Kisah Mak Dan Anak Segerabaknya
Anak

Kisah Mak Dan Anak Segerabaknya

Semuanya best – cuma hilang mood waktu balik – tren rosak. Pintu tren sebenarnya. Setiap kali berhenti, driver tren komuter terpaksa turun buka pintu di salah satu gerabak secara manual. Sepatutnya 1 jam perjalanan dah jadi 2 jam!

Tren sesak dan berdiri separuh perjalanan. Nasib rakyat marhaen, minyak makin mahal, naiklah pengangkutan awam, kata Menteri!

Sampai rumah, belum cecah bontok di sofa, anak saudara yang baru jadi pengantin minggu lepas sampai.  Kemudian Adi ( adik ipar bongsu ) sampai… kemudian  tiga lagi anak saudara terdekat ( rumah yang nampak bumbung dari sini)   sampai.

Dia orang pung pang pung pang dengan facebook – lawan bola riuh dengan PS2 kemudian masing² bertenggek tengok Chelsea vs Fulham.

Separuh masa pertama, anak saudara pengantin baru balik – hahaha..dah ada bini tak boleh nak ikut sepupu² yang lain melepak , kan! Nasib baik isteri dia pun kenal dan berkawan dengan sepupu² yang lain ( kawan sekolej ) jadi tak rasa kekok sangat nak bawa diri dalam keluarga kami.

Kemudian Along sampai dari Bangi. Tiba² saja……….. sebelum tu saya dah call bagitau tak perlu balik kalau dah lewat, lagi pun hujan.  Tak nak bagi mama risau, dia balik je dendiam.  Aish…anak²!

Suami tak ada, adik² dan anak² saudara datang tengok bola macam kat kedai mamak pun seronok, kan. [ baca : kena jadi kakak ipar atau mak saudara baik ]

Bangun pagi tengok  ada yang bergolek kat sofa.

©kujie – hari ni Angah pergi taklimat pertama untuk ambil Lesen L

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Kisah Mak Dan Anak Segerabaknya

  1. hahha akhirnya naik gak tren tu lepas berkira2 nk naik keta ke tren.. uih 2jam? bukak pintu manual? mak aih.. ketapi dulu pon tak cmtu.. kasihan.. tp nmpk sronok gather satu family!! hihi

Comments are closed.