Metafora Yang Gagal
Peribadi

Metafora Yang Gagal

Kalau awak biasa membaca blog yang mengejar keyword lucah, adakah bila awak membaca entri Kak Jie buat isyarat lucah? itu membawa maksud saya sedang bermain keywords lucah?

Keyword ‘Kak Jie’ dan ‘Isyarat Lucah’ bukanlah carian hangat atau keyword lucah.  Tak hangat langsung….suam-suam kuku pun tak.  Awak ingat ‘Kak Jie’ tu dah cukup seksi macam ‘Maria Ozawa’?

Saya sebenarnya tak suka nak tulis berjela² untuk menerangkan maksud disebalik sepotong  ayat.   Macam Entri 2 Baris tetapi boleh membina 20 sudut dan sisi pandangan yang berbeza!  Tetapi hari ini saya nak terangkan setiap ayat atau apa yang ingin saya sampikan melalui entri tersebut.

Nasib baik kat rumah memang ada  First Aid Kit , saya sapu cecair  antiseptik warna kuning.

Maksud sebenar ayat ini adalah memberitahu peri mustahaknya kita mempunyai First Aid Kit di rumah untuk kegunaan waktu² kecemasan. Siapa yang mempunyai kotak kecil gambar bulan sabit di rumah dengan isi yang boleh digunakan ?  Kadang² ada kotak tapi dalam tu tak ada pun ubat atau alatan ringkas untuk kegunaan waktu kecederaan kecil di rumah.

Pergi klinik kena suntik sejarum ( doktor cakap takut kena kancing gigi @ tetanus) dan dibekalkan ubat antibiotic ( cloxacillin sodium) dan tahan sakit (mefenamic acid )

Entri tersebut juga menerangkan betapa bahayanya kesan karat yang terdapat di jarum tersebut sehingga boleh mengakibatkan berlakunya penyakit kacing gigi @ tetanus.

Punca kancing gigi @ tetanus sumber wikipedia

Kancing gigi sering kali dikaitkan dengan karat, terutama paku berkarat, tetapi konsep ini adalah tidak tepat. Objek yang mengumpul karat biasanya terdapat di luar rumah, atau di tempat yang melindungi bakteria anaerobik, tetapi karat itu sendiri tidak menyebabkan penyakit kancing gigi maupun ia mengandungi lebih banyak bakteria C. tetani. Permukaan kasar logam berkarat sekadar memberikan habitat utama bagi endospora C. tetani untuk tinggal, dan paku memberikan cara menembusi kulit dan menghantar endospora ke dalam luka. Endospore merupakan struktur hidup tanpa-metabolis yang akan mula metabolis dan menyebabkan jangkitan sebaik sahaja dalam persekitaran yang mencukupi. Olehkerana C. tetani merupakan bakteria anaerobik, dan ia dan endosporenya hidup dengan baik dalam persekitaran tanpa oksijen. Dengan itu, memijak paku (berkarat atau tidak) mungkin menyebabkan jangkitan kancing gigi, kerana persekitaran oksijen rendah (anaerobik) diberikan oleh objek yang sama yang menyebabkan luka tusukan, menghantar endospore ke persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan.

Credit: Ian Logan

Tuuu…….gambar kat atas – jari tengah yang merening! tu webcam dok mengadu dengan cik abang tu

Ayat ini memberi tips rumahtangga percintaan jarak jauh. Jangan jadikan hubungan jarak jauh terlalu berat tetapi jadikanlah ianya rasa yang indah untuk dinikmati selagi masing-masing bersedia untuk berkomunikasi dan berkompromi. Bagi pasangan jarak jauh – makna sebaris ayat , gelak tawa walau pada hal² remeh itu cukup membuatkan kami senyum macam orang angau cinta pertama.

Berceritalah hal yang seronok dengan suami – ketawa bersama didalam talian sangat comel, ok

minddle finger dengan ’mulut ikan’ baru kena gaya!

credit : 9gag.com

Yang ini kalau anda adalah facebooker aktif pasti terjumpa gaya gadis manis bermulut ikan dan beraksi dengan minddle fingernya.

