku pada diri saya yang mana orangtua masih ingat saya masih berumur belasan tahun lagi walhal saya sudah pun hendak melangkah alam pekerjaan. Macamana rasanya apa bila anak-anak bujang saya pada masa akan datang? Dapatkah saya menerima kesunyian apabila anak-anak yang kecil dahulu, sekarang sudah dewasa. Aahh emosi betul 🙂

  16. Salam Kujie…apa khabar? Lama sungguh haih x jenguk Jie…mcm ala2 jenguk dividen ASB pulak eh, hujung2 thn baru nak jengah…heheheh…Harap Jie sihat2 selalu…

  17. Pada saya, kalau boleh nak anak dok bawak ketiak kita selamanya. Tapi dlm dunia sekarang, tak mungkin….
    Jadi, memadai mereka sentiasa ingat nasihat dan tunjuk ajar kita walau dimana mereka berada.

Comments are closed.