Setelah ‘membaca ‘ apa yang tersurat yang sebenarnya saya ingin sampaikan… adakah entri tersebut sekadar bermain keywords?

Eh ! ada lagi… entri tersebut mempunyai salah satu silibus Bahasa Melayu dengan Glosori beberap perkataan untuk perbendaharaan kata.

Kalau nak cari keyword hangat di pasaran , gunalah perkataan  ‘Melayu dot dot’ seperti contoh di atas’ dengan 50,000,000 jumlah carian.  Tetapi saya bukan pengejar ‘keyword’ – sila ambil perhatian.

Saya tak gunakan sepatah pun perkataan lucah dalam ‘tag’ !  Saya macam gagal menjadi seorang blogger untuk bermetafora mengajar blogger berfikir di luar kotak dengan deria ke- 6!

©kujie – siri Bila Kak Jie Dah Membebel Vol 2

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Metafora Yang Gagal

  1. Kadang kala banyak yang nak “bermain bahasa” tetapi tak faham pun apa yang ditulis.Ada yang nak buat lawak ….. dengan bahasa sehingga mencemarkan bahasa ibunda kita sendiri iaitu Bahasa Melayu………….huhu ( terkilan ),bukan kak Jie yg saya maksudkan tapi Manusia lain…………………

  2. Eeemmm kadang kala jika ikut kamus DBP,penerangannya lagi susah nak faham kan?.Kasihan Kak jie kena rujuk kamus pulak ……maaflah jika menyusahkan Kak Jie,lupa pulak saya nak beri contoh hari tu.Di sini saya beri contoh ayat tentang METAFORA tu supaya mudah ingat & faham

    Contoh ayat : Hatinya batu = mengambarkan perbandingan hati seseorang yang degil,di sini menerangkan secara terus ( direct ) antara hati dgn. batu yang bersifat keras itu iaitu degil. Jika ayat itu ditambah “Hatinya seperti batu”, ini di panggil simile sebab ada disertakan perkataan ‘seperti” dalam ayat itu & seumpamanya ( seperti,umpama,bak,bagai dll).Terima kasih Kak Jie,sekadar berkongsi ilmu sastera yang memang saya minati……………………

  3. Entahlah, tapi bagi saya, saya tawar hati baca blog yang suka main keyword lucah. Yela, owner Islam, pakai tudung, tapi… guna keyword lucah2. Macam tak match kalo contoh Yuna wat konsert nyanyi lagu The Maine… wooooooaaaaaa…. i’m gonna be inside of you.. wooooaaaaa….

  4. metafora dgn org melayu mana boleh d pisahkan…
    tp dgn seo dia mana paham metafora…
    dia tgk ade ayat lucah terus index jer…

    err…mcm tue ke kak jie…

  5. Terkejut KALAU kak jie guna keyword macam tu tuk berada pada tahap sekarang. Dan saya sekarang tak terkejut pon kak jie buat artiekel tu (faham tak metafora ni? :mrgreen:
    Sebab tu pentingnya DESCRIPTON. “Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti..” So terang-terangla blog kak jie tentang kisah hidup kak jie.

  6. kak kujie kadang tu kalau kita buat entry panjang2 pun bukannya orang paham, buat pendek2 kna komen..

    nak guna ayat kasi sedap sikit, cakap cari popular, yang penting dulu kini dan selamanya kita memang suka baca entry k.kujie, walaupun dulu sekarang pembanca senyap, sekarang dah berani nak bersuara, dulu takut nak komen kat sini, takut kalau2 komen kita menyinggung mana2 pihak…

    tapi sekarang kalau singgah sini mesti nak tinggal jejak…

  7. Bila perkataan metafora mengingat zaman form 5 ambil Kesusasteraan walaupun tak suka subjek terpaksa katam buku kalau tidak sudah tentu tak boleh jawab peperiksaan. Walaubagaimana pun saya ending didalam Medical Electronic Engineering macam tak percaya budak art yang tidak tahu apa-apa mengenai electronic berjaya didalam Engineering.

  8. akak Jie, sy sentiasa respek akak and pengalaman akak and knowledge akak, setakat kata carian gitu, saya masih tak heran, pandangan sy terhadap akak tak berubah 🙂

  9. memang agak tak selesa dan tersinggung bila orang membaca blog ini seperti blog lain yang mengejar keywords –
    berbaloikah sudah 5 tahun masih ditakat ini kalau itu matlamatnya?

    tapi kadang2 malas nk tulis nak terangkan keadaan, cuma hari ni je ada kesempatan

    ini bukan kali pertama….selalu 😆

  10. selalu juga orang tak faham
    agaknya nak kena menulis macam karangan murid sekolah rendah –

    tiap blogger ada cara tersendiri menulis – itulah diri sendiri

  11. Ini sebenarnya penerangan umum….ramai pembaca blog Kak Jie datang dari ‘backlink ‘ blogger lain yang cakap blog ni SEO lah..blog ni itu itu ….sedangkan ini blog peribadi.

    Kadang2 risau penerimaan salah dari pembaca

    Kalau Kak Jie nak gunakan keywords @#$$%%%^^ tu, malulah….dah 5 tahun jadi blogger, ranking dok tang ni saja….blogger lain tak sampai setahun pun dah capai ranking lagi baik. 😆

  12. Kalau blog ni nak kejar keywords panas dan seksi…agak memalukan…sudah 5 tahun jadi blogger dok kat ranking mcm ni…. tak meningkat pun

    tak berbaloi dgn blogger yang baru buat blog setahun tapi ranking dia org lagi bagus.

  13. metafora = pemakaian kata-kata utk menyatakan erti yg berbeza drpd yg sebenarnya (sbg kiasan atau sbg perbandingan saja).

    metafora = pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.

    sumber dewan bahasa dan pustaka

  14. dah biasa dengan belog kak jie, jadi kalu ada ayat lucah tu, tak terkejut pown..sbb memang tahu kak jie macamana kan…

    ..tapi ayat yang gelak2 manja dalam tepon tu memang comey, kene sangat la ni..cuaca kat sini pown sejuk je, mendung dari tengahari tadi lagi. 🙂

  15. adakah kakjie marah dgn komen2 saya juga? kalau ya, minta maaf ye. bukan sengaja. harap dimaafkan. 🙂

  16. saya pun suka buat entri pendek², harapan orang guna deria ke enam jugak..hehe

    kalau orang tak paham maksud entri kak jie, entri saya mungkin lagi tak sampai maksudnya bagi diorang.. :mrgreen:

  17. wahai kak jie…adakah artikel ini ditulis dari rentetan artikel “kak jie buat isyarat lucah?” dan komen-komen…saya? er.. kalau ya, maaflah ye. tak kata pon kak jie bermain keyword lucah. serious.

    (takut nak komen ni. takut kak jie marah….) cabut cabut… ➡

  18. Metafora maknanya perbandingan secara terus ( direct )sesuatu perkara dgn sesuatu yang lain.EEEmmmmm mungkin Kak Jie maksudkan nak tunjukkan jari yg bengkak dengan sesuatu yg dikatakan “isyarat lucah’…….saya jadi lagi keliru dgn maksud “metafora yg gagal” ,sebenarnya tak gagal,cuma belum berjaya.Banyak blogger yg klik utk tahu tentang tajuk tu “kecewa” sebab hanya jari yang ada …………tapi ada yg faham.

  19. Hamik ko kena sound dan bebel dgn kak jie. Tak memasal je. haha

    Kak jie, org sekarang mana paham dah bahasa berkias. Otak masing2 dok fikir SEO la, SERP la, DUIT, ADS. Naik meluat saya dgn dunia blogger sekarang ni. Sebab tu saya ada terfikir nak off blog terus.

Comments are closed